Friday, December 30, 2011

merbuk : taukey 'cable high voltage' cabar BB


Hari ni Friday 30hb Dis., ...cuti hujung minggu kat Kedah ni. Hari ni Otai Mohamad plan nak melaman sebelah pagi, katanya Bandar Baru Bukit Perdana. So setelah siap beli sarapan, naik motor buruk Kriss Modenas masuk tapak perumahan baru. Sampai dilaman jam 9.00 pg. Biasa le tu... selalunya jam 9 baru sampai ke port. Kena settle hal kat umah dulu sebelum nak senangkan diri.

Sampai kat port Otai Mohmad pun sampai.. kami terus memasuki jalan tanah merah tapak pembinaan baru projek perumahan. Adui luasnya kawasan yang diterokai, sayup mata memandang. Lama tak masuk kawasan ni.




Laman pertama tiada sebarang hasil, BH ada yang bergasak, tapi gangguan dengan mesin dan pekerja projek perumahan. Akhirnya kami tinggalkan laman ni terus ke kawasan lapang bawah high Voltage electrical line.

Laman nampak ok dan nampak beberapa BH sedang menyanyi dalam belukar sebelah. Ada juga yang bertenggek atas cable. Jam menunjukkan pukul 10.25 pg. Mohamad kata ok on sini... saya pilih laman betul2 ditengah2 pencawang yang voltage tak tau nak cakap...iih takut. kalau hujan ke, tah.. apa nak jadi. Mohamd pilih laman dekat tiang yang sebelah lagi. Sebenmarnya ada 3 line cable yang besar ni...





Lama juga menunggu baru BB on. Mungkin panas, lagi pun banyak merbah buat bising bila sang helang membuat lintas langsung. Hampir jam 11.00 datang ler 1 BH hinggap kat belukar sebelah denak. Masing2 pun menyanyi ala kadar.. panas agak terik. Tiba tiba BH yang sedang leka menyanyi, melibas diri dan menjunam terus ke belukar sebelah BB Mohamad. Intai dari tempat sembunyi.. ooh rupanya ada beberapa ekor lembu berlari laju menyeberang kawasan lapang. Dalam terkial2 kami berbual... dan lepas tu kedengaran BB Mohamad mula menguku. ooh rupanya BH tadi ada diatas ranting pokok mati berdekatan. BH tak menunggu lama dan terus terjun. Kedua 2 mula menguku dan tak laLinkma lepas tu dah sangkut kaki. Ini lah rupanye... de sikit video dari handset yang sempat ambil...


http://www.youtube.com/watch?v=aFE-nXy3KJY&feature=youtu.be



sekian adanya....

Monday, December 26, 2011

merbuk : Gangster Lencongan Timur Kena Tahan...



Hari ini 26hb Disember... ambik cuti rehat 2 hari. Awal pagi selepas beli sarapan untuk rumah dan diri sendiri, naik motor keseorangan ikut lencongan timur kekawasan kilang. Kemungkinan ada kilang yang tak beroperasi selepas cuti am semalam. Memang benar ada beberapa kilang masih cuti raya, dan ada yang dah beroperasi. sampai traffic light ketiga ambil lencongan kekanan sebelah kilang alatan letrik pensonic... Laman ni memang ada burung tekukur kerana ada sikit belukar lebih kurang 1 ekar sebelah jalan besar. Bising yang amat. pekak telinga dengan kenderaan yang lalu lalang. semua nak cepat dan laju...








Tak jauh dari simpang, 100 meter dari jalan besar nampak taiko lencongan timur sedang bertenggek atas cable letrik. Berhenti motor dan buka topi keledar. Memang sah taiko sedang menyanyi garang..angkat guk dan memerap. Secepat kilat melonjak keudara macam jet bila nampak ada musuh terbang berhampiran. Lawan menguku atas bumbung kilang dan lepas tu hilang entah kemana.

Tawakkal kan diri, park motor dan ambik laman dalam belukar sebelah jalan sungguh pun taiko yang satu ni dah hilang. Mungkin buat lawatan sempadan kut. Kalau ni pejabat dia, mesti balik lepas buat rondaan...



Laman ni best, anggar rendah kerana kelilingnya ada pokok sabun setinggi 10 kaki .. ada sikit lapang bertompok2 dan ambik keputusan sediakan laman.











Lepas siapkan racik, lepas BB. Sambil tu kena siapkan jerumun cos jarak laman dengan tempat sembunyik cuma 30 kaki. Sambil potong anak pokok sabun , BB dah mula memerap dan terus angkat guk.. iiih garang pagi ni. cepat ambik cover sebelah sebatang pokok dengan siapkan ala kadar jerumun supaya BH tak nampak. Secepat kilang nampak otai ni dah balik semula ke cable letrik. Ni ada peluang nih.. fikir dalam hati.

Otai ni memang garang. Denak berbunyi tak sampai 10 patah dah menjunam laju kepokok sabun sebelah belakang denak. Jarak dengan denak cuma anggaran 3 depa dan hinggap dahan pertama cuma lebih kurang 7 kaki. Denak menekan dan kasik kuku sigiak.. 2 pusingan. iiih puas hati dengar. BH juga keluarkan kuku sigiak dan lepas tu memerap. Tak sampai 5 minit melayang turun sebelah belakang. Masing2 tunjuk kekuatan dengan adegan kuku untuk berentap kekuatan. BH jalan perlahan2 ikut belakang denak.. terus kemuka laman. iiih senang pula masuk laman kali ni. Denak emnguku berterusan kerana BH nampak angkat leher tanda ada halangan didepan. Tak semena2 BH terus lompat lepas halangan dan sama2 menguku sebelah menyebelah. BB macam tak begitu pandai lagi nak sepak terajang. Namun satu patukan pda BH memberi hasil yang baik. BH lompak dan terus masuk dalam laman racik. Racik 21 mata menanti dengan sabar. Selepas menguku dan berjalan dua tapak dan terus sangkut dan terinjut2. Hati berdebar2 sangat.. mungkin lama sangat tak pernah dapat BH. Keluar dari jerumun dan pasang video. ade le sikit video dari camera hand set. iiih hari yang sungguh gumbira...


http://www.youtube.com/watch?v=z_CrfaIBIlU&feature=youtu.be



Sebenarnya taiko ni yang ketujuh turun kelaman, 4 dimusim kemarau selatan dan 3 dimusim timur ni. Entah camana yang 6 lagi tak mau kena racik. Mungkin dah lama sejak 2003 tinggalkan aktiviti ini, teknik taburan racik masa lalu dah tak boleh pakai. Apa pun moral cerita ni ialah kita perlu berubah mengikut kehendak teknologi semasa. BH pun dah terlalu pandai sekarang... hehehe.


Berkat kesabaran dan sedikit R&D, Alhamdulilah dah berjaya... inilah hasilnya.








Sunday, December 4, 2011

merbuk: taiko tapak semaian- 'cega' yang amat.







Semalam...Sat; 3rd Dis. Awal pagi Otai Mohamad ajak.. jom pi 'warm up'..

8.30pg selepas selesai hal kat umah, masukkan BB dan pecut ke Petonas Lencongan Timur. Mohamd siap sedia menunggu.. "Jom mana kita?". "Hr ni kita ke Kongsi 14...", "Oh lama tak pergi port ni.." Tak jauh dari bandar SP..lengkongan 5km. 9pg dah siap sampai di lokasi. Cuaca baik dah 2 hari tak hujan. lokasi kali ni sebelah dengan tapak semaian getah milik swasta. Semua ada disini; getah muda, sawit tua, belukar dan juga sebelah jalan raya. bising dengan kenderaan.




Saya pilih laman sebelah jalan tanah merah, ada anggar cable letrik. Otai Mohamd selang 5 barisan pokok getah. Selesai melepaskan denak, kami lepak dipangkal pokok sawit tua. Hamparan kami ialah pelepah sawit dan dinding lindungan dengan pelepah sawit kering. Suasana keliling ok, kering dan bersih, tiada nyamuk.

Tugas pertama, buka bekalan... saya bawa 2 keping roti canai dan sedikit kueh . Otai Mohamad bawa nasi lemak, Kami sama-sama sarapan pagi. Sambil2 tu intai kat laman, tengok kalau2 ada musuh dsbnya.


Kedengaran suara BH sayup2 diseberang jalan. Mungkin taiko kawasan ni mungkin. Tak lama kemudian kedua BB angkat guk... dan taiko tapak semaian tidak mengambil masa lama terus menunjukkan kejantanannya...melepak tinggi ke udara dari celah-celah sawit tua dan melayang sayap berlegar di udara. Membuat 3 pusingan dan terus hinggap atas cable letrik betul2 didepan BB.

Bermula dengan adegan kuku anggar dan terus menekan . BH ini banyak senjata sulitnya... kuku anggar, selang berapi...memang best. Tak lama terus menjunam disisi denak dalam rumput. Masing masing membuat kuku berterusan. namun apa nak buat... langsung tidak bergerak dari tempat terjun tadi.. sambil tu leher BH panjang meneliti hamparan racik yang sedia menanti di depan. "Kalau macam ini ceganya, sampai petang tak kemana kita. ", begitu sebutan dari mulut Otai Mohamad.

Kami tak lama di laman ini, dan terus beredar. Mungkin teknik lain patut diperkenalkan. Sememangnya taiko tapak semaian memberi satu kenangan, kehebatan pemberianNya dalam bentuk suara nyanyian dari burung yang di namakan tekukur.

Sekian, Wassallam.

Saturday, November 19, 2011

Racik : Part 8 - Sarang Racik



Pengenalan

Sarang racik merupakan satu alat untuk menyimpan racik. Racik yang disimpan dalam keadaan teratur memudahkan aksi pemasangan racik dilaman ketika aktiviti memikat sedang dijalankan. Sarang racik yang baik akan membentuk racik dalam keadaan bulat, tidak kusut dan kemas. Ada banyak nama digunakan bagi maksud ini . Di utara ianya dipanggil sarang racik manakala kawan2 kat Pahang memanggilnya sebagai 'lekar racik'. Mungkin dikawasan lain ianya menggunakan nama yang berbeda, namun fungsi sarang racik adalah sama.

2. Jenis Sarang Racik.

Tedapat beberapa jenis sarang racik. Bergantung kepada pembuat racik, ada yang menggunakan kain dan rotan yang dicantumkan untuk menjadikan sarang racik. Di zaman dulu-dulu menggunakan rotan yang di anyam halus sebagai sarang racik. Kemahiran menganyam memainkan peranan dalam penyediaan sarang racik yang sebegini.

Dengan kemajuan teknologi kini, terdapat sarang racik yang dibuat dari kabel besar yang diraut halus menyerupai lingkaran sarang racik yang asal. Walaubagaimana pun sarang racik ini adalah lebih mudah untuk disediakan.

Dalam penyediaan sarang racik, paksu menggunakan rotan, tali tangsi dan wayar plastik untuk dijadikan sarang racik.

3. Proses Penyediaan.

Beberapa proses kerja perlu dilakukan.

3.1. Alas Sarang.

Pertama sekali tali tangsi dianyam halus menyerupai badan lipan sepanjang 2 jengkal. Ianya menggunakan tali tangsi panjang. Dengan panjang tangsi ini, membolehkan beberapa lingkaran dapat dilakukan kepada sarang racik. Ianya merupakan anyaman bulatan berkait antara satu bulatan dengan bulatan yang lain. Kemahiran menganyam menjadikan bulatan yang dibuat adalah seragam dan kemas. Kemahiran ini akan dengan sendirinya terbina setelah banyak anyaman dilakukan.








Proses menyediakan alas sarang ini boleh dibuat pada waktu lapang. Paksu menyediakan alas sarang ini selalunya sebelah malam selepas semua aktiviti wajib selesai...kekadang semasa menonton tv. Alas sarang memerlukan masa 1 jam untuk disiapkan, walau bagaimana pun kemahiran memainkan peranan dalam menentukan tempoh siap kerja . konsentrasi berterusan diperlukan terutama ketika menyediakan bulatan pada tali tangsi. Proses menyediakan alas sarang merupakan satu proses yang rumit dan menjemukan.




























3.2. Bingkai Sarang.

Bingkai sarang diperlukan bagi mencantum alas sarang. Adalah amat baik menggunakan rotan sebagai bingkai sarang kerana tahap keanjalannya yang tinggi berbanding media yang lain. Ada juga menggunakan kabel dari wayar brake basikal sebagai bingkai sarang... sebanyak 2 bilah rotan yang diraut halus sepanjang 3 jengkal diperlukan.












3.3. Mencantum Alas Sarang Dengan Bingkai.

Proses seterusnya ialah mencantumkan alas srang dengan rotan bingkai. Untuk tujuan ini, wayar plastik digunakan. Seutas wayar plastik dengan keanjalan yang tinggi dapat mencantumkan alas dengan bingkai. Dalam proses ini, keanjalan plastik dapat mengemaskan ikatan antara sarang dan bingkai. Tugasan ini agak rumit kerana wayar yang panjang diperlukan. Sebarang cubaan menyambungkan wayar plastik (jika menggunakan wayar yang pendek ) akan menyebabkan jalinan ikatan tidak rata dan menjadikan sarang tidak kemas.

Setelah ikatan ini siap, sarang racik perlu dibentuk bulat mengikut saiz yang diperlukan. Bagi maksud ini , paksu menggunakan tiang ampaian kat rumah yang sedia ada yang dibuat dari besi bulat lebih kurang 2" diameter. Lilitan pada tiang besi selama beberapa hari menjadikan sarang racik bulat dan cantik.







4. Penutup.

Sarang racik yang dah siap akan kelihatan lebih kurang macam ni...


Begitulah adenya kerja kerja penyediaan sarang racik yang pada mulanya di ilhamkan oleh orang dahulu kala. Mungkin zaman kesultanan Melaka kut... kerana kesenian ini biasanya adalah permainan golongan bangsawan ...


Sekian, selamat mencuba. Wallahualam.

Tuesday, November 8, 2011

Racik - part 7


Assalamualaikum semua... lama tak jenguk. banyak hal sejak kebelakangan ni...Lagi pun sekarang ni off season..haha. penggemar mesti faham... off mean, rehat. Dah menjadi kebiasaan, semua dijadikanNya diuntukkan masa rehat. Banyak perkara berlaku masa rehat... Semasa rehat ni cuba layan beberapa set racik untuk kawan-kawan...






Dalam kesibukan kerja, komitment lain sempat juga mencuri waktu terluang menghadapi kerenah seni yang amat rumit ini. Setakat ini 3 set dah hampir siap, Dah boleh kira siap cos tali dah pasang cincin, tiang dah disatukan dengan tali, salutan gam dah selesai dan dah pun melalui 3 tapisan QC...hehe.. dan yang tak suka buat pun dah siap iaitu sarang racik...cuma tali kajar saja yang belum diikatkan.


3 set adalah sumbangan khas ...1 untuk shafie.... otai baru Padg Terap, satu untuk Khairiel... Otai tersohor dari Temerloh dan satu pak su nak guna sndiri. Kena siap 2 set lagi,,, 1 untuk Otai Mohamad ( Taman keladi) dan satu lagi untuk Otai 'Ot, - Alor Star.


















Shafie ni orng baru dalam game ni...denak baru, cetok baru dan segalanya baru. Saja pak su sediakan satu set untuk hiburkan hati dia. Yang lain tu dah pakar...dah patut dapat phd.







Mngkin bulan Disember ni musim baru akan bermula untuk pemikat semua. Musim baru ni baik untuk memulakan aktiviti ini kerana musimnya panjang...

Entah musim baru akan memberi hasil atau tidak...harap2nya segalanya baik untuk semua.

Sekian, wassalalam.

Thursday, August 25, 2011

merbuk : Selamat Hari Raya.

Di sini saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut Hari Raya 'Aidilfitri, Maaf zahir batin kepada semua sahabat dalam blog , tak kira dimana anda berada, dan tak lupa juga kepada semua yang sudi menjelajah blog ini.

Smga Ramadhan tahun ini membawa barkah dan juga tahun yang gemilang bagi anda sekeluarga... yang travel nak balik kampong pastikan anda bersedia sebaiknya... check keta dulu,, pandu berhemah dan pastikan anda segar dan bertujuan. Ingat yang tersayang...

Wishing u a happy and wonderful Hari Raya... yang kat overseas tu, sabar2 ler... nanti waktunya anda akan dapat bersama yang tersayang..Amin.


Friday, August 5, 2011

merbuk :Senduduk Biru




Bulan lepas dalam lawatan ke daerah Kulim, sempat ke kg Sg Tengas... mungkin 25 km dari pusat bandar Kulim. Selesai jenguk prestasi projek, sembang sembang kat rumah mak chik sebelah tu... mak cik ajak juga minum tapi kata tak payah cos ada lagi tempat lain nak gi.

Terpandang didepan rumah terdapat sebaris pokok bunga berbunga biru.. ihh cantik. 'Bunga ape ni?'.. terus dekati dan amati... ooh rupanya senduduk... tapi iiih caler biru. mak ooi mana mai ni.

saje muatkan kat blog untuk tatapan anda semua. selain dari pink yang lumrah, ade juge yang berwarna biru.
Tinjau kat encyclopedia... ini hasilnye.




Scientific name : Melastoma malabathricum
Common name : Straits Rhododendron

Height : A shrub up to 2 meter.
Distinguish Features : Attractive purple flowers. Dark purplish edible fruit.
Found : On wasteland and roadside.
Commercial: Unknown

so jangan ingat hanya purple saje yang ade...

walluhalam.

Friday, July 22, 2011

Merbuk : Melewati Territory Makhluk Hutan.




Hari ni 22nd Julai, Friday... Cuti kat sini..
Semalam Mohamad call.. ajak keluar.
"Mana?"... "1st stop. BA Ba Li, 2nd to Kuala Muda."
"All Wright"... hih seram .. bangun awal cam nak g kerja pulak.

8.45pg sampai kat site... riuh rendah sang merbuk. Getah tua yang menjadi kawasan menenggek beburung ini. Tak ramai pulak dengan tekukur... hanya 2 atau 3 ekor saja yang menyanyi.

Pendek cerita , kat BA BA Li, tak de yang best.. merbuk pikat Mohamad kurang perform hari ni...katanya meluruh. Kmi cepat pack dan terus pecut ke ladang Kuala Muda.... motosikal okey dapat daki bukit... kami terus ke puncak dan stop sebelah 'manager's bungalow. Woo ramai kat sini... suara baik.. mengancam. Ada suara kecik tekan berapi.. satu seladang jati suara tinggi.. satu lagi suara kasar garau lembab.... huh best.

Saya bawa tekukur (BB). satu2nye yang ade. pilih laman sebelah jalan ke manager's bungalow. Nampak laman ni best.. depan cerah...da pokok durian, sempadan dengan sawit muda. tapi mungkin ada gangguan... ada jalan. Apa nak buat, ni je tempat yang best.

Aktiviti yang sedang berlangsung tadi diam seketika kerana gangguan kami. Tak lama lepas tu on seperti biasa bila kami sama sama ambil tempat lepak sebelah sawit. Prestasi BB hari ni ok .. terbaik setakat ini.. da suara kasar garau kaki bedal datang himpit.... turun sebelah jalan. Lepas tu terbang masuk sawit bila seorang staff pejabat naik motosikal disebelah denak.

Dari aspek performance BB best hari ni bila tengok kuku sigiaq 2 pusingan bila garau kasar datang tadi. Kemudian kuku lagi bila sigarau turun sebelah jalan. Tak sempat nak aksi lawan kat laman, kerana da gangguan tadi.

Hampir 2 jam kami di laman ni.. memang tak leh nak kemana jap lagi dah kena balik... jumaat ler hari ni.

Tak semena mena dengar riuh kukukan ayam hutan seolah2 terkejut keluar dari bawah pelepas sawit kering sebelah tempat kami melepak. Mohamad minta saya tinjau, .. saya terhendap2 dan akhirn ya satu penemuan sejarah... sarang ayam hutan dengan telurnye sekali.. tak pernah dalam hidup jumpa sarang ayam hutan. tengok ler simple dan praktikal.. atas ada sawit kering lindungi hujan dan binatang buas yang lain. memang susah nak nampak. Saya buat close up beberapa snap bagi kawan2 nengok. Yer ler ada kawan2 kita tak pernah tengok di luar sana.. termasuk saya sekali.













Saya tak usik sarang AH ni..sentuh pun tidak. saya cuma angkat satu helai daun dan snap gambar... takut dia merajuk dan tak mau mengeram lagi.. ade 6 biji telur semuanya. Dari colour telur saya rasa dah beberapa hari si ibu mengeram telur ni. mungkin seminggu lagi akan lahirlah generasi baru AH ni..Harap2 sebelum tengkujuh barat daya tiba, anak2 ayam yang comel berlari riang bersama ibunya... tengoklah.. hi best. nasib baik jumpa sarang ayam hutan. Mungkin kali terkhir jumpa... tak mungkin jumpa lagi. Tak semua orang dapat jumpa...hahaha

Lepas lepak hampir jam 12.00 tengahri, kami berdua pack dan balik. Balik dengan penuh kenangan. Kenangan hari ini mengindahkan memory sepanjang minggu... memory akan BB yang semakin cemerlang dilaman, memory akan terjumpanya sarang ayam hutan....

adesss sekian.

Monday, July 4, 2011

merbuk: Otai Kemarau Selatan


Hari ini Sabtu; 2hb Julai, 2011. Semalam dah buat appoinment dengan Otai Mohamad... Hari ni nak melaman di Ba Ba Li... satu tempat sinonim dengan pemikat kawasan ni.

Jam 8.30pg keluar rumah setelah semua sarapan pagi untuk anak dan isteri siap settle. Kul 9.00 sampai dan Otai Mohamad pun dah sampai. Sedang siap siap nak set up jebak. Banyak burung kawasan ni, tekukur dan merbuk. Suara burung burung ni memang best, masuk kategori ada kelas... tapi dah sedia maklum, celir bukan main. Kawasan tak luas lebih kurang 5 ekar getah tua , di kelilingi sawit muda dan matang.

di pendekkan cerita setelah 2 kali pindah tempat, tak de sekor pun BH yang hampir pikat. Akhirnya setelah penat , kami balik semula ke tempat awal pagi. Otai mohamad letakkan pikat di dahan pokok getah yang tumbuh semula akibat patah dahan. Nampak bergaya dahan ni kerana daun hijau dan rimbun.

Pikat Mohamad ni hebat, cepat berbunyi dan terus membuat ancaman dengan keruak dan tandang besar. Rupanya laman ni merupakan kepunyaan otai suara sedang dengan suara yang nmengancam. siap mengeluarkan keruak bertalu2. Dalam masa bertengkar ni ada pula sekor lagi BH yang datang ingin mengadu kejantanan. Akhirnya kedua2 ekor BH ni bergaduh lepup lepap atas puncak pokok getah. Pergaduhan tak lama kerana yang baru datang ternyata kalah dan terus beredar.

Otai getah tua ni tidak mengambil masa lama terus menjunam ke dahan rendah pokok getah yang sedia menanti pikat. Adingan berbalas pantun makin hebat, penuh dengan derak dan laungan. Akhirnya nya pikat Otai Mohamad mengekuarkan kuarrr panjang. BH terus menjunam atas lantai jebak dan jala jebak memainkan peranan dengan baik. Tanpa sedikit pun kesilapan teknikal Otai getah tuan tersepit antara jaring dan lantai jebak. Pikat mengeluarkan kuarrr panjang kali kedua menandakan Bh dah terperangkap.

Otai Mohamad bingkas bangun dan menurunkan jebak. Inilah hasilnya. Setelah di amati memang Bh ni patut mendapat tempat khas di rumahnya. Bukan senag nak dapatkan BH di lokasi ni. Inilah hasilnya dari pikat Otai Mohamad.





Usaha membuahkan hasil.... Kemarau selatan menjanjikan sesuatu yang berharga. Alhamdulillah.

Thursday, June 9, 2011

merbuk : BB is singing

Sejak minggu ni rajin pula BB ni menyanyi.... bising , Tengok ler otai 2 sumua... boleh ke


Monday, May 23, 2011

merbuk : Buncit oh buncit - part 2.

hei hei buncit is back.... just for a week break.

buncit pandai bermain.... lihat le bagaimana terror buncit menepis serangan... huhuhu

just for fun.

Sunday, May 15, 2011

merbuk : Buncit Oh Buncit - part 1.



"Buncittttt, buncitttt, .....
buncittt..., buncit"...

"tak de le ma"...

buncitttt.... buncitttt....
"cuba panggil lagi.... tak kan masih tidur"..

"BUNCITTT"...

" eowww "

"Hmmm baru nak jawab, puas panggil".

ni kat bawah meja... tidur lagi.

Begitu lah ceritanya si Buncit...

















'Buncit' sebenarnya asal dari KL, anak kepada taukey restoran.. ntah camna taukey suk bermurah hati kasik kepada pelanggan setianya. masa tu umur lebih kurang 4 bulan.. tapi dah well-trained. berak kencingnya kat toilet, tak sentuh makanan kita, dan yang bestnya sikap manja dan comel air mukanya...

sekarang buncit dah pun setahun lebih... berat dah pun hampir 20kg... berat mcam baby.

sejak buncit jadi ahli keluarga, macam ada satu perasaan sayang kepada buncit ni...

kenape yer...

pandai bermain... main sembunyi katakan.
manjanye macam leh brfikir yang manusia sayangkannya...
bila dukung tak pernah meronta..bahkan terus lembutkan badan...
tak pernah menyentuh makanan manusia.
tidur bersama tuannye dalam bilik.
Bila tuannye mengadap laptop dalm bilik, buncit setia tidur di sebelah... tak kira waktu.
... dan macam2 lagi.

sekarang buncit masih kat UTP... study bersama tuannye.























There is a break for buncit ... back on 20th..

Tuesday, May 3, 2011

merbuk : a travel to golden triangle - part2.

Perjalanan kami seterusnya ke sempadan pergunungan Burma dan Thailand... jauh di pergunungan. Di sini ujud satu masyarakat asli keturunan Kayan or kadaung.. Perjalanan menggunakan pick up dan van kerana kesukaran jalan masuk yang berlubang, terrain yang tinggi dan macam2 lagi.



Dari jalan utama ( jalan tanah merah daa )ke perkampongan ini.... jalan kaki menuruni bukit hampir 3 kilometer... Jalan merupakan track macam org kat tempat kita masuk kedusun di atas bukit. Jalan celah2 batu...

Sebenarnya tempat yang kami lawati ni merupakan satu perkampongan bagi tujuan pelancongan. Bayangkanlah jika kita nak kekampong sebenar dia orang ni kerana nak sampai ke sini pun dah hampir petang... lebih kurang 8 jam perjalanan. dah letih dan dahaga dibuatnya...

dibawah de beberapa keping gambar yang saya snap dalam perkampongan ini...