Saturday, November 19, 2011
Racik : Part 8 - Sarang Racik
Pengenalan
Sarang racik merupakan satu alat untuk menyimpan racik. Racik yang disimpan dalam keadaan teratur memudahkan aksi pemasangan racik dilaman ketika aktiviti memikat sedang dijalankan. Sarang racik yang baik akan membentuk racik dalam keadaan bulat, tidak kusut dan kemas. Ada banyak nama digunakan bagi maksud ini . Di utara ianya dipanggil sarang racik manakala kawan2 kat Pahang memanggilnya sebagai 'lekar racik'. Mungkin dikawasan lain ianya menggunakan nama yang berbeda, namun fungsi sarang racik adalah sama.
2. Jenis Sarang Racik.
Tedapat beberapa jenis sarang racik. Bergantung kepada pembuat racik, ada yang menggunakan kain dan rotan yang dicantumkan untuk menjadikan sarang racik. Di zaman dulu-dulu menggunakan rotan yang di anyam halus sebagai sarang racik. Kemahiran menganyam memainkan peranan dalam penyediaan sarang racik yang sebegini.
Dengan kemajuan teknologi kini, terdapat sarang racik yang dibuat dari kabel besar yang diraut halus menyerupai lingkaran sarang racik yang asal. Walaubagaimana pun sarang racik ini adalah lebih mudah untuk disediakan.
Dalam penyediaan sarang racik, paksu menggunakan rotan, tali tangsi dan wayar plastik untuk dijadikan sarang racik.
3. Proses Penyediaan.
Beberapa proses kerja perlu dilakukan.
3.1. Alas Sarang.
Pertama sekali tali tangsi dianyam halus menyerupai badan lipan sepanjang 2 jengkal. Ianya menggunakan tali tangsi panjang. Dengan panjang tangsi ini, membolehkan beberapa lingkaran dapat dilakukan kepada sarang racik. Ianya merupakan anyaman bulatan berkait antara satu bulatan dengan bulatan yang lain. Kemahiran menganyam menjadikan bulatan yang dibuat adalah seragam dan kemas. Kemahiran ini akan dengan sendirinya terbina setelah banyak anyaman dilakukan.
Proses menyediakan alas sarang ini boleh dibuat pada waktu lapang. Paksu menyediakan alas sarang ini selalunya sebelah malam selepas semua aktiviti wajib selesai...kekadang semasa menonton tv. Alas sarang memerlukan masa 1 jam untuk disiapkan, walau bagaimana pun kemahiran memainkan peranan dalam menentukan tempoh siap kerja . konsentrasi berterusan diperlukan terutama ketika menyediakan bulatan pada tali tangsi. Proses menyediakan alas sarang merupakan satu proses yang rumit dan menjemukan.
3.2. Bingkai Sarang.
Bingkai sarang diperlukan bagi mencantum alas sarang. Adalah amat baik menggunakan rotan sebagai bingkai sarang kerana tahap keanjalannya yang tinggi berbanding media yang lain. Ada juga menggunakan kabel dari wayar brake basikal sebagai bingkai sarang... sebanyak 2 bilah rotan yang diraut halus sepanjang 3 jengkal diperlukan.
3.3. Mencantum Alas Sarang Dengan Bingkai.
Proses seterusnya ialah mencantumkan alas srang dengan rotan bingkai. Untuk tujuan ini, wayar plastik digunakan. Seutas wayar plastik dengan keanjalan yang tinggi dapat mencantumkan alas dengan bingkai. Dalam proses ini, keanjalan plastik dapat mengemaskan ikatan antara sarang dan bingkai. Tugasan ini agak rumit kerana wayar yang panjang diperlukan. Sebarang cubaan menyambungkan wayar plastik (jika menggunakan wayar yang pendek ) akan menyebabkan jalinan ikatan tidak rata dan menjadikan sarang tidak kemas.
Setelah ikatan ini siap, sarang racik perlu dibentuk bulat mengikut saiz yang diperlukan. Bagi maksud ini , paksu menggunakan tiang ampaian kat rumah yang sedia ada yang dibuat dari besi bulat lebih kurang 2" diameter. Lilitan pada tiang besi selama beberapa hari menjadikan sarang racik bulat dan cantik.
4. Penutup.
Sarang racik yang dah siap akan kelihatan lebih kurang macam ni...
Begitulah adenya kerja kerja penyediaan sarang racik yang pada mulanya di ilhamkan oleh orang dahulu kala. Mungkin zaman kesultanan Melaka kut... kerana kesenian ini biasanya adalah permainan golongan bangsawan ...
Sekian, selamat mencuba. Wallahualam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Saya nak mintak dua ilmu dari paksu dee.
ReplyDelete1. Boleh tak buat lakaran macam mana nak anyam tangsi alas sarang.
2. Nama bahan yang digunakan untuk balut bingkai dan dimana ianya boleh dibeli.