Saturday, July 7, 2012

merbuk : a gifted BH - menjebak part 6

Hari ni Saturday.... jam 9 pg keluar rumah. Arah tujuan sekadar warming up sebelum musim kemarau selatan akan datang. Tiada tujuan tertentu ...Ambil jalan Lencongan timur terus menghala ke tompokan sawit sebelah kilang membuat calvert.

Sampai lokasi dengar beberapa merbuk sedang menyanyi ... semuanya suara kecik dan tah langsung tak sedap didengar. Sesuai dengan niat hr ni hanya nak warm up, so pilih laman di sebatang pokok kecil sebelah pokok tinggi. Sigiak ni memang sesuai bagi aktiviti menggunakan jebak.





Ella mengambil sedikti masa, makan dan meninjau sekeliling. 5 minit beralu dan mula melarau....
dan dengan beberapa ekor burung lain juga sedang asyik berkokok, ella meneruskan tugas dengan meratus dan berkeruak...  Lama juga keadaan ini berterusan tanpa seekor pun datang menjengah ke pokok sigiak.

Dari tempat duduk terdengar jauh atas puncak bukit seekor BH sedang mengalun dengan baik. Suara memang mengancam tapi terlalu jauh. Nak pindah pun mlas dan tunggu saje lah. Hampr 1 jam kat laman ni dan terus dengan aktiviti sendiri makan nasi lemak dan membakar rokok. Elala terus menyanyi dengan baik. Tak henti - henti.  Best lak kalau cam ni. mungkin dah cukup sihat selapas semua bulu yang gugur dah penuh.

Tiba - tiba terdengar jawapan dari seekor BH yang suara sedap tadi. Dalam hati terus berkata ... ooh burung suara besar dah sampai... saya merapatkan badan atas motorsikal sebelah pokok sawit kerana jarak saya dan jebak cuma 100 kaki. dari tampat saya memang nampak jelas BH hinggap dekat dengan dahan besar yang paling hampir dengan jebak. Berlaku sedikit adengan derak. BH melompat dua kali dan terus melayang ke palantar jebak. Nampak jelas macam kapal terbang nak landing. Memang best situasi tu.. sayang tak rakam dengan video. BH terus hinggap atas kayu pemijak tas pelantar..... iih best. Masa yang singkat ni memang terakam jelas dalam kepala pada tiap peminat aktiviti menjebak burung.








selesai ambil gambar lebih kurang, pack dan terus balik. Call Otai Mohamad BH reward dapat hari ni. Dan sebelah petangnya terus serah pada Otai Mohamad untuk stok.










Inilah hasilnya. Alhamdullilah.

Wallahualam.