Monday, February 28, 2011

RACIK OH RACIK - Part 1


1. Pengenalan


Racik merupakan satu seni perkakasan melayu asli yang digunakan dalam aktiviti memikat ayam, pelbagai burung termasuk merbok dan tekukur. Saya mengatakan ianya seni kerana cara ia mengikat kaki atau bahagian lain binang lain yang terkena racik adalah terlalu halus, tidak mencederakan dan jauh sekali membunuh binatang itu. Bahkan satu helai bulu pun tak terkeluar dari tubuh binatang itu. "Its an art of catching a bird..."

Dalam lain perkataan ia merupakan satu alat dimana pengguna racik dapat menangkap burung atau lain jenis binatang kecil yang berjalan di atas tanah atau dahan atau pun pelepah. Tugas racik ialah menjerat melalui satu mekanisma mudah dimana kaki atau pun leher burung masuk kedalam satu lingkaran benang atau pun tali dan ia akan dengan sendiri terikat setelah burung ini bergerak dan seterusnya mengiratkan lagi jeratan dikaki atau pun leher. Satu lagi tugas racik melalui mekanisma ini ialah tidak akan melepaskan apa saja yang masuk dalam lingkarannya dan burung tadi akan lebih terikat kepada racik jika ia terus meronta dan ingin melepaskan diri dari ikatan racik.

2. Definasi.

hehehe, definasi cari sendiri.. tengoklah dalam kamus dewan ke, oxford dictionary ke.. he he he. Saya cuma mentafsirkan racik ini secara fahaman sendiri. malas dah nak cari. lama dah abis belajar. sekarang time suke2.

3. Cerita dulu-dulu

Zaman dulu masa teknologi benang nylon belum ujud, mungkin bermula di zaman kesultanan melaka kut... racik dibuat dari bahan berikut:

3.1. Racik ayam menggunakan rotan yang dibelah halus dan hasil seninya digambarkan begitu halus dan unik. Kalau dalam hikayat melayu lama ada menggambarkan bagaimana pembesar negara masa tu memburu ayam dihutan dengan menggunakan racik jenis ini. saya sendiri pun tak pernah tengok... he he he

3.2. Racik tekukur pada asalnya menggunakan rambut dari ekor lembu. Ianya dianyam dari beberapa urat menjadikan satu tali halus dan kemas. Warna racik ini seakan-akan 'brown'. Ianya memang cantik, sesuai untuk memikat burung tekukur kerana warnanya bersamaan dengan rumput kering dan juga hijau. Jika di pasang ditanah lapang dan terkena cahaya matahari, ianya tidak berkilau... yang bestnya ia memang best. susah nak cakap. Saya sendiri masa kanak-kanak lagi ( dalam 12 tahun) pernah turut sama dengan otai di kampong meracik tekukur. Jadi cerita meracik tekukur menggunakan denak dan racik ni memang saya dah turut serta agak lama. bayangkanlah dari zaman racik menggunakan tali dari ekor lembu... he he he. Cuma nak kongsi pengalaman. tapi sayang racik yang diberi oleh otai ini kepada saya dah hilang entah kemana... yer ler masa tu ianya tidak bererti bagi kita seusia tu. Bayangkanlah jika masih ada dalam simpanan, mesti best dapat pamirkan untuk sama sama kita kongsi hasil kesenian datuk moyang kita.

4. Racik dan kepentingannya.

Kita sepatutnya tahu menydiakan racik sendiri kerana ia merupakan tradisi turun temurun. saya pun ada le sikit kemahiran menyediakan racik ni. kelebihan racik buatan sendiri ialah ianya tahan dan kuat, lingkarannya cukup untuk memasukkan kaki burung ( tidak telalu besar dan terlalu kecil ), warna yang dipilih sesuai dengan keadaan rupa bumi. Jadi tu yang bestnya.

5. alatan

Zaman sekarang ni saya ingat memang tak de racik lagi dari ekor lembu... sebagai ganti tali nylon digunakan. So apa yang perlu ialah tali nylon ( tangsi ), benang perambut, benang bagi mengikat tali racik dengan tiang racik dan juga cincin ( n0 8 ). Dan akhhirnya ialah tiang racik. Ni dibawah de sikit gambar barangan yang diperlukan... hehehe
















setakat ini dulu... lain kali cerita lagi...

No comments:

Post a Comment