Monday, March 21, 2011

Merbuk : Teknik Menjebak - part 2




Pendahuluan.

Sebagaimana lumrah burung merbuk merupakan sejenis burung yang cerdik, mudah dan keperibadian jinak merpati. Banyak teknik digunakan dalam memerangkap burung ini samada menggunakan racik, pukat dan gam pelekat. Walaubagaimana pun teknik menjebak merupakan teknik yang disukai ramai.

Mengapa Jebak ?

Sejak zaman dahulu kala, jebak merupakan kaedah memerangkap berbagai jenis burung. Ia disukai kerana kesenian yang digunakan adalah halus dan mempunyai tertibnya yang tersendiri. Hasil seni yang ujud dari teknik ini ialah:

a) Pikat akan memanggil dan memujuk burung hutan datang dengan niat untuk mengadu kekuatan. Perlu diingat bahawa burung juga mempunyai rumah dan kawasan penginapannya yang tersendiri. Kawasan ini atau ' territory' ujud setelah satu epik perlawanan berlaku antara 1 atau beberapa ekor burung jantan. Yang menang akan mendapat kawasan idaman, manakala yang kalah terpaksa mencari kawasan baru. Kawasan idaman dimaksudkan dengan kemudahan air, makanan dan juga tidak ketinggalan isteri atau burung betina.

b) Pikat yang garang dan berperestasi tinggi akan memanggil dengan alunan suara yang tersendiri, manakala burung hutan akan membalas balik susunan suara dalam berbagai nada dan bunyi. Dalam situasi inilah menyebabkan ujud satu bentuk alunan suara burung merbuk yang unik dan menghayalkan bagi peminatnya.

c) Teknik menjebak dapat dikenalpasti suara burung hutan yang datang kepada pikat. Jika ia mempunyai kriteria yang baik dan disukai, sudah tentu pemikat akan menyimpan dan menjaganya dengan baik dan teliti. manakala teknik pukat dan getah gam, suara burung hutan tidak dapat dikenalpasti.

Teknik Terjun.

Dalam banyak hal, teknik pemasangan, tempat dan juga waktu memainkan peranan dalam proses menentukan kejayaan memerangkap burung hutan.

Jika burung hutan dalam kategori 'cega', jebak harus dipasang dengan kedaan supaya burung hutan tidak dapat menghampir jebak atau pikat samada melalui bahagian belakang jebak, sisi datu pun hadapan. Jika ini berlaku, besar kemungkinan akan gagal memerangkap kerana burung hutan telah kenal, faham dan juga licik dengan teknik memerangkap yang digunakan. Burung hutan dalam keadaan ini ialah kerana burung berkenaan telah melalui pengalaman terkena pukat atau terkena jebak tapi dapat meloloskan diri atau pun telah melalui gangguan pemikat lain yang berterusan.

Dalam teknik terjun, tempat paling dekat antara burung hutan dengan pikat adalah lebih dari 5 ela. Dalam jarak ini image jebak dan perangkap yang disediakan agak samar. Burng hutan yang marah kepada pikat akan terjun didahan yang disediakan iaitu 'anggar' jebak.

Gambar berikut merupakan pemasangan teknik terjun oleh Otai Awang. Cuba perhatiakan tiada tempat bagi burung hutan menghampiri pikat kecuali pkok disebelah yang melebihi 5 ela dari pikat...



Teknik ini terpakai bagi kategori burung hutan yang cega. Bagi burung hutan yang tidak pernah menghadapi gangguan pemikat, teknik biasa boleh digunakan. Cubalah...

Segalanya adalah ketentuan Illahi. Kita hanya berikhtiar untuk mendapatkan sesuatu. Wallahualam.

12 comments:

  1. Kalau nak nanti saya cuba cari dan simpan... best..

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan.....saya ada dengar otai2 bercakap, pelantar jebak harus menghala kearah sesuai mengikut hari tertentu. saya kurang pasti minta pak su dee hurai persoalan ni.

    ReplyDelete
  3. WKS...Astaqfirllahalazim... jangan-jangan macam tu. Tak baik...takut jadi kurafat. kita nak happy, jgn musnahkan ia dengan benda yang berlawanan dengan ketentuanNya. satu lagi kalau merbuk, tak payah kira sisik... yang penting jangan simpan merbuk yang mulutnya berbau busuk. Walluhalam.

    ReplyDelete
  4. t.kasih... di atas pandangan & nasihat pak su mudah2an kita terhindar dari perkara kurafat insallah

    ReplyDelete
  5. Salam Pak Su..teringin bela merbok dari kedah.Pak Su ada banyak denak merbok?

    ReplyDelete
  6. sorry Wak.. paksu tak de burung le.. skrg ada pun 1 ekor saja, ella tu.

    ReplyDelete
  7. tumpang iklan ye paksu. burung merbok siam utk dijual. lokasi selangor. call 0136070356

    ReplyDelete
  8. salam paksu nk mintk tips memilih merbuk..lg 1 knp dgn bau mulut burung mntk penjelasan..sory sy bdk baru blajar

    ReplyDelete
  9. Salam paksu..denak saya ni bunyi rajin derak pun galak tapi burung hutan x nk dtg asyik lawan bunyi jer

    ReplyDelete
  10. Salam paksu..denak saya ni bunyi rajin derak pun galak tapi burung hutan x nk dtg asyik lawan bunyi jer

    ReplyDelete
  11. Salam paksu..denak saya ni bunyi rajin derak pun galak tapi burung hutan x nk dtg asyik lawan bunyi jer

    ReplyDelete
  12. mcm mana nk bau mulut merbuk tu? kita dok sebelah dah boleh bau ke jenis yg mulut busuk tu

    ReplyDelete