Thursday, March 24, 2011

Merbuk & Jebak - Part 1.

Pendahuluan.

Hari ni balik awal sikit kerana ada mesyuarat peringkat negeri di home town. Abis mesyuarat jam 4.30 so not worth goin back to office yang jaraknya 60 km. Sampai umah awal sikit dari kebiasaan. Ade le untung 1 jam rehat. hahha. Dah tiada benda nak buat, cuba tengok posting, stok rencana dah abis, fikir punya fikir buat keputusan cerita sikit untuk kongsi bersama hal jebak ni...

Definisi

Jebak dalam kamus dewan kata ," perangkap binatang". BI kata " a trap". sama saje. Boleh disimpulkan sebagai satu "alat untuk memerangkap binatang pilihan". Ini kerana da beribu jenis binatang yang boleh ditangkap menggunakan perangkap. So lain jenis haiwan ditangkap menggunakan perangkap yang berbeda. Kekadang jenis jebak yang fungsi dan bentuk yang sama digunakan untuk memerangkap beberapa jenis burung eg; merbuk, merbah jambul , tekukur dan seumpamanya. Contoh ketiga2 burung ini menggunakan perangkap yang mempunyai bentuk dan dengan konsep yang sama.

Konsep.

secara mudahnya jebak ialah alat memerangkap burung yang mengandungi 1 bahagian yang di isi dengan pikat (denak) dan satu bahagian lagi dikhaskan untuk memerangkap burung yang dipilih. Biasanya burung yang terperangkap adalah dari jenis yang sama dengan denak yang ada kerana ia menggunakan kaedah panggilan untuk melawan. Biasanya burung jantan v/s jantan. Ada juga kekadang burung betina ( mungkin janda) yang masuk perangkap . mungkin tergilakan denak yang ensem dan berhias cantik.

Jebak Itself




Jebak untuk burung merbuk menggandungi dua bahagian. Bahagian 1 ialah dipanggil rumah denak dan 1 bahagian lagi dipanggil perangkap.






Rumah denak.



Rumah denak berbentuk spara bulat bujur dengan diameter anggaran 8". Bentuk ini disesuaikan dengan kriteria burung merbuk yang suka berjalan, penjagaan ekor dan yang pentingnya ia selesa untuk satu trip yang panjang misalnya 6 hingga 8 jam. Dinding rumah denak menggunakan dawai halus yang disusun rapi agar denak tidak terlepas keluar. Terdapat fungsi tertentu susunan dawai dinding terutama bagi tujuan keselamatan serangan pemangsa lain seperti burung gud-gud yang gemar menangkap burung merbuk sebagai makanan. Fungsi kedua ialah membenarkan denak berperanan ketika berhadapan dengan burung hutan. Ada aksi tertentu denak bila berdepan dengan burung hutan yang boleh mempercepatkan burung hutan melompat marah ke perangkap yang disediakan....

Pelantar dan Perangkap

Bahagian ini menyediakan mekanisama mudah bagi memerangkap burung hutan. Lantai perangkap kebiasaannya sepanjang 18 inci dan lebar sama dengan kelebaran jebak... Lantai perangkap menggnakan dawai lebih kasar, disusun jarak 1.5" antara satu dengan lain sebagai alas supaya burung hutan tidak terkeluar bila terkena perangkap.

Satu lagi mekanisama mudah yang ada bersama lantai perangkap ialah buluh penutup yang disaring dengan rapun ( jala halus ). Buluh penutup ini dilengkapi dengan dawai spring yang lembut bagi memberi tindak balas menutup lantai dengan jaringan rapun ke lantai dan sekali gus menutup semua bahagian lantai perangkap. Penutup lantai perangkap ini berfungsi memerangkap burung hutan yang hinggap dilantai jebak.

Fungsi rapun bila memerangkap burung hutan dapat dilihat dengan jelas dalam post 'baby on board' dan "2nd catch of the season"..


Rapun ialah satu sirat ( anyaman ) seumpama jala yang dibuat khusus mengikut bentuk buluh penutup lantai jebak. Ianya di sirat dalam bentuk 4 segi bujur menggunakan benang halus. Ketahanan rapun penting kerana ia merupakan benteng terakhir memerangkap burung hutan yang diminati.

Dalam bahagian berikutnya InsyaAllah akan ditunjukkan bagaimana menyirat rapun untuk kegunaan sendiri...

Selain boleh menyirat rapun, saya juga biasa buat trap ni... gambar di atas tu buatan sendiri...

Sekian, selamat belajar . Walluhualam.

7 comments:

  1. salam....apakah jenis kayu pak su guna membuat rangka jebak?

    ReplyDelete
  2. boleh je sdr azmi.. pakai sendiri. dah 15 tahun dah, masih ok.

    ReplyDelete
  3. banyak kayu boleh amzie...tapi banyak kelebihan dan kekurangan. Org dulu2 guna medang... org sekarang guna mcam2, nangka pun ok... rambutan liat sikit. Mengkudu best juga.

    ReplyDelete
  4. Saya may beli jebak merbok seperti I I.
    Atau Yang di YouTube ini
    http://m.youtube.com/?client=mv-google&rdm=4oox72leb#/watch?v=5apg7iw1wtI
    Sudi kiranya email saya erickalvino@Gmail.com
    Saya dari Indonesia
    Kira kira berapa harga Dan ongkos kirimnya
    Terimakasih

    ReplyDelete
  5. sudilah kiranya saudara bantu carikan product ini
    tayangan di youtube: jebak merbok
    http://www.youtube.com/watch?v=eOeO-2E3408
    lokasi produksi tg malim malaysia
    saya mau order.
    sesiapa yang bisa bantu untuk order
    akan saya berikan komisi.
    atau bolehlah kirim address kedai penjualnya.
    ini email saya : erickalvino@gmail.com
    terimakasih

    ReplyDelete
  6. saya minat beli jebak merbok pak cik atau seperti yg ada di youtube
    http://www.youtube.com/watch?v=eOeO-2E3408
    sudi kiranya membantu saya lewat email donydykka79@gmail.com or dony_dykka@yahoo.com....terimakasih

    ReplyDelete