Assalamualaikum semua... lama tak jenguk. banyak hal sejak kebelakangan ni...Lagi pun sekarang ni off season..haha. penggemar mesti faham... off mean, rehat. Dah menjadi kebiasaan, semua dijadikanNya diuntukkan masa rehat. Banyak perkara berlaku masa rehat... Semasa rehat ni cuba layan beberapa set racik untuk kawan-kawan...
Dalam kesibukan kerja, komitment lain sempat juga mencuri waktu terluang menghadapi kerenah seni yang amat rumit ini. Setakat ini 3 set dah hampir siap, Dah boleh kira siap cos tali dah pasang cincin, tiang dah disatukan dengan tali, salutan gam dah selesai dan dah pun melalui 3 tapisan QC...hehe.. dan yang tak suka buat pun dah siap iaitu sarang racik...cuma tali kajar saja yang belum diikatkan.
Shafie ni orng baru dalam game ni...denak baru, cetok baru dan segalanya baru. Saja pak su sediakan satu set untuk hiburkan hati dia. Yang lain tu dah pakar...dah patut dapat phd.
Mngkin bulan Disember ni musim baru akan bermula untuk pemikat semua. Musim baru ni baik untuk memulakan aktiviti ini kerana musimnya panjang...
Entah musim baru akan memberi hasil atau tidak...harap2nya segalanya baik untuk semua.
Sekian, wassalalam.
pak su dee....kalau nak tempah jugak boleh ke....
ReplyDeleteno prob..InsyaAllah. tak pasti sesuai ke kawasan utara dengan negeri 9. email me..
ReplyDelete