Friday, August 24, 2012

KEMARAU SELATAN SEASON'S END : TAIKO PADANG PERMAINAN TUMPAS




Hari ini Friday, 24hb Ogos, 2012 raya ke enam. Sesudah membeli sarapan untuk keluarga, jam menunjukkan pukul 9.00pg. Awal pagi tekukur kat rumah bising mengalun suara. Mungkin musim mengawan akan bermula di penghujung Kemarau Selatan ini, selalunya semua burung akan mula mendapatkan pasangan masing-masing.

Dah sebulan lebih denak tekukur ni tak menjejakkan kaki ketanah...maklumlah bulan puasa. Pagi ni cuaca baik sekali setelah dua hari hujan sepanjang hari. Kemeriahan dipagi hari membuat hati kecil memujuk agar kelaman bagi menghiburkan hati. Hanya satu niat dihati untuk memanaskan denak dengan panas matahari pagi dan pasir halus dilaman yang menjadi idaman setiap burung yang memakan bijirin.

Secepat kilat masukkan denak dalam cetok dan terus ke dalam motokar. Sambil memandu terfikir hendak kemana pagi ni... Tentu best kat Taman Hill Park di Lencongan Timur.

Sampai di port, tiada langsung suara merdu burung tekukur, yang bising hanyalah burung merbuk mengadu suara masing-masing. Sesuci niat dihati untuk memanaskan badan, terus cari laman bersebelahan dengan Taman Kanak-Kanak. Mungkin musim raya ni, kanak-kanak tak akan berada di taman di awal pagi.
Dari tempat parkinn kereta nampak jelas laman disebelah taman kanak- kanak. Ini best... ada tanah dan juga bersih dari musuh. Jarak dengan kereta lebih kurang 50 kaki.

Sampai dilaman, teringat pula, perlukah pacak racik?.. Hati kecil kata, perlu mungkin ada rezeki kerana lama tak turun padang.





Denak di pagi ini mula mengemas diri sebaik saja dilepaskan... pertama mendepakan sayap kemudian melunjurkan kaki dan lepas tu mematuk tanah sambil mengintai kwasan sekeliling. Lwp tu terus memerap beberapa patah dan lantas mengangkat guk.. oooh best macam ni, sungkin tiada seekor pun kawan berada dipokok berdekatan. % minit berlalu tanpa sahutan dari mana-mana arah.






Dalam keseronokan mendengar denak mengangkat guk, tiba2 landing seekor tekukur di atas jalan besar. Keadaan menjadi tegang ekoran tindakan denak memerap dan menguku memanggil BH. Tapi apakan daya, mungkin yang sampai ialah BH betina. Lama juga BH betina kat tanah dan akhirnya terbang meninggalkan denak menuju hutan sawit. Sudah tersurat yang pagi yang mulia ini akan menjerut seekor BH. Kemeriahan tadi sampai kepada Otai Taman Permainan. secepat kilat melayang masuk pokok sigiak. Denak menumpaskan dengan 2 pusingan kuku sigiak. BH panas dan melayang ke sigiak rendah sebelah denak. BH juga mengeluarkan kuku sigiak melawan denak.






Adegan melawan suara berlarutan hampir sepuluh minit. Pukulan sigiak kali ketiga membuatkan BH lebih panas dan terus menjunam lebih kurang 1 meter dari denak. Kegarangan BH menyebabkan ia lupa yang barisan depan dipenuhi dengan pagar berbisa. adegan menguku berjalan rancak dan secepat kilat racik versi baru memainkan peranan dengan baik. Satu mata racik halus sebesar benang jahitan memukau BH kerana warna racik seiras dengan rumut kering dan sedikit kehijauan dek rumput kecil yang tumbuh. Racik mengunci dengan baik dikaki kiri, dan BH seceat kilat melompat terbang keluar menarik uraian racik sebaik sahaja terasa kaki diikat. Beginilah lazimnya BH kawasan ini yang 'cega' racik. Alhamdullilah, setelah bertungkus lumus menjalankan R&D keatas racik versi baru ni, terus membuahkan hasil dengan baik.

Tangkapan ini merupakan tangkapan penghujung musim 'Kemarau Selatan'.

Terima kasih dan Wallahualam.


Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA EUDIL FITRI

Ramadhan Almubarak akan pergi meninggalkan kita..Syawal pasti menjelma.. Mendatangnya Syawal, Paksu memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan terlanjur budi bicara selama kita berinteraksi dalam alam maya ini. Buat semua pengunjung setia blog ini diucapkan Selamat Menyambut Eudil Fitri, Maaf Zahir Batin.