Monday, February 28, 2011

RACIK OH RACIK - Part 1


1. Pengenalan


Racik merupakan satu seni perkakasan melayu asli yang digunakan dalam aktiviti memikat ayam, pelbagai burung termasuk merbok dan tekukur. Saya mengatakan ianya seni kerana cara ia mengikat kaki atau bahagian lain binang lain yang terkena racik adalah terlalu halus, tidak mencederakan dan jauh sekali membunuh binatang itu. Bahkan satu helai bulu pun tak terkeluar dari tubuh binatang itu. "Its an art of catching a bird..."

Dalam lain perkataan ia merupakan satu alat dimana pengguna racik dapat menangkap burung atau lain jenis binatang kecil yang berjalan di atas tanah atau dahan atau pun pelepah. Tugas racik ialah menjerat melalui satu mekanisma mudah dimana kaki atau pun leher burung masuk kedalam satu lingkaran benang atau pun tali dan ia akan dengan sendiri terikat setelah burung ini bergerak dan seterusnya mengiratkan lagi jeratan dikaki atau pun leher. Satu lagi tugas racik melalui mekanisma ini ialah tidak akan melepaskan apa saja yang masuk dalam lingkarannya dan burung tadi akan lebih terikat kepada racik jika ia terus meronta dan ingin melepaskan diri dari ikatan racik.

2. Definasi.

hehehe, definasi cari sendiri.. tengoklah dalam kamus dewan ke, oxford dictionary ke.. he he he. Saya cuma mentafsirkan racik ini secara fahaman sendiri. malas dah nak cari. lama dah abis belajar. sekarang time suke2.

3. Cerita dulu-dulu

Zaman dulu masa teknologi benang nylon belum ujud, mungkin bermula di zaman kesultanan melaka kut... racik dibuat dari bahan berikut:

3.1. Racik ayam menggunakan rotan yang dibelah halus dan hasil seninya digambarkan begitu halus dan unik. Kalau dalam hikayat melayu lama ada menggambarkan bagaimana pembesar negara masa tu memburu ayam dihutan dengan menggunakan racik jenis ini. saya sendiri pun tak pernah tengok... he he he

3.2. Racik tekukur pada asalnya menggunakan rambut dari ekor lembu. Ianya dianyam dari beberapa urat menjadikan satu tali halus dan kemas. Warna racik ini seakan-akan 'brown'. Ianya memang cantik, sesuai untuk memikat burung tekukur kerana warnanya bersamaan dengan rumput kering dan juga hijau. Jika di pasang ditanah lapang dan terkena cahaya matahari, ianya tidak berkilau... yang bestnya ia memang best. susah nak cakap. Saya sendiri masa kanak-kanak lagi ( dalam 12 tahun) pernah turut sama dengan otai di kampong meracik tekukur. Jadi cerita meracik tekukur menggunakan denak dan racik ni memang saya dah turut serta agak lama. bayangkanlah dari zaman racik menggunakan tali dari ekor lembu... he he he. Cuma nak kongsi pengalaman. tapi sayang racik yang diberi oleh otai ini kepada saya dah hilang entah kemana... yer ler masa tu ianya tidak bererti bagi kita seusia tu. Bayangkanlah jika masih ada dalam simpanan, mesti best dapat pamirkan untuk sama sama kita kongsi hasil kesenian datuk moyang kita.

4. Racik dan kepentingannya.

Kita sepatutnya tahu menydiakan racik sendiri kerana ia merupakan tradisi turun temurun. saya pun ada le sikit kemahiran menyediakan racik ni. kelebihan racik buatan sendiri ialah ianya tahan dan kuat, lingkarannya cukup untuk memasukkan kaki burung ( tidak telalu besar dan terlalu kecil ), warna yang dipilih sesuai dengan keadaan rupa bumi. Jadi tu yang bestnya.

5. alatan

Zaman sekarang ni saya ingat memang tak de racik lagi dari ekor lembu... sebagai ganti tali nylon digunakan. So apa yang perlu ialah tali nylon ( tangsi ), benang perambut, benang bagi mengikat tali racik dengan tiang racik dan juga cincin ( n0 8 ). Dan akhhirnya ialah tiang racik. Ni dibawah de sikit gambar barangan yang diperlukan... hehehe
















setakat ini dulu... lain kali cerita lagi...

Saturday, February 26, 2011

3 Sekawan Bersama Memikat Di Hujung Minggu

hari ni 26hb Feb.. sabtu. weekend di kedah. Semalam hv a long journey from Sp to UTP...send my daughter back to UTP , final yr PE. So hari ini ambil kesempatan keluar bersama Mohamad, dan Awang, untuk lepas penat semalam... kawan lama sejak 20 tahun hingga sekarang. Masih dengan hobi yang sama.

Mohamad dengan denak tekukur dan merbok, manakala Awang dengan Tekukur Pesom baru dan saya hanya dengan merbok. Lokasi yang dituju ialah estet Sakaborough... Semalam lokasi ni dah didatangi oleh mereka berdua.. ramai tekukur dan merbuk. Ada yang best katanya so ajak saya ikut sama. So kami sama sama repeat tempat burung baik.

9.00 pagi kami bertiga sampai di lokasi. sampai di kawasan ini memang ada burung merbok dan tekukur... macam2 suara. ada besar dan kecil. Yang tekukur ada gud 1 dan juga seladang jati. kawasan estet getah matang, ada sawit muda dan matang. Kami semua set up dalam kawasan getah matang...






Ini kawasan tumpuan.










saya set up jebak dan terus angkat kat dahan kecil di batang getah setinggi 15 kaki.. memang tu caranya saya rasa memandangkan burung di kawasan ini dah sah memang cega. Maklum ler kawasan sini memang camtu.. susah nak dapat..

















Mohamd pula set up jebak dengan kemas sekali.. org lama... penuh dengan pengalaman.

Ini otai Mohamad sedang set up jebak yang memang terkenal dikalangan kami kekawan pemikat burung..kawan saya ni seorang yang really cool, tenang dan penyabar....tak pernah merungut dalam keadaan mana sekali pun, hujan ke, panas terik ke, dahaga ke. kami minum pe yang ada kalau dahaga...kami makan pe yang ada kalau lapar.... pengalaman bersama 20 tahun banyak akrabnya. Kami tak pernah merungut kalau dapat burung. siapa nak simpan silakan... tak de masalah.















Otai Mohamad sedang mencari anggar yang sesuai














Denak masing-masing jalan tugas dengan baik. Merbok Mohamad pertama diterkam oleh merbuk hutan... garang dan baik juga suara. Tiap2 1 minit ubah dahan... banyak keruak dan mainannya. kami yang sedang menikmati pinangan burung hutan ini tergamam dengan tindakan garang burung hutan ini.. Biasa kalau macam ni tak lama akan cepat terjah di rapun... namun segala yang dinanti tak kunjung tiba.. burung hutan cega macam ler kami nak tangkap sembelih. Rapat kat dahan denak pun tak mau... asyik ubah dahan sekeliling denak. Begini lah keadaan sampai 45 minit menunggu...

Di pokok denak saya pun sama juga.. ada 2 ekor sekali gus yang datang. ashik lawan sesama sendiri.. melepuk sana, melepuk sini. tapi langsung tak hampir dengan denak...

Otai awang lebih bernasib baik. Dia repeat BH semalam yang menekannya macam pisau.. suara pedih dan banyk pula perkakas dia. Akhirnya BH turun kelaman dan lawan menguku... tapi nasib tidak menyebelahinya.. BH lompat dan terbang bila hampir dengan laman racik. begitu lah ceganya burung kawasan ni. Mungkin terlalu ramai pemikat lain yang dah masuk kawasan ni. kalau macam ni memang susah nak dapat... kepingin otai Awang nak dapatkan burng ini tak kesampaian. memang burung ni idamannya.

ni dia denak pesom Otai Awang....














dengar suara pesom ni... huh maletuppp. Otai Awang..... dan anak pesomnya...



Jam dah kul 11.00pg. masing2 ambil keputusan ubah laman. kedudukan masih sama tak de Bh yang berani hampiri denak... so hari ni 3 sahabat memang tidak ada rezeki. yang dapat hanya nikmat kemerduan dan keasyikan seni burng pemberian Allah. Memang rahmat ni diberi kepada hambaNya yang ditentukan meminati seni suara burung ini...Syukur semua dalam keadaan baik, pukul 12 tengahari kami bertolak pulang...

Wednesday, February 23, 2011

Merbok garang depan rumah




Semalam ( 22 Feb ), terpaksa ambik cuti kecemasan, keta buat hal..temperature kadang panas, kekadang ok. So antar workshop. Jam baru kul 10.30 pagi..Memandangkan tak de benda nak buat, masuk denak dalam jebak... cuba takel merbok garang depan rumah yang selalu datang dari jauh ke pokok depan umah. Suara kecik tapi ada uummm. Wau dia panjang dan mersik. memang kalau buat dnak ok ler macam tu.Minggu lepas pagi sabtu nampak dia melepak sayap dan turun terus ats jalan tar depan umah. Sambil berjalan sambil meratus garang. Itu tanda memang sedang panas.... Nasib dia baik hari tu mrs ajak pegi tesco beli barang dapur. so terpaksa memendam ja. Nanti de masa ni, akan ku cuba dapatkan kau...

Ni ler keadaan pokok yang de kat depan umah...


lepas set up jebak terus angkat atas pokok. berdesup masuk bawah porch, sambil relaks atas kerusi. Denak mula melarau, kemudian meratus..


best juga sambil relaks dengar denak menyanyi...siulan burung merupakan satu nikmat pemberian Allah kepada hambanya...kita patut mensyukuri nikmat ini. Ada hamba Nya yang tak dapat nikmat ini seumur hidup... Alhamdulillah.




Tunggu punya tunggu.. sampai kul 1.. tak dengar langsung suara burung ni. tah kemana agaknya...tak kesah tunggu lagi sambil minum air.. biasa ler kat umah sambil tengok tv intai pokok depan umah, kalau ada tanda burung hutan datang. Dua gelas ais limau habis, roti kering pun lesap... tapi sang merbuk idaman tak kunjung tiba... itu ler nasib penggemar burung. Masa kita free, dia tak free. hehehe

akhirnya ambil keputusan turun denak dan masukkan semula dalam sangkar.. rasa geram, masa kita free dia tak nak datang. masa kita kalut dia ashik eksyen, melepuk sana, melepuk sini. tunggu kau, akan ku cuba lagi minggu depan....

Begitu lah adenya....

Sunday, February 6, 2011

BABY ON BOARD..

Pagi ni 6 Feb, 2011. Pagi yg indah, tp sikit mendung. memandangkan hari ni last break CNY... 9.30 keluar bawa denak cari BH. Ambil jalan lencongan barat, terus masuk sebelah stor MPSP. Suasana indah dan nyaman....





Suasana nyaman tapi tak de lak BH yg bunyi... mungkin rehat kut. Tp masa ni lah masa terbaik.. tanpa buang masa terus set up jebak....

Denak dah mula semasa tiang di angkat ke dahan... tanda memang 'tip top' performance selepas minggu sudah dapat bergasak dengan lawan...
Pas tu da mula BH menyahut dari padang sebelah.. ooh turun breakfast rupanya..

tak semena2 datang dua ekor seakan merbuk terbang masuk pokok... lompat sana, lompat sini terus hampiri jebak... iiih burung pa lak ni.. pulak tu ashik mengepak kedua dua belah sayap sebelah dengan jebak.. denak diam melayan burng ni yang sedang mengepak sayap..

tetiba terus lompat atas anggar, dan dengar rapun jatuh tanda burng dah mengena.

hampiri pokok dan tinjau... memang benar ada burng atas plantar jebak. Cepat 2 turunkan jbak... dan... iiih burng kecil... memang baby lagi.. tengok ni..



rupanya2 dia mengepak sayap minta makanan dari 'bapa angkat kut'...
Tanpa lengah terus keluarkan anak burung ni dari rapun... ni dia... mungkin usianya baru dua minggu.... baru belajar terbang. Camna leh ni... takkan burng ni anak yatim... hahaha mngkin bapanya dah ditangkap pmikat lain. hanya tinggal ibunya saje.. kesian anak tanpa bapa. Tak kan ler trgamak orang tu tangkap bapanya....



tanpa pikir panjang terus lets go the bird. Its best to be with their family.


So after releasing the baby bird... rasa puas hati. dan anak burng ni pun terus terbang masuk pokok kecil disebelah...kejap lagi harap harap dapat bertemu semula dengan mak dan ayah nye... Hari ini dalam sejarah....


' The end '

Tuesday, February 1, 2011

2nd. Catch Of The Season

tarikh : Sabtu , 22 Jan, 2011
lokasi : Sbelah stor JKR, SP

Almaklum, kat SP ni susah nak dapat burung. Lebih ramai pemikat dari burung katakan...
Merbuk dan tekukur sama saje. Memang susah nak dapat.

Nak jadi cerita , burung ni memang jadi rebutan, pagi petang ade saje pemikat yang sampai. kekadang sampai 4 hingga 5 org sekali gus. Maklum ler sebelah jalan besar. mudah nak singgah.

Yang best nye kita yang baru belajar pula yang leh dapat, tu yang trill nye.

pak su pun banyak lagi belajar, terutama blok dr cikgu yang kat Grik tu. Banyak membantu... dalam diam diam pak su kaji teknik dia memasang jebak, anggarnye, dan juga lantai jebak... hehehe... really helpful. thnks cikgu.

Sebenarnye susah juga merbuk ni, tak kena tempat yang dipasang, tak masuk dia ke jebak...sedikit sebanyak dapat dari kekawan, nampak berkesan.

1st catch tak sempat nak ambil gambar, terlupa kerana terlalu happy.

ini yang kedua...lets have a look.. hehehe