Friday, December 30, 2011
merbuk : taukey 'cable high voltage' cabar BB
Hari ni Friday 30hb Dis., ...cuti hujung minggu kat Kedah ni. Hari ni Otai Mohamad plan nak melaman sebelah pagi, katanya Bandar Baru Bukit Perdana. So setelah siap beli sarapan, naik motor buruk Kriss Modenas masuk tapak perumahan baru. Sampai dilaman jam 9.00 pg. Biasa le tu... selalunya jam 9 baru sampai ke port. Kena settle hal kat umah dulu sebelum nak senangkan diri.
Sampai kat port Otai Mohmad pun sampai.. kami terus memasuki jalan tanah merah tapak pembinaan baru projek perumahan. Adui luasnya kawasan yang diterokai, sayup mata memandang. Lama tak masuk kawasan ni.
Laman pertama tiada sebarang hasil, BH ada yang bergasak, tapi gangguan dengan mesin dan pekerja projek perumahan. Akhirnya kami tinggalkan laman ni terus ke kawasan lapang bawah high Voltage electrical line.
Laman nampak ok dan nampak beberapa BH sedang menyanyi dalam belukar sebelah. Ada juga yang bertenggek atas cable. Jam menunjukkan pukul 10.25 pg. Mohamad kata ok on sini... saya pilih laman betul2 ditengah2 pencawang yang voltage tak tau nak cakap...iih takut. kalau hujan ke, tah.. apa nak jadi. Mohamd pilih laman dekat tiang yang sebelah lagi. Sebenmarnya ada 3 line cable yang besar ni...
Lama juga menunggu baru BB on. Mungkin panas, lagi pun banyak merbah buat bising bila sang helang membuat lintas langsung. Hampir jam 11.00 datang ler 1 BH hinggap kat belukar sebelah denak. Masing2 pun menyanyi ala kadar.. panas agak terik. Tiba tiba BH yang sedang leka menyanyi, melibas diri dan menjunam terus ke belukar sebelah BB Mohamad. Intai dari tempat sembunyi.. ooh rupanya ada beberapa ekor lembu berlari laju menyeberang kawasan lapang. Dalam terkial2 kami berbual... dan lepas tu kedengaran BB Mohamad mula menguku. ooh rupanya BH tadi ada diatas ranting pokok mati berdekatan. BH tak menunggu lama dan terus terjun. Kedua 2 mula menguku dan tak lama lepas tu dah sangkut kaki. Ini lah rupanye... de sikit video dari handset yang sempat ambil...
http://www.youtube.com/watch?v=aFE-nXy3KJY&feature=youtu.be
sekian adanya....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wahh tahniah pak su dee
ReplyDeletet kasih..rezeki awal musim.
ReplyDeleteTahniah..ada juga utk bekal tahun baru.
ReplyDeletet kasih cikgu...
ReplyDeleteLamanya tak berkunjung ke blog Pak Su...masih aktif dengan aktiviti memikat?
Deletetak ler tokan... dah sampai penghujung... mgkin 2 tahun lagi nak bersara..haha
Delete