Sunday, March 27, 2011

RACIK OH RACIK - PART 5





Back to racik... Cincin Emas

Hari ini agak free. So tengok balik stok racik baru... tali dah disambung dengan benang dah 100 unit. tapi yang membuat projek tergendala tak boleh nak proceed cos tak de cincin ( no 8 ) dan juga tiang racik.




So ptg ni mula buat cincin untuk racik. Kerja ni yang paling malas nak buat. Bukannya ape, susah, lambat, kecik dan tah apa apa lagi. Semua alatan tukang emas kena keluar. Cutter, 'long nose plier' pisau kecil dan juga wire tembaga.


Di bawah alatan yang diperlukan.















Dalam sejam boleh buat hampir 50 tapi belum masuk quality control lagi. Lepas keluar dari tapisan mungkin boleh pakai 50% kut. selalunya macam tu. Sakit tangan nak buat benda ni... sudahlah kecil, halus lagi pun dawai keras, kalau tanpa plier hidung panjang, tak buat jawabnya. Cincin dibuat menggunakan paku kecil untuk buat bulatan kecil dan besar.



ni yang kira dah siap tapi lum ditapis.
















Selepas cincin dah ready.. kerja memasukkan pintalan benang dalam lubang cincin pun bermula. Ini pun suatu kerja rumit dek kerana semua memerlukan ketelitian dan lubang yang dimaksudkan hanya selebar jarun peniti. so kena bersabar dan tenang... selalunya bila dah mula buat ni, duk terperap atas meja kat luar berseorangan....

Bila dah dimasukkan cincin, dan dalam keadaan lingkaran, satu ujian terus dijalankan, jika melepasi ujian ini, ia akan disimpan, jika tidak terus dalam dustbin...

tali racik yang siap disambung dengan cincin dah ready untuk dipasangkan ke tiang racik...
















Selalunya lepas buat benda ni semua jari jadi kejang... masa bangun pagi, jari telunjuk dan ibu jari sakit yang amat. Tugas ni terletak pada jari2 berkenaan, so dia pun amat stress jawabnya. mungkin petang ini dapat 100 kut selepas QC.

Beginilah kerja kerja meyediakan racik yang digunakan khas untuk menjerat burung tekukur. Bagi yang alim memang dah familiar, tapi yang beginners tu, beginilah sebahagian kerja kerja yang perlu dijalankan.

So selamat belajar, semuga membawa manafaat.

yang baik darinya, hamba hanya melihatkan segelintir dari apa yang saya tahu.

sekian

Waluhalam.

3 comments:

  1. terima kasih paksu kerana sudi berkongsi kemahiran ni bersama

    ReplyDelete
  2. aznie...nape blog xde postin... hitam jer

    ReplyDelete
  3. Terima Kasih..bagus dpt share ilmu org tua2 ni dgn kami golongan muda..walaupun x pernah tgk lg cmne cara meracik ni tp tgk dlm u tube & blog2 ni boleh paham n trasa ingin belaja ngn Pak Su kaedah dan cara2 org meracik dan menjebak burung ni

    ReplyDelete