Saturday, January 12, 2013

SUMMER SEASON BEGIN : A GOOD WARM UP SESSION



Pendahuluan

Di sebelah utara ni bermula musim panas setelah berminggu mendong dan hujan. Beburung khasnya merbuk dan tekukur mula mengalun lagu, diselang seli dengan teguran sang 'merbah kapor' menandakan masih berkeliaran musuh utama beburung ini iaitu 'sang sewah'. Kekerapan teguran sang merbah ini menyebabkan semua burung berhenti menyanyi dan mengintai dengan leher panjang,,, dimana musuh ni bersembunyi.
Pagi ni Saturday, cuti hujung minggu. 8.30pg panaskan engine kereta dan terus ambil kesempatan buat warm up merbok. Sessi pertama dalam kawasan kilang. Banyak BH kat sini, Ada 1 kedengaran yang boleh masuk buku. Tak ade pokok berdekatan, yang ade tumbuh sebelah jalan dan didalam parit. Tak kuasa nak masuk ketempat yang macam tu,,, so atas pagar je lah.





Hampir 1 jam kat port ni, satu pun tak berani hampiri denak... mungkin belum lagi panas BH kawasan sini. Maklumlah, baru bermula panas selama 2 hari.

2nd sessi di sebelah Pejabat Kastam... hehehe.







Dah tak de pokok nak letak denak. Pokok yang dalam tu jauh kedalam pejabat so memadai atas tiang banner.

Kedua2 test ok... denak warm up dengan baik, 85% kepanasan. Mungkin sekali lagi turun dah boleh masuk laman.


Pada keseluruhannya happy dengan performance. Kedua dua port BH tak mau hampiri denak,,, cuma menyanyi diseberang jalan. Satu pun tak berani hampir. Its over for today. Apa nak buat, kalau dah kerja tu terpaksa tinggalkan dulu. Minggu depan cuba lagi.



3 comments:

  1. saya dari south borneo Indonesia, saya minat model jebak merbuk n tekukur pak su atau yang ada di youtube
    http://www.youtube.com/watch?v=eOeO-2E3408

    saya mau beli tak tau kemana, sudi kiranya pack su bantu sedikit info...
    email saya donydykka79@gmail.com or dony_dykka@yahoo.com
    Terimakasih

    ReplyDelete