Thursday, March 17, 2011

SITI PULANG : DENGAN PAKSA



Hari ini 17hb March, 2010 merupakan hari yang cukup gembira, cukup best... siti pulang kepangkuan keluarga, setelah menghilangkan diri genap 2 minggu. Its all happen in a very spotaneous way...








1. Alkisah....

Petang keluar kejap jalan2 ke bandar SP, balik sampai umah dah dekat 7.15pm. Sementara menunggu maghrib, pegang penyapu dan cuba buat clearance daun-daun kering yang ada kat pokok bunga dan juga gate depan. Tak semena2 dengar siti menyanyi kuat. Nyanyian menunjukkan ia akan tidur. Segera menapak hala kepokok hiasan yang ditanam oleh majlis bandaran selari dengan jalan depan rumah. Pokok rendang setinggi 10 kaki dengan ranting paling rendah setinggi 8 kaki. Jarak cuma selang 5 pintu dari umah. Setelah pasti siti tidur di situ, segera buat persiapan...

2. Huk Hak Huk Hak.

Pertama yang dicari ialah lampu suluh...khabarkan isteri yang siti tidur sebelah rumah jiran.
" ru sure siti is there"
" of couse very sure, i heard her song".
"Lampu suluh ade'"
ada tapi xde battery".

Sepantas kilat naik motor ke mini market... beli 4 battery lampu suluh, dan tak lupa plasticine ( trade mark for modelling clay). Getah pelekat sudah disediakan sejak balik dari langkawi tempohari ( guna getah untuk melekatkan tikus..hehe). On the way back capai 5 helai daun kelapa muda yang ditanam hiasan tepi jalan.

Cepat siapkan lidi kelapa sebanyak 5 batang sepanjang 1 kaki dan disalut dengan gam getah tikus. Lekatkan segumpal plasticine dihujung galah kecil. 5 bilah getah pemikat siap sedia dihujung galah.

3. First Attempt.

Bergegas ke bawah pokok dan menyuluh mencari siti. Puas mencari tak juga jumpa. Semasa mencari bapa Raven sampai dengan crv singgah bertanya..." abang buat ape?"... "aah.. i lost my bird. Its seem she's sleeping here". "ooh try ur best to get back" "Gd luck" " ya thank you "... and drove away.

Kejap isteri datang menemani... saya terus menyuluh semua bahagian hingga ke pucuk pokok. iih mana siti, tak nampak lah... kemudian sya menyuluh ranting yang rendah sekali. tak semena2 tersuluh bahagian hujung julai ditengah jalan... dan itu dia..siti tidur rendah hanya 8 kaki dari tanah. nampak cantik dengan sinaran lampu suluh.

Memandangkan siti tidur rendah, saya padamkan lampu, cuba melekatkan getah kebadan siti dengan galah tadi...nasib entah camana, seumur hidup tak pernah menyuluh dan menangkap burung dengan cara ni... siti terbang naik keatas kearah sebaris pokok sound barrier yang ada diseberang jalan setelah terasa gegaran tangan saya menyentuh daun di sebelahnya. ooh ya Allah, tak semena2 siti terbang masuk semula di pokok yang sama dengan berpandukan cahaya lampu jalan tiang letrik . Alhamdullillah...

4. Second Attempt.

Isteri menyahut.. "tu dia masuk semula"
"aha"
Saya menyuluh dan nampak siti tinggi sikit dari tadi. Saya tak mahu terlepas lagi... amat terseksa bila siti tak ada bersama.

" please hold the light and shoot straight to siti"
"mana tak nampak pun"
"aah.. sini sikit"
" aaah tu dia"

Dengan pertolongan isteri, saya mengangkat galah dengan getah pelekat dihujung. saya tidak teragak2 lagi melekatkan lidi bergetah kebadan siti. siti terlekat pada getah dihujung galah dan saya turunkan perlahan2. Lebih kurang dua kaki dari tanah, siti jatuh dan tak mampu nak terbang. Saya tangkap dan segera bersyukur kepada ALLah .. " Alhamdulillah".

5. Siti IS Back.

Sah siti dah dapat kembali. Saya minta isteri dapatkan minyak masak dan kami berdua cuba meleraikan getah yang ada di badan siti dengan minyak. Hampir setengah jam proses dan dapat merasakan badan siti taklah begitu strong... maklumlah, mungkin payah nak dapat makanan. Shukur siti tidak cedera dalam proses menggenakan getah tadi... dan siti dimasukkan semula ke rumah asalnya.

6. Meraikan kepulangan Siti.

First call is to Awiesuk, then to Otai Mohamad and then to Otai Awang. Otai Mohamad menasihatkan agar siti disapu dengan tepung... so dapatkan tepung dan sekali lagi sapu tepung di sekeliling badan siti.

Selesai semua kerja, cepat menunaikan perintahNya... tergendala kerana urusan mustahak nak dapatkan siti....

7. Im really happy with the outcome... siti is back.

saya sayang isteri... saya juga sayang siti.

8. MOral of the tragedy... hendaklah menghargai apa yang ada bersama kita, kerana itulah pemberianNya. Rasailah betapa perit jika yang kita sayangi tidak lagi bersama kita.

Saya akan menjaga segala yang ada bersama saya seadanya.. sebaik2nya... sesayangnya...Shukur Alhamdulillah, Allah memakbulkan permintaan saya supaya siti dapat bersama kami sekeluarga...

Jodoh dan pertemuan adalah kehendakNya...kita insan yang kerdil hanya mampu berdoa ... memohon pertolonganNya.

Amin.... YA hooooo.

p/s... tiada gambar semasa proses membersihkan siti cos battery camera is zero...

1 comment: