Sunday, March 20, 2011
ella belajar naik stage
Hari ni off day... pagi lagi Otai Mohamad confirm nak keluar. Otai Awang pun dah ready katanya...so memandangkan kawan2 dah sedia, saya turut serta. Memandangkan siti masih uzur, tak sihat...terpaksa ajak ella keluar.
ella orang baru belajar, menyanyi belum lagi baik. suara masih putus2.. tambah tu masih takut dengan sekeliling. ape nak dikata, terpaksa bersama ella buat masa ini sehingga siti pulih dalam jangka masa dua bulan lagi. sungguh pun ella belum berlesen, namun boleh lah untuk bersama meneman kawan2. Ella perlukan banyak lagi masa latihan intensif sebelum dapat disahkan sebagai denak yang berkesan. kalau banyak masa bersama mungkin dalam masa 6 bulan lagi ok kut.
selepas beli sarapan untuk keluarga, jam dah pun 8.30pg... so cepat ajak ella siap2 ape yang patut. ella pun taklah banyak cakap, terus masuk dan kami bertolak ke tempat yang dituju.. stor JKR lencongan timur.
Sampai ke port kedua kdua Otai dah pun ready.. masing2 dengan merbuk dan tekukur.. dah siap psang pun. so cepat ambil lokasi berhampiran.
Selepas siap pasang, kami berkumpul, dan mulalah... makan ape yang ada. Awang bawa nasi lemak ikan bilis, Mohamad dengan bihun goreng telur mata kerbau dan saya dengan pak tunku dan sedikit pulut dengan ikan kering... iiiih best, lama tak makan pulut dengan ikan kering.
Suasana hari ini tak semeriah sebagaimana sebelumnya. mungkin hujan semalam dan nampak macam banyak pula sang sewah menghendap merata tempat. Alert oleh sang merbah banyak membantu dalam keadaaan macam ni.
Kami tak lama lebih kurang jam 11.30 pagi kami semua ambil keputusan pack dan balik...
Labels:
ella
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam paksu....laman cantik ni..msti byk BH mantap2 carik mkn kat sini ni.....
ReplyDeletebiasa dib disini... tempat cantik, tapi burung baik merbuk or tekukur susah nak dapat. tak banyak.
ReplyDeletesalam pak su... brg merbuk kaw. sg layar boleh jadi denak tak?
ReplyDeleteWKS.kawasan baling best...tapi pak su pun tak pernah pegi..hehehe
ReplyDeleteAssalamualaikum paksu.. Salam dari kepala batas penang
ReplyDeleteAssalamualaikum paksu.. Salam dari kepala batas penang
ReplyDelete