Monday, March 7, 2011

RACHIK OH RACHIK - PART 3



1. Sarang Rachik.

Sesudah racik siap dirangkaikan menjadi satu set, kita memerlukan satu tempat khas untuk menyimpan. Ini kerana:

1.1. Racik hendaklah mempunyai lingkaran bulat. Memandangkan rachik dibuat dari tali nylon lembut, jika salah simpan rachik akan menjadi bujur telur dan sebagainya, bila dipasangkan menjadi sukar kepada objektif utama iaitu mengikat kaki burung. Dengan itu satu alat khas di cipta bagi menyimpan rachik agar kekal bulat lingkarannya.

1.2. Racik juga merupakan jalinan tali benang dan nylon yang agak banyak dan panjang hampir kepada meter. Memandangkan ianya meupakan satu rangkaian, ia perlu dalam keadaan kemas dan tidak kusut. Amat malang bagi pemikat jika racik kusut semasa aktiviti memikat sedang on. sedemikian ia memerlukan sarang racik bagi tujuan ini.

2. Rupanya Parasnya.

Ia merupakan satu anyaman halus alas sarang yang diikat kepada kepada satu urat rotan yang diraut halus dan bulat. contoh yang jelas seperti gambar dibawah.

3. alas Sarang.

Alas sarang dibuat dari tali nylon bersaiz agar kasar. Ianya dianyam mengikut susunan bulatan kecil. Ayaman ini memerlukan tali nylon yang kepanjangannya mengikut kehendak pemikat.Jika berlaku kekurangan tali dan anyaman masih pendek, cubaan untuk menyambung dengan tali nylon tambahanadalah satu perkara mustahi. Sedemikian, panjang tali nylon bagi membentuk alas sarang mestilah tepat. Tidak upaya selain membuag saje jika tali anyaman adalah pendek. pembikin racik yang mahir dan berpengalaman akan melakukan lingkaran ayaman dengan cantik, kemas dan sama bulatan.

Ini adalah contoh alas sarang racik.





4. Sarang..

Selepas alas sarang disiapkan, dapatkan rotan halus dan alas sarang diikat bersama dengan rotan bagi membentuk lingkaran dengan tali plastik. Bentuk sarang racik yang siap seperti dibawah.

a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2ZPlj-b6T4P-yv_5dn3Qw30g_WzCAuCasVuMrI_Vr2kMcHZGoli5pc_Rb_a2BDUrUhJuEyGkJxlIisWNaTDHFskToO4jwPCdq-0GPNmLwsYkvryUPjVrWVY7lckDfycVR0OPVtZKgEMGh/s1600/DSCN2146.jpg">


Sarang racik yang baik akan menjadikan racik kita dalam keadaan bulat dan tidak kusut dan akan memudahkan operasi memasang racik semasa memikat.


Demikian adenya.


hanya Allah yang mengetahui akan ilmu dialam ini. Kita
dianugerahkan hanya segelintir dari selautan ilmu yang ada. sama sama kita berusaha menambah ilmu dan memperbaiki pe yang telah ada. Wassalam.

6 comments:

  1. salam paksu...hat ni le yg kwn fail...nak blajar jgk wat lekar racik ni...

    ReplyDelete
  2. wks... bagus tu. pak su belum begitu mahir...masih kurang cantik.

    ReplyDelete
  3. Salam pak su...... satu kepala berapa harga?

    ReplyDelete
  4. iiih pak su x jual.. cuma wat kasi kawan2.. mizi nak ke!!

    ReplyDelete
  5. isshhh.... nanti rugi modal dan masa pak su kerjanya rumit tu

    ReplyDelete
  6. nantilah kita jumpa kat grik... saya bawa satu kepala Insya ALlah. Bila nak buat posting, lama dah duk diam. getah mahal, cerita kena buat gak. hahah

    ReplyDelete