Hari ni cuti rehat.. jut take a rest, cos org umah juga cuti. Juast to be together for another day. Jam 9.30 lepas sarapan bawa ella keluar... sengaja nak mengajar turun laman. ella belum begitu panas dan masih takut2. lebih banyak kali ke laman akan memberi confident dan juga semangat melawan akan timbul. Kali ni kali kedua ella turun ke laman.
Tempat pilihan pagi ini ialah perumahan Aman Jaya, sebelah lencongan timur. Biasanya tempat ni banyak burung hutan. tapi yang ada hanya sesuai untuk mengajar burung baru. Kalau nak simpan tu jawabnya kenalah merantau pergi lebih jauh.
Pemandangan disini memang indah... tengoklah...
Laman pertama atas segerombolan pokok mati yang tingginya cuma 7 kaki. tempat macam ni baik bagi sessi mengajar.. cerah, nampak jauh dan juga senang mendapat burung hutan yang datang untuk ziarah ella nanti.
Suasana sepi, mungkin hujan lebat selama dua hari berturut2. Tapi pagi ni agak baik, matahari mula menyinar.. tapi kedengan burung merbah dengan mulut murainya mula bising... menandakan terdapat sang sewah ( predator) yang ada berhampiran. Ella diam sejenak bila merbah buat bising. Lepas beberapa minit ella melarau... kebiasan bagi burung baru... lepas tu melarau lagi beberapa kali. Nampaknya ok cos tak banyak hal .. dalam keadaan tenang dan tiada merbuk hutan, ella buka mulut...
Lepas 45 minit, pindah laman ella tepi jalan besar. dalam pokok rimbun, gantung ella. tempat ni lebih selesa dan ella segera gesel bula tanda hati tenang. Tak lama ella melarau, lagi berturutan kerana dengar ada satu burung hutan melarau seberang jalan.
akhirnya jam 10.45 angkat ella dan pack balik. tak sesuai tunggu lama kerana keadaan masa ni burung hutan masih dalam keadaan berhati 2 kerana sang sewah masih bermaharaja lela. Mungkin seminggu lagi kalau hujan tak repeat, boleh rasa sessi mengajar diteruskan.
Sekian adanya, walahualam.
No comments:
Post a Comment