Showing posts with label siti. Show all posts
Showing posts with label siti. Show all posts

Friday, March 18, 2011

siti setuju mandi pagi


Hari ni off day... we are off on friday and saturday. ambil kesempatan ziarah siti.

Keadaan siti tengok kcian... tak selesa. Badan comot kena getah. sungguh pun minyak disapukan seluruh badan, nampak macam keras saje bulu dia. so ambil keputusan mandi dan syampoo siti... isteri kata guna shampoo nuskin..its a bit mild, sesuai dengan siti.

so masukkan air dalam basin dan campurkan sedikit shampoo. saya cuci seluruh badan dan ekornya sekali...nampak ok dan berkesan. minyak yang kat badan segera keluar...siti diam semasa mandi..nampak kerelaannya . may be it feel much better with warm water. selepas dibersihkan, segera gunakan hair dryer untuk keringkan siti...



tengok keadaan siti selepas mandi dan syampoo















Mengikut Otai Mohamad, its take a week before siti is well groom again. so kena bersabarlah. sebelum hantar siti kerumah, isteri bantu sapu ubat dibahagian peha dan dada siti cos a bit scratch. hope siti wll be well again soon.

Thursday, March 17, 2011

SITI PULANG : DENGAN PAKSA



Hari ini 17hb March, 2010 merupakan hari yang cukup gembira, cukup best... siti pulang kepangkuan keluarga, setelah menghilangkan diri genap 2 minggu. Its all happen in a very spotaneous way...








1. Alkisah....

Petang keluar kejap jalan2 ke bandar SP, balik sampai umah dah dekat 7.15pm. Sementara menunggu maghrib, pegang penyapu dan cuba buat clearance daun-daun kering yang ada kat pokok bunga dan juga gate depan. Tak semena2 dengar siti menyanyi kuat. Nyanyian menunjukkan ia akan tidur. Segera menapak hala kepokok hiasan yang ditanam oleh majlis bandaran selari dengan jalan depan rumah. Pokok rendang setinggi 10 kaki dengan ranting paling rendah setinggi 8 kaki. Jarak cuma selang 5 pintu dari umah. Setelah pasti siti tidur di situ, segera buat persiapan...

2. Huk Hak Huk Hak.

Pertama yang dicari ialah lampu suluh...khabarkan isteri yang siti tidur sebelah rumah jiran.
" ru sure siti is there"
" of couse very sure, i heard her song".
"Lampu suluh ade'"
ada tapi xde battery".

Sepantas kilat naik motor ke mini market... beli 4 battery lampu suluh, dan tak lupa plasticine ( trade mark for modelling clay). Getah pelekat sudah disediakan sejak balik dari langkawi tempohari ( guna getah untuk melekatkan tikus..hehe). On the way back capai 5 helai daun kelapa muda yang ditanam hiasan tepi jalan.

Cepat siapkan lidi kelapa sebanyak 5 batang sepanjang 1 kaki dan disalut dengan gam getah tikus. Lekatkan segumpal plasticine dihujung galah kecil. 5 bilah getah pemikat siap sedia dihujung galah.

3. First Attempt.

Bergegas ke bawah pokok dan menyuluh mencari siti. Puas mencari tak juga jumpa. Semasa mencari bapa Raven sampai dengan crv singgah bertanya..." abang buat ape?"... "aah.. i lost my bird. Its seem she's sleeping here". "ooh try ur best to get back" "Gd luck" " ya thank you "... and drove away.

Kejap isteri datang menemani... saya terus menyuluh semua bahagian hingga ke pucuk pokok. iih mana siti, tak nampak lah... kemudian sya menyuluh ranting yang rendah sekali. tak semena2 tersuluh bahagian hujung julai ditengah jalan... dan itu dia..siti tidur rendah hanya 8 kaki dari tanah. nampak cantik dengan sinaran lampu suluh.

Memandangkan siti tidur rendah, saya padamkan lampu, cuba melekatkan getah kebadan siti dengan galah tadi...nasib entah camana, seumur hidup tak pernah menyuluh dan menangkap burung dengan cara ni... siti terbang naik keatas kearah sebaris pokok sound barrier yang ada diseberang jalan setelah terasa gegaran tangan saya menyentuh daun di sebelahnya. ooh ya Allah, tak semena2 siti terbang masuk semula di pokok yang sama dengan berpandukan cahaya lampu jalan tiang letrik . Alhamdullillah...

4. Second Attempt.

Isteri menyahut.. "tu dia masuk semula"
"aha"
Saya menyuluh dan nampak siti tinggi sikit dari tadi. Saya tak mahu terlepas lagi... amat terseksa bila siti tak ada bersama.

" please hold the light and shoot straight to siti"
"mana tak nampak pun"
"aah.. sini sikit"
" aaah tu dia"

Dengan pertolongan isteri, saya mengangkat galah dengan getah pelekat dihujung. saya tidak teragak2 lagi melekatkan lidi bergetah kebadan siti. siti terlekat pada getah dihujung galah dan saya turunkan perlahan2. Lebih kurang dua kaki dari tanah, siti jatuh dan tak mampu nak terbang. Saya tangkap dan segera bersyukur kepada ALLah .. " Alhamdulillah".

5. Siti IS Back.

Sah siti dah dapat kembali. Saya minta isteri dapatkan minyak masak dan kami berdua cuba meleraikan getah yang ada di badan siti dengan minyak. Hampir setengah jam proses dan dapat merasakan badan siti taklah begitu strong... maklumlah, mungkin payah nak dapat makanan. Shukur siti tidak cedera dalam proses menggenakan getah tadi... dan siti dimasukkan semula ke rumah asalnya.

6. Meraikan kepulangan Siti.

First call is to Awiesuk, then to Otai Mohamad and then to Otai Awang. Otai Mohamad menasihatkan agar siti disapu dengan tepung... so dapatkan tepung dan sekali lagi sapu tepung di sekeliling badan siti.

Selesai semua kerja, cepat menunaikan perintahNya... tergendala kerana urusan mustahak nak dapatkan siti....

7. Im really happy with the outcome... siti is back.

saya sayang isteri... saya juga sayang siti.

8. MOral of the tragedy... hendaklah menghargai apa yang ada bersama kita, kerana itulah pemberianNya. Rasailah betapa perit jika yang kita sayangi tidak lagi bersama kita.

Saya akan menjaga segala yang ada bersama saya seadanya.. sebaik2nya... sesayangnya...Shukur Alhamdulillah, Allah memakbulkan permintaan saya supaya siti dapat bersama kami sekeluarga...

Jodoh dan pertemuan adalah kehendakNya...kita insan yang kerdil hanya mampu berdoa ... memohon pertolonganNya.

Amin.... YA hooooo.

p/s... tiada gambar semasa proses membersihkan siti cos battery camera is zero...

Wednesday, March 9, 2011

SITI MASIH HILANG


Hingga hari ni dah genap seminggu siti menghilangkan diri. Tanpa berita, tanpa khabar. Cal pun tidak, kirim salam pun tidak... itu lah perangai siti. Bayangkanlah bila bangun pagi lepas subuh siti terus menyanyi lagu kegemarannya... dengar dengan terang hingga ke bilik atas. Dan kini, waktu yang sama, apa suara pun tak kedengaran. Lagu siti yang merdu dan menyayat hati hilang sama sekali. yang tinggal diri ini dan juga kesejukan angin pagi.
Frust betul.


Nak buat laporan segan pulak. Yang salah kita, tak pandai jaga siti. Kat semua otai pasal kehilangan ni dah pun bagi tau. Otai Mohamad di taman keladi, Otai Awang di sebelah Kg Raja, Otai Od di pejabat.. Otai hairil orang muda Pahang pun dah tau. Sampai engineer mohamad pun dah tau. Semua cakap sabar, sabar... siti akan balik. sabarlah..

Hingga kini hanya nampak kelibat siti depan rumah dua kali. Itu pun bila peah (kawan punya) di bawa datang dan bermain atas pokok depan rumah. Garang sekali bila peah menyanyi dan siti terus menyahut tanpa buang masa. Siti datang dekat, bertengkar dengan peah garang . Semua kata nista yang selama ini jarang didengar keluar dari mulut siti. peah pun apa kurang, mengancam sampai nak bergaduh... tapi siti lagi cerdik. dia tahu yang peah mempunyai niat jahat. siti nampak depan peah ada jala...langsung siti tidak menghampiri peah. siti dah faham apa yang peah akan buat kalau dia dekat. siti tetap dengan keputusan berdiri tuguh lebih kurang satu depa dengan siti. siti tak dapat berbuat apa-apa. peah tak dapat nak tampar atau tarik rambut siti. lama siti berdiri disitu. hampir dua jam. akhirnya siti bosan dengan gelagat peah yang mengancamnya. siti ambil keputusan panjat pokok lebih tinggi dan lepas tu terus pergi main kat padang sebelah...

Yang jelas siti suka bunga.. mungkin dia pergi rumah yang ada bunga orkid ni...


atau pun dia singgah hingga lupa nak balik bila tengok halaman rumah ada okid ni




atau tengok bunga ni..




















Semasa seminggini saya bersihkan rumah siti. Tempayan air dan tabung beras dicuci bersih. harapan masih ada agar siti balik dengan rela. balik dengan sendiri. muga siti akan bertukar fikiran setelah lama diluar. Banyak kemungkinan berada dalam fikiran..mungkin siti bergaduh dengan kekawan sebaya. mungkin siti terjebak dengan gejala sosial yang lain. lebih menakutkan terjerat dengan geng rempit... merayau sampai pagi tanpa tujuan... lagi takut jika siti kemalangan dan cedera parah...banyak ancaman diluar sana...




salah satunya macam buncit ni... nampak saja tidur , tapi dalam hati..Tuhan saja yang tahu.










tapi siti tak macam buncit... buncit suka baca buku, kekadang tertidur ... sampai susah nak bangun pagi.....
















Hingga tika ini masih terngiang-ngiang di kepala akan siulan suara siti. Pada waktu sebeginilah
( 7.15pm) siti ambil keputusan lari dari rumah...setiap hari balik dari kerja, diri ini akan menempuhi waktu ini..waktu siti keluar dari rumah.

siti baliklah, ampunilah kesalahan saya yang dengkel ini. selama ni pun kita tidak pernah ada sengketa. tidak pernah ada benci membenci... yang ada cuma kasih dan sayang...

siti baliklah...sayang siti..

Saturday, March 5, 2011

BIBIR MESRA JIWA PARAH

Jadual minggu ini agak ketat... banyak yang penting kena buat. Bermula dengan plan tindakan, pengarah kata pembentangan pertengahan Feb.. banyak unit belum siap, drag to awal March, tapi minggu ini pengarah masih lagi outstation.. minggu kedua baru ada. So tentatif weeks should be in the 3rd.

Kebiasaannya sebelum 10hb tiada jadual untuk out station... tapi ada satu hal yang terpaksa pergi jengok kat langkawi. Last year projek . KL asyik tanya progress... so contact sana, contact sini.. akhirnya 4hb moh Langkawi.

Terbayang difikiran, ooh makanan dan minuman siti .... Nanti air minuman di tempayan kering kesian, ni musim kemarau. Lepas ambik anak kat sekolah, jam dah pun 7.10pm. cepat-cepat urus pasal siti dan 2 kawannya kat belakang. Urus yang kekawannya dulu cos dia orang ni orang baru, macam nak pecah gelanggang kalau dekat. maklum baru 1 bulan join our family. tak berapa kenal lagi.

sampai giliran siti, rasa macam hilang tumpuan. sepatutnya tak perlu cuci cawan, just masukkan air. tapi tangan ni gatal buka pintu rumah siti, dan ambil cawan. yang tangan kanan pegang handle rumah, biar tangan kiri jenguk dalam rumah. tak semena2 siti nampak ruang kosong antara pintu dengan tangan. ape lagi, terus cabut dikala hampir senja.

Aduh... siti. kenapa macam ni, kan hari dah nak gelap. nape nak tinggalkan rumah. siti memang tak mau dengar cakap. melakukan sesuatu yang tak pernah dilakukan...keluar juga.

Selepas siti keluar rumah, rasa macam ooh hilang segalanya.... lama kelamaan, perasaan tadi hilang beransur2. Ajal maut dan segalanya ditentukan Illahi... Dah ditentukan. Siti tak mau lagi tinggal bersama. Kalau rasa tak senang diluar , balik lah. pintu rumah sentiasa terbuka untuk siti...

Moral Of The Tragedy... jangan ambil mudah...jangan buat sesuatu yang perlukan tumpuan tinggi dalam waktu tergesa-gesa...


Semuga siti bahagia diluar sana... sayang juga dah 3 tahun bersama.

Begitulah adenya... Wassalam.

Thursday, June 17, 2010

my new 'denak'


hmmm cuba tengok burung ni... ok ke.

masih dalam training... baru dapt 2 ekor. 1 jantan & yg 1 lagi remaja.

nampaknya kena selalu bawa keluar lagi... bunyi ok, tapi liar yang amatnya...
tengok ekor,,, langsung tak pandai jaga. ni yang tak best.

susah ler kat sini nak dapat burung. terlalu banyak pemikat.

hav a look.. tak tau boleh pi jauh tak!

Tuesday, June 1, 2010

my new 'denak' merbuk

pertama sekali Assalamualaikum semua. pak su ni baru nak mula balik lepas relax for few years. yer le, banyak blogs yg ada, just refresh my mind about hobby lama. Ni dah pun dapatkan satu denak merbuk burung baru dari 'awie suk' ( pak cik sebelah isteri), kira kira sebulan lalu.

definisi utara.
1. denak.
kat kedah ni kita panggil 'denak' bagi burung yang tugasnya memanggil burung hutan. kat blogs famous ngan perkataan 'pikat'. yer ler tu, sama saje.

2. meratus.
ini term yang digunakan bagi menggambarkan burung merbuk yang sedang asyik berbunyi. kekadang sampai sejam dua, merbuk ni kalau dah betul2 galak. selalunya merbuk ni kalau dah asyik meratus, akan pejam mata. keasyikannya menyebabkan kekadang ada ketikanya mampu ditangkap oleh peminatnya, samada guna tangan, guna pukat dan macam2 lagi.

3, melarau.

merbuk melarau bila ianya memanggil kawan. sama dengan tekukur bila kita sebut lambung guk. lain lain tu pak su tak berapa pandai lagi. yer ler kita kongsi ilmu per yang ada.


Denak baru.

burung ni asal sebelah baling , kedah. nampaknya dalam pak su dok train dia, ade ler serba sikit. dah mula meratus, ada keruak bila kawan sampai dan ada juga kruaaa. tengok le minggu depan pak su cuba post gambar burung ni. nanti sambung cita, nak sambung dengan cash flow yang masih terbengkalai....