Wednesday, March 16, 2011

RACIK OH RACIK - PART 4







1. Pendahuluan.

Sekian lama tajuk racik diketepikan... kini kembali dengan info yang boleh membantu anda yang berminat...

dah 2 hari kerja kerja penyambungan tali nylon dengan benang dilakukan. bukannya ape,.. ramai kenkawan nak dapatkan set, so sengaja tolong kekawan sediakan racik agar mereka happy g memikat... sekali kita berbaik dengan orang, 10 kali menjadi ingatan dier orang... petua mat jenin...

2. Tujuan

Dalam menyediakan racik, salah satu proses yang rumit ialah kerja kerja penyambungan tali nylon dengan benang. penyambungan dibuat dengan benang bagi maksud bila racik terjerat kekaki burung, ianya lebih mudah terlekat berbanding lingkaran yang dibuat selain dari benang.
Panjng tali ini dipintal halus sepanjang hampir seinci atau diameternya lebih kurang sama saiz dengan kaki burung yang hendak dijerat. Jika burung itu jenis berkaki besar seperti merpati, lebih besar lingkaran benang diperlukan.

Penyambungan dibuat melalui kaedah sama dengan kita mengikat tali pancing dengan mata kail. kerja penyambungan ini memerlukan latihan amali yang intensif...kehalusan seni penyambungan ini akan lebih mencantikkan lagi seni pembuatan racik

3. Sejarah

Zaman dahulu kala, memandangkan tiada benang pada ketika itu, orang dahulu kala menggunakan benang dari daun nenas... teknik menyediakan benang dari daun nenas lebih rumit... paksu pun tak tau..heheh

4. Teknik.

Tali nylon di potong sepanjang antara 11 dan 12 inci. manakala benang sepanjang 10 inci. Tali nylon di lipat di bahagian hujung dan benang di ikat kemas supaya rentapan burung yang terjerat di pastikan tidak terkeluar. Benang yang telah diikat tadi di pintal dan kemudian di sambungkan dengan cincin... Racik yang baik akan memastikan jeratan pada kaki burung terikat kemas, tidak putus dan lebih malang bila sambungan terputus akibat rentapan burung bila cuba melepaskan diri...

5. Dalam operation management, jika pembuatan racik hendak di komersialkan, line proses yang patut ujud seperti berikut:

Job Shop 1.... penyediaan tiang racik
Job Shop 2....pemotongan tali nylon 11 inci
Job Shop 3....pemotongan tali benang 8 inci
Job Shop 4....penyediaan cincin
Job Shop 6....Kerja penyambungan tali nylon dan benang
Job Shop 7....Kerja memintal benang
Job Shop 8....Kerja memasukkan benang dengan cincin
Job Shop 9....Kerja melekatkan tali nylon dengan tiang racik
Job Shop 10....Kerja merangkaikan set racik
Job Shop 11....Kerja menyediakan alas sarang racik
Job Shop 10....Kerja menyediakan rotan frame sarang racik
Job Shop 11....Kerja melekatkan alas sarang racik dengan frame racik
Job Shop 12....Memasukkan racik dalam sarang racik supaya menjadi satu set...


hmmm banyak juga kerja.. dibawah segumpal tali ikatan nylon dan benang yang dalam proses pembikinan.







Allah lebih mengetahui segalanya.. patik yang hina hanya mencoretkan sedikit dari selautan ilmu milikNya.

5 comments:

  1. paksu,saya nak tanya kalau satu kepala berapa harga yg paksu jual pasal saya iangat nak try jugak main racik ni,saya nak tanya harga dulu sebab saya boleh simpan duit dulu

    ReplyDelete
  2. kalau dekat datang umah..paksu bagi ..

    lambat lagi nak siap..paksu buat pelan2.

    ReplyDelete
  3. Pak Su...racik ketitir boleh buatka, berapa RMnya 1 kepala?

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah. Ilmu dari Allah jika dikongsikan untuk kebaikan moga ia menjadi ILMU YANG DIMANFAATKAN. Aamiiiiiin.
    Saya bercadang mahu beli satu racik untuk saya jadikan koleksi dan panduan membuatnya. Tapi bagaimana nak dapatkan.
    Harganya berapa untuk 1 kepala 15 mata racik?

    Kalau Percayakan saya dibawah ini alamat saya untuk kos penghantaran dan harga jualah sila nyatakan InsyaAllah saya akan bayar cara pembayaran sila maklumakan.

    Alamat saya.

    MOHD TAHIR VOO BIN ABDULLAH
    L-Kinamas 3,
    Taman Kinamas Beaufort
    89800Beaufort Sabah.

    Jazakallahu khairan

    ReplyDelete
  5. Pak Su saya pun nak jugak..hehe
    mcm man nk kontek Pak Su ni?ada no hp ke emel ke?

    ReplyDelete