Wednesday, March 2, 2011

RACIK OH RACIK - PART 2

1. RACIK ITSELF

Tiap bilah racik mengandungi perkakasan berikut:

a) Tiang racik, tajam dihujung dan leper di satu bahagian lagi.

Bahagian yang tajam ialah bagi kemudahan memacak di permukaan tanah , dahan atau pelepah manakala bahagian yang leper ialah bagi tujuan mengikat tali nylon racik dengan teknik melilit keliling tiang racik dengan teliti dan kemas. Leper pada hujung tiang juga bagi membantu supaya ikatan pada atas tiang racik lebih besar dari sedikit supaya lubang cincin tidak masuk kedalam tiang racik semasa operasi memikat dijalankan. Jika ini berlaku, its a failure cos racik wont function as it be and tak kan mengena kaki burung. hehehe

b) Tali nylon yang disambungkan dengan benang dan dipintal halus.

Tali nylon yang dipilih mestilah bersesuaian dengan warna, diameternya dan strength tali tu sendiri. Ini bergantung kepada kehendak pemikat. Bahagian inilah yang dulunya org tua tua kita menggunakan ekor lembu sebagai tali racik. Jenis tali dan strength nya juga menentukan sama ada racik akan tidur atas tanah jika ditiup angin atau semasa aksi berlaga sedang berlaku dalam laman racik. Semasa burung tekukur sedang berlaga atas laman, selalunya kesan pukulan antara kedua dua ekor burung akan menyebabkan racik tejerut dengan sendirinya. Jika ini berlaku menandakan pemikat tidak akan dapat burng yang diidamkan kerana kaki burng berkenaan tidak akan terjerat kedalam racik.

Menyambung tali nylon dengan benang memerlukan satu teknik yang khas dan halus. Ini kerana bahagian ini merupakan bahagian yang sensitif kepada keberkesanan racik itu sendiri. Jika sambungan tidak betul, ikatan tadi akan terputus atau*'lucut' atau *'terongkai' kerana nylon adalah urat tali yang licin. Jika kenkawan adalah kaki pancing, adalah tidak susah menggunakan teknik mengikat mata kail dengan tali pancing dan disesuaikan dengan ikatan kepada tali nylon racik...


c) Cincin atau dipanggil no 8.

Cincin digunakan untuk menyambung likaran tali nylon dengan supaya menjadi pergelangan. Dibahagian hujung tali nylon yang disambung dengan benang diikat pada ssatu bahagian cincin menjadikannya terikat dengan bentuk gelung bulat. Begini rupanya bentuk rachik yang siap...
















d) Rangkaian Racik.

Rachik yang siap disambung dengan benar yang agak kasar dan tahan lama. Ianya bagi mengikat sebilangan rachik supaya menjadi satu rangkaian. Jarak antara satu rachik dengan rachik yang berikutnya mengikut kesusuaian. Sesetengah pemikat menjarakkan antara 5 atau 6". Satu *'kepala" rachik mengandungi 21 bilah rachik. Walaubagaimana pun bilangan ini terpulang kepaa kehendak pemikat. Lumrah orang tua-tua bilangan rachik selalunya menggunakan angka ganjil...


Gambar berikut menunjukkan serangkaian rachik yang telah siap...





























Bahasa orang utara :

* "lucut","Terongkai " - terkeluar dari ikatan...
* "kepala" - satu set racik.

sekian untuk kali ini... Hanya Allah yang lebih mengetahui dari segalanya... kita insan lemah hanya mempunyai sedikit dari selautan ilmu alam..

InsyaAllah jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment