Tuesday, March 22, 2011
Merbuk & Orkid - part 2.
Lama jga kita tak bincang hal orkid.. so hari ni balik ke hal orkid....bunga kegemaran kaum wanita..so do somethin to please ur wife...hehehe
Pure White Butterfly Orchid ( hybrid )
Orkid ni ditanam 3 tahun lalu. setakat ni dah 3 kali berbunga. Yang bestnya ia keluar dari satu batang yang kemudiannya akan mengeluarkan bunga lebih dari 5 kuntum. Batang ini akan terus mengeluarkan cabang bila ranting yang pertama telah habis berbunga dan akan terus mengeluarkan bunga.
Teknik menanam.
Orkid secara semula jadinya ialah jenis parasit ( menumpang hidup dengan pokok lain ). Orkid ini boleh hidup dengan peratus cahaya matahari antara 70 - 90%. So it can survive under porch. Ia akan tumbuh memadai dengan sedikit arang didalam pasu 'clay' atau dalam bekas yang tidak menahan air. Saya menggunakan biji kelapa sebagai alas pokok ini. Mata tunas akan tumbuh dari pokok yang telah tua dibahagian atas daun. Mata tunas ini boleh dijadikan anak dalam semaian.
Tujuan tanaman.
Tujuan saya menanam orkid hanyalah untuk suka-suka... tidak ada tujuan kajian, komersial dsbnya.
So, ia lebih kepada mengisi masa lapang dan sekali gus menjadikan rumah kita lebih berseri dengan bunga-bungaan.
Hasil
Setakat ini orkid ini mudah mengeluarkan bunga setelah 1 tahun ditanam di dalam pasu. Bunga orkid boleh tahan antara 1 hingga 3 bulan. Cuba hindarkan dari terkena air di bahagian bunga.
So, cuba bunga orkid ini...mudah dan tahan lama.
Labels:
orkid
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment