Wednesday, March 9, 2011
SITI MASIH HILANG
Hingga hari ni dah genap seminggu siti menghilangkan diri. Tanpa berita, tanpa khabar. Cal pun tidak, kirim salam pun tidak... itu lah perangai siti. Bayangkanlah bila bangun pagi lepas subuh siti terus menyanyi lagu kegemarannya... dengar dengan terang hingga ke bilik atas. Dan kini, waktu yang sama, apa suara pun tak kedengaran. Lagu siti yang merdu dan menyayat hati hilang sama sekali. yang tinggal diri ini dan juga kesejukan angin pagi.
Frust betul.
Nak buat laporan segan pulak. Yang salah kita, tak pandai jaga siti. Kat semua otai pasal kehilangan ni dah pun bagi tau. Otai Mohamad di taman keladi, Otai Awang di sebelah Kg Raja, Otai Od di pejabat.. Otai hairil orang muda Pahang pun dah tau. Sampai engineer mohamad pun dah tau. Semua cakap sabar, sabar... siti akan balik. sabarlah..
Hingga kini hanya nampak kelibat siti depan rumah dua kali. Itu pun bila peah (kawan punya) di bawa datang dan bermain atas pokok depan rumah. Garang sekali bila peah menyanyi dan siti terus menyahut tanpa buang masa. Siti datang dekat, bertengkar dengan peah garang . Semua kata nista yang selama ini jarang didengar keluar dari mulut siti. peah pun apa kurang, mengancam sampai nak bergaduh... tapi siti lagi cerdik. dia tahu yang peah mempunyai niat jahat. siti nampak depan peah ada jala...langsung siti tidak menghampiri peah. siti dah faham apa yang peah akan buat kalau dia dekat. siti tetap dengan keputusan berdiri tuguh lebih kurang satu depa dengan siti. siti tak dapat berbuat apa-apa. peah tak dapat nak tampar atau tarik rambut siti. lama siti berdiri disitu. hampir dua jam. akhirnya siti bosan dengan gelagat peah yang mengancamnya. siti ambil keputusan panjat pokok lebih tinggi dan lepas tu terus pergi main kat padang sebelah...
Yang jelas siti suka bunga.. mungkin dia pergi rumah yang ada bunga orkid ni...
atau pun dia singgah hingga lupa nak balik bila tengok halaman rumah ada okid ni
atau tengok bunga ni..
Semasa seminggini saya bersihkan rumah siti. Tempayan air dan tabung beras dicuci bersih. harapan masih ada agar siti balik dengan rela. balik dengan sendiri. muga siti akan bertukar fikiran setelah lama diluar. Banyak kemungkinan berada dalam fikiran..mungkin siti bergaduh dengan kekawan sebaya. mungkin siti terjebak dengan gejala sosial yang lain. lebih menakutkan terjerat dengan geng rempit... merayau sampai pagi tanpa tujuan... lagi takut jika siti kemalangan dan cedera parah...banyak ancaman diluar sana...
salah satunya macam buncit ni... nampak saja tidur , tapi dalam hati..Tuhan saja yang tahu.
tapi siti tak macam buncit... buncit suka baca buku, kekadang tertidur ... sampai susah nak bangun pagi.....
Hingga tika ini masih terngiang-ngiang di kepala akan siulan suara siti. Pada waktu sebeginilah
( 7.15pm) siti ambil keputusan lari dari rumah...setiap hari balik dari kerja, diri ini akan menempuhi waktu ini..waktu siti keluar dari rumah.
siti baliklah, ampunilah kesalahan saya yang dengkel ini. selama ni pun kita tidak pernah ada sengketa. tidak pernah ada benci membenci... yang ada cuma kasih dan sayang...
siti baliklah...sayang siti..
Labels:
siti
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment