Sunday, January 20, 2013

MERBUK : TAIKO SEBERANG JALAN 'ATTACK' BB

Hari ni off day, Birthday Sultan Kedah. Lepak kat rumah, rasa malas nak keluar memikat. Cuaca terlalu panas, dah tu berangin dan banyak sewah. Laporan dari kenkawan baru update semalam,, BH tak mau bunyi, semua duduk diam2,,, rugi le cuti2 ni. Apa kan daya kehendak Illahi, panas dan hujan adalah kehendakNya.

Ari ni isteri sedia sarapan, ada scrambles eggs, kentang, ayam goreng dan ada beberapa lagi, sedikit western. Makan dan makan, bila cuti camni.


Jam 10 pagi keluar rumah dan dengar bukan main kencang lagi dua ekor BH kat pokok teduhan sebaris depan rumah. Keduanya memang boleh masuk buku. Satu tu suara kasar, dan satu lagi sedang tinggi. Bukan main lagi mengancam dengan denak kat depan rumah. Masing2 conquer satu pokok. Yang kasar kat sebelah kanan, dan yang sedang kat sebelah kiri. Mungkin BH dari seberang jalan, meneroka kawasan baru untuk mencari kawasan. Dalam hati rasa tak berapa teringin untuk menaikkan denak atas pokok. Lebih kepada membiarkan agar boleh selalu berkunjung mengadu suara dengan denak kat rumah.

Jam 11.30 pagi tengok ragam BH bukan main lagi gaya yang suara sedang ni. Mengepak kekiri dan kanan, mencari lawan. Akhirnya keinginan memuncak bila lihat akan garangnya BH ni. Terus masukkan denak suara sedang yang masih dalam latihan. Maklumlah baru 1 BH berjaya di tangkapnya.







Naikkan denak pokok depan rumah ke ranting paling rendah anggaran 20 kaki. Lepas tu ambil kerusi dan tengok reaksi denak BB. Tiba2 ada permintaan, " Jom, gi mall jap, adik nak beli buku kat MPH". "Emm ada burung letak kat pokok depan tu". 'Tak pa aih, kita pi sat saja". "wokey, wokey".





Tau saje bila oang perempuan kat mall,, ade 2 saje. 1.30 baru balik sampai rumah. Masih dalam kereta terus intai kat jebak atas pokok. " aik, de burung le,,, dah dapat". Terus parking dan dapatkan kamera, terus rakam pa yang patut... isteri pun datang bantu,,, iih best kalau selalu camni, tak payah g jauh2.





















cantik burung ni,,,










Sekian, Wallahu'alam.




Saturday, January 12, 2013

SUMMER SEASON BEGIN : A GOOD WARM UP SESSION



Pendahuluan

Di sebelah utara ni bermula musim panas setelah berminggu mendong dan hujan. Beburung khasnya merbuk dan tekukur mula mengalun lagu, diselang seli dengan teguran sang 'merbah kapor' menandakan masih berkeliaran musuh utama beburung ini iaitu 'sang sewah'. Kekerapan teguran sang merbah ini menyebabkan semua burung berhenti menyanyi dan mengintai dengan leher panjang,,, dimana musuh ni bersembunyi.
Pagi ni Saturday, cuti hujung minggu. 8.30pg panaskan engine kereta dan terus ambil kesempatan buat warm up merbok. Sessi pertama dalam kawasan kilang. Banyak BH kat sini, Ada 1 kedengaran yang boleh masuk buku. Tak ade pokok berdekatan, yang ade tumbuh sebelah jalan dan didalam parit. Tak kuasa nak masuk ketempat yang macam tu,,, so atas pagar je lah.





Hampir 1 jam kat port ni, satu pun tak berani hampiri denak... mungkin belum lagi panas BH kawasan sini. Maklumlah, baru bermula panas selama 2 hari.

2nd sessi di sebelah Pejabat Kastam... hehehe.







Dah tak de pokok nak letak denak. Pokok yang dalam tu jauh kedalam pejabat so memadai atas tiang banner.

Kedua2 test ok... denak warm up dengan baik, 85% kepanasan. Mungkin sekali lagi turun dah boleh masuk laman.


Pada keseluruhannya happy dengan performance. Kedua dua port BH tak mau hampiri denak,,, cuma menyanyi diseberang jalan. Satu pun tak berani hampir. Its over for today. Apa nak buat, kalau dah kerja tu terpaksa tinggalkan dulu. Minggu depan cuba lagi.