Monday, July 4, 2011

merbuk: Otai Kemarau Selatan


Hari ini Sabtu; 2hb Julai, 2011. Semalam dah buat appoinment dengan Otai Mohamad... Hari ni nak melaman di Ba Ba Li... satu tempat sinonim dengan pemikat kawasan ni.

Jam 8.30pg keluar rumah setelah semua sarapan pagi untuk anak dan isteri siap settle. Kul 9.00 sampai dan Otai Mohamad pun dah sampai. Sedang siap siap nak set up jebak. Banyak burung kawasan ni, tekukur dan merbuk. Suara burung burung ni memang best, masuk kategori ada kelas... tapi dah sedia maklum, celir bukan main. Kawasan tak luas lebih kurang 5 ekar getah tua , di kelilingi sawit muda dan matang.

di pendekkan cerita setelah 2 kali pindah tempat, tak de sekor pun BH yang hampir pikat. Akhirnya setelah penat , kami balik semula ke tempat awal pagi. Otai mohamad letakkan pikat di dahan pokok getah yang tumbuh semula akibat patah dahan. Nampak bergaya dahan ni kerana daun hijau dan rimbun.

Pikat Mohamad ni hebat, cepat berbunyi dan terus membuat ancaman dengan keruak dan tandang besar. Rupanya laman ni merupakan kepunyaan otai suara sedang dengan suara yang nmengancam. siap mengeluarkan keruak bertalu2. Dalam masa bertengkar ni ada pula sekor lagi BH yang datang ingin mengadu kejantanan. Akhirnya kedua2 ekor BH ni bergaduh lepup lepap atas puncak pokok getah. Pergaduhan tak lama kerana yang baru datang ternyata kalah dan terus beredar.

Otai getah tua ni tidak mengambil masa lama terus menjunam ke dahan rendah pokok getah yang sedia menanti pikat. Adingan berbalas pantun makin hebat, penuh dengan derak dan laungan. Akhirnya nya pikat Otai Mohamad mengekuarkan kuarrr panjang. BH terus menjunam atas lantai jebak dan jala jebak memainkan peranan dengan baik. Tanpa sedikit pun kesilapan teknikal Otai getah tuan tersepit antara jaring dan lantai jebak. Pikat mengeluarkan kuarrr panjang kali kedua menandakan Bh dah terperangkap.

Otai Mohamad bingkas bangun dan menurunkan jebak. Inilah hasilnya. Setelah di amati memang Bh ni patut mendapat tempat khas di rumahnya. Bukan senag nak dapatkan BH di lokasi ni. Inilah hasilnya dari pikat Otai Mohamad.





Usaha membuahkan hasil.... Kemarau selatan menjanjikan sesuatu yang berharga. Alhamdulillah.

6 comments:

  1. salam pak su...tahniah.....kwn tak tau le nak memilih merbuk ni...org kata byk pntang larangnye..btul ke pak su?

    ReplyDelete
  2. barulah boleh nengok pak su beraksi...lama dok tunggu...tahniah pada otai Mohamad.

    ReplyDelete
  3. tk payah fikir dib... kita yang jadikan pantang dan larangan. Pak su cuma pastikan mulut burung tu tak busuk. itu aje. Lain 2 tu serah pada Allah.

    ReplyDelete
  4. salam Long... amboi tukaq nama no... susah sini long. org lebih banyak dr burung.

    ReplyDelete
  5. Camtu lah cik gu. hari ni gian ambik cuti... g lagi tempat sama. tekukur turun 1, merbok turun anggar 2 ekor, tapi sayang rapun dah pun tutup dulu sebelum burung hinggap. melopas.

    ReplyDelete