Wednesday, June 26, 2013

akhirnya,,,dpat juga.

cuti hari ni,,, lepas selesai hal berkaitan keluarga, santai dengan merbuk.......wallahualam.








Tuesday, June 25, 2013

racik oh racik : pikat tekukur, merbuk yang dapat.


 Hari ni cuti ada hal keluarga sebelah pagi. Mrs Outstation so kena settle sendiri hal kat rumah. Selepas selesai terus bawa keluar tekukur dan merbuk sekali. Kesiankan tekukur tu , dah hampir 3 bulan tak makan tanah,,, so apa cara pun ari ni kena kasi dia turun laman.

9pg masukkan kedua kawan rapat ni dalam keta,,, pecut terus melalui lencogan timur, ke Taman Bandar Perdana. Port telah dikenalpasti semalam, Otai Mohamad dah kasik lokasi siap dengan gps sekali,,, haha kali ni tak silap dah. Port ni ada tekukur dan merbuk. Mesti best , lintas dalam hati.

Sampai port terus siapkan merbuk dan letak sebelah dengan lunggukan kayu . Kawasan padang agak luas yang ditinggalkan kontraktor beberapa bulan lalu. Mungkin selepas ini akan ada pembangunan. Lepas tu pacak racik turunkan tekukur. Jarak antara merbuk dan tekukur dekat saje, cuma 5 meter, senang nak tengok.

Pikat merbuk terus memulakan lagu kegemaran pemikat, meratus,,, 30 minit berlalu akhirnya ada jawapan dari otai setempat, melayang ke pokok sebelah. Aksi BH dan pikat berjalan rancak, akhirnya melepak sayap BH kearah denak dan hinggap atas loggokan kayu. Lama juga aksi kedua musuh ni , tapi jelas, BH ni memang cega (celir)  jebak. Langsung tak ingin menghampiri denak. Selepas puas bertarung adalah lat kedua2nya. Dan tetiba BH melayang turun atas laman denak tekukur. Racik baru dengan spesikasi halimunan tidak menghampakan., terus menjerat erat kaki merbuk BH ini. 





 Begitu mudah pula kalau dah rezeki... Inilah burungnya...


















Wallahualam.