Ari ni Sabtu, Awal lagi dah bangun. Anak ada sekolah tambahan. 7.00pg dah sampai sekolah. Dalam perjalanan balik beli sarapan,,, pulut kukus dengan ikan masin dan kelapa parut. Bukan main best sarapan ni, lama tak makan.
Jam 8.00 dah siap sarapan. Cuaca masih mendung, hujan selang sehari. Kalau hujan lebat bukan main, dan panas pula memang terik. Itulah kehendakNya. Kita sebagai hambaNya, terima seadanya. Jam 9.00 dah terang dan bercahaya. Tak ada apa yang urgent perlu diselesaikan pagi ni,,, Masalah dengan JPJ selesai pada jumaat petang. Ziarah kawan kat hospital Pantai pun dah buat, cuma doa agar cepat sembuh selepas major operation.
Teringin juga nak bawa merbuk tu jalan2. Siapkan denak dalam jebak dan berdesup dengan kereta ke JKR Workshop jalan Lencongan. Sampai kat port, de juga beberapa ekor mengalun suara,,, tapi yang best ada 1 BH suara agak kasar dan mengancam.
Siapkan jebak dan terus ke pokok cantik tepi jalan... teruskan naikkan ke ranting yang tengah.
Posisi jebak mengadap ke pokok..
Tak berapa lama , terus otai tadi berentap dengan denak. Burung ni memang garang. Dari atas padang melayang hinggap di dahan paling bawah, dan melompat terus ke ranting denak. Seronok gelagat BH melompat dari ranting ke ranting dalam usaha mencari denak. Dari jauh boleh nampak dengan jelas daun dan ranting bergoyang akibat rakusnya BH dalam usaha menentang denak. Derak dan keruak denak mematikan langkah BH dan trus melompat ke anggar jebak. Kedengan 'tap' tanda jaring telah menutup bila anggar jebak dihingap BH. Ianya di ikuti oleh 'kua' denak keran BH telah mengena.
Inilah hasilnya...
cantik BH ni, memang burung reward.
dan garang.
9.30pagi dah selesai satu misi. nikmat hari ini membawa ingatan ke bulan berikutnya... Wallahualam.
Cepat jadi BH kawasan nie.
ReplyDeleteInsyaAllah menjadi. tq.
ReplyDelete