Friday, February 15, 2013

TODAY'S THRILL : Taiko Puteri Jaya.

Its Friday, 15 th Feb... Week end for Kedah. Almost free except for Jumaat Prayers in the afternoon... Masa free ni ambil kesempatan ke Taman Puteri jaya... ada taiko best kat situ.

8pg dah sampai port... ari ni bawa dua, 1 tekukur dan 1 lagi merbuk. So pack dalam kereta. Suasana pagi ni nyaman, cooling with morning breeze. Tapi sunyi pulak. Tak mau tunggu lama, mungkin beburung sedang relaks kerana semalam hujan selepas beberapa hari panas terik.

Mula letakkan merbuk dipokok tunggal tepi kolam, pastu cari laman untuk tekukur. Akhir sekali pilih laman hujung sekali selepas deretan pokok sawit sebelah dengan jogging track.

Tak lama lat beberapa saat denak dah mula main peranan. Denak 100% sekarang kerana dah 3 hari teradap dengan BH tapi liat nak terjah laman. Mungkin ari ni ada rezeki mudah2an. Akhirnya taiko taman mula memantau... suara besar kendur. banyak pula perkakas dia.





Sekali lepas denak angkat gud, dah melayang ke pokok sigiak. Pekena kuku sigiak dua round... mungkin geram betul denak. terus terjun,,, adegan menguku tak lama, BH memang garang. Masuk laman dan terus terikat. Racik baru siap semalam dah pun menjerat dengan baik. tanpa sedikit pun memberi peluang untuk melepas. Satu kaki penuh dan satu lagi terkena jari. Memang ikatan kemas...











canti burung ni... memang reward.







Lepas siap lepaskan racik dari kaki BH, ooh tak bawa pula uncang untuk isi BH. Akhirnya stokin dikaki dikeluarkan dan jadikan uncang..


Sorry, gambar gambar lain semasa tangkapan dan sedikit video tak dapat pula nak tunjuk. masalah teknikal masa shooting. tahle , phone baru gagal mengawal fungsi dengan baik. ini saja yang ada.  Jam 9.30pagi dah selesai. Pack dan balik rehat. Cukup untuk hari ini.
Sekian, Wallahualam.