Friday, August 24, 2012

KEMARAU SELATAN SEASON'S END : TAIKO PADANG PERMAINAN TUMPAS




Hari ini Friday, 24hb Ogos, 2012 raya ke enam. Sesudah membeli sarapan untuk keluarga, jam menunjukkan pukul 9.00pg. Awal pagi tekukur kat rumah bising mengalun suara. Mungkin musim mengawan akan bermula di penghujung Kemarau Selatan ini, selalunya semua burung akan mula mendapatkan pasangan masing-masing.

Dah sebulan lebih denak tekukur ni tak menjejakkan kaki ketanah...maklumlah bulan puasa. Pagi ni cuaca baik sekali setelah dua hari hujan sepanjang hari. Kemeriahan dipagi hari membuat hati kecil memujuk agar kelaman bagi menghiburkan hati. Hanya satu niat dihati untuk memanaskan denak dengan panas matahari pagi dan pasir halus dilaman yang menjadi idaman setiap burung yang memakan bijirin.

Secepat kilat masukkan denak dalam cetok dan terus ke dalam motokar. Sambil memandu terfikir hendak kemana pagi ni... Tentu best kat Taman Hill Park di Lencongan Timur.

Sampai di port, tiada langsung suara merdu burung tekukur, yang bising hanyalah burung merbuk mengadu suara masing-masing. Sesuci niat dihati untuk memanaskan badan, terus cari laman bersebelahan dengan Taman Kanak-Kanak. Mungkin musim raya ni, kanak-kanak tak akan berada di taman di awal pagi.
Dari tempat parkinn kereta nampak jelas laman disebelah taman kanak- kanak. Ini best... ada tanah dan juga bersih dari musuh. Jarak dengan kereta lebih kurang 50 kaki.

Sampai dilaman, teringat pula, perlukah pacak racik?.. Hati kecil kata, perlu mungkin ada rezeki kerana lama tak turun padang.





Denak di pagi ini mula mengemas diri sebaik saja dilepaskan... pertama mendepakan sayap kemudian melunjurkan kaki dan lepas tu mematuk tanah sambil mengintai kwasan sekeliling. Lwp tu terus memerap beberapa patah dan lantas mengangkat guk.. oooh best macam ni, sungkin tiada seekor pun kawan berada dipokok berdekatan. % minit berlalu tanpa sahutan dari mana-mana arah.






Dalam keseronokan mendengar denak mengangkat guk, tiba2 landing seekor tekukur di atas jalan besar. Keadaan menjadi tegang ekoran tindakan denak memerap dan menguku memanggil BH. Tapi apakan daya, mungkin yang sampai ialah BH betina. Lama juga BH betina kat tanah dan akhirnya terbang meninggalkan denak menuju hutan sawit. Sudah tersurat yang pagi yang mulia ini akan menjerut seekor BH. Kemeriahan tadi sampai kepada Otai Taman Permainan. secepat kilat melayang masuk pokok sigiak. Denak menumpaskan dengan 2 pusingan kuku sigiak. BH panas dan melayang ke sigiak rendah sebelah denak. BH juga mengeluarkan kuku sigiak melawan denak.






Adegan melawan suara berlarutan hampir sepuluh minit. Pukulan sigiak kali ketiga membuatkan BH lebih panas dan terus menjunam lebih kurang 1 meter dari denak. Kegarangan BH menyebabkan ia lupa yang barisan depan dipenuhi dengan pagar berbisa. adegan menguku berjalan rancak dan secepat kilat racik versi baru memainkan peranan dengan baik. Satu mata racik halus sebesar benang jahitan memukau BH kerana warna racik seiras dengan rumut kering dan sedikit kehijauan dek rumput kecil yang tumbuh. Racik mengunci dengan baik dikaki kiri, dan BH seceat kilat melompat terbang keluar menarik uraian racik sebaik sahaja terasa kaki diikat. Beginilah lazimnya BH kawasan ini yang 'cega' racik. Alhamdullilah, setelah bertungkus lumus menjalankan R&D keatas racik versi baru ni, terus membuahkan hasil dengan baik.

Tangkapan ini merupakan tangkapan penghujung musim 'Kemarau Selatan'.

Terima kasih dan Wallahualam.


Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA EUDIL FITRI

Ramadhan Almubarak akan pergi meninggalkan kita..Syawal pasti menjelma.. Mendatangnya Syawal, Paksu memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan terlanjur budi bicara selama kita berinteraksi dalam alam maya ini. Buat semua pengunjung setia blog ini diucapkan Selamat Menyambut Eudil Fitri, Maaf Zahir Batin.

Saturday, July 7, 2012

merbuk : a gifted BH - menjebak part 6

Hari ni Saturday.... jam 9 pg keluar rumah. Arah tujuan sekadar warming up sebelum musim kemarau selatan akan datang. Tiada tujuan tertentu ...Ambil jalan Lencongan timur terus menghala ke tompokan sawit sebelah kilang membuat calvert.

Sampai lokasi dengar beberapa merbuk sedang menyanyi ... semuanya suara kecik dan tah langsung tak sedap didengar. Sesuai dengan niat hr ni hanya nak warm up, so pilih laman di sebatang pokok kecil sebelah pokok tinggi. Sigiak ni memang sesuai bagi aktiviti menggunakan jebak.





Ella mengambil sedikti masa, makan dan meninjau sekeliling. 5 minit beralu dan mula melarau....
dan dengan beberapa ekor burung lain juga sedang asyik berkokok, ella meneruskan tugas dengan meratus dan berkeruak...  Lama juga keadaan ini berterusan tanpa seekor pun datang menjengah ke pokok sigiak.

Dari tempat duduk terdengar jauh atas puncak bukit seekor BH sedang mengalun dengan baik. Suara memang mengancam tapi terlalu jauh. Nak pindah pun mlas dan tunggu saje lah. Hampr 1 jam kat laman ni dan terus dengan aktiviti sendiri makan nasi lemak dan membakar rokok. Elala terus menyanyi dengan baik. Tak henti - henti.  Best lak kalau cam ni. mungkin dah cukup sihat selapas semua bulu yang gugur dah penuh.

Tiba - tiba terdengar jawapan dari seekor BH yang suara sedap tadi. Dalam hati terus berkata ... ooh burung suara besar dah sampai... saya merapatkan badan atas motorsikal sebelah pokok sawit kerana jarak saya dan jebak cuma 100 kaki. dari tampat saya memang nampak jelas BH hinggap dekat dengan dahan besar yang paling hampir dengan jebak. Berlaku sedikit adengan derak. BH melompat dua kali dan terus melayang ke palantar jebak. Nampak jelas macam kapal terbang nak landing. Memang best situasi tu.. sayang tak rakam dengan video. BH terus hinggap atas kayu pemijak tas pelantar..... iih best. Masa yang singkat ni memang terakam jelas dalam kepala pada tiap peminat aktiviti menjebak burung.








selesai ambil gambar lebih kurang, pack dan terus balik. Call Otai Mohamad BH reward dapat hari ni. Dan sebelah petangnya terus serah pada Otai Mohamad untuk stok.










Inilah hasilnya. Alhamdullilah.

Wallahualam.






Sunday, June 3, 2012

merbuk : a happy warm up session ----menjebak part 5.

Hari ni Friday... jam dah pun 9.30pg. Awal tadi hujan, kini dah berhenti dan panas memancar. Masa ada 2 jam sebelum ke masjid. So cepat-cepat pack denak dan jebak. Pecut terus ke Amanjaya....
Lokasi ni memang best lepak.. kebelakang pada Lencongan Timur.. agak sunyi dari kenderaan. Ini lokasinya.... sebelah jalan utama ke Taman berkenaan...

Sampai tadi ada 3 ekor merbok sedang beradu suara. agak okey.. cuma nak warm up.. jumpa merbok dah kira ok. so set up jebak...


Ella baik performance pg ni sungguh pun lama tak ke ladang.  Lama juga lepak kat port ni.. sambil perhati sigiak sebenar burung yang ada.  Mungkin kena repeat .. kebiasaannya macam tu lah. BH hanya akan marah jika kawasannya dicerobohi.. so setelah kenalpasti sigiak,.. lain kali aje repeat. mana tahu ada rezeki bleh dapat.

Apa yang penting disini dimana lokasi jebak yang sepatutnya.... dari gambar dibawah, jebak perlu diletak di pokok berdekatan yang lebih rendah... pokok tinggi ialah tempat BH singgah bila mula mengancam denak. Tak perlu gunakan galah yang tinggi... memadai separas 20'. 





Selamat mencuba... Wallahuallam..


Saturday, April 14, 2012

merbuk : Best birds at the best scene.

Teknik menjebak : Part 4


















Port ni memang best... nice scene with lot of merbuks.

Dalam beberapa pulau-pulau kecil belukar yang tumbuh dalam tapak perumahan, kita boleh pilih tapak yang sesuai bagi meletak jebak...







Dalam membuat pilihan, pastikan terdapat sigiak bagi merbuk hinggap terutama semasa asakan pertama merbuk hutan kearah denak. dan disini kita dapati sigiak ialah cable letrik... boleh lah asalkan dapat merbuk bertenggek... kalau dalam bandar sigiak boleh dalam semua bentuk samada tiang letrik, cable, bumbung bangunan dan sebagainya.



tour scene disini :

http://www.youtube.com/watch?v=meIsL6sbgWU&feature=channel&list=UL










Disini tapak pilihan ialah serumpun pokok berduri yang sebahagian atasnya ada ranting mati. Sememangnya merbuk suka hinggap bila ada ranting mati. Tapak sebegini perlu jika merbuk dalam kawasan berkenaan bukanlah otai, kerana merbuk sebegini memerlukan masa untuk masuk ke pelantar jebak.




















Wednesday, April 4, 2012

Merbuk : Ella Mengganas

Teknik Menjebak : Part 3




Dah beberapa kali cuba ketengahkan bahan ni, tapi tak kesempatan. Kali ni gagahi juga menulis. Lama benar tak menulis...





Laman ni memang best bagi sessi mengajar, pemandangan cantik, taman perumahan ni baru dibuka... belum banyak lagi rumah diduduki... dan memang pun masih banyak rumah yang belum siap. Entrance ke taman ni memang mengancam, siap dengan post guard and kolam buatan...de pula jambatan melintasi kolam. Taman ni terletak bersebelahan dengan Lencongan Timur, SP. Tah pa pula nama...




Di celah-celah barisan bangunan rumah teres yang sedang dibina ada juga lot lot yang masih belum siap binaan. Mungkin agak lama ditinggalkan.. tumbuhan liar menyelinap tinggi hampir 10 kaki. macam-macam jenis pokok ada, pak su pun tak tau pa nama pokok-pokok ni...


Dalam banayak-banyak rimbunan pokok ni, pilihan ialah serumpun pokok yang berdaun besar... daunnya selebar daun keladi, dan da sikit berbulu.. Memandangkan ada berbunyi merbuk kat sini, terus saja siapkan jebak dan ikatkan dengan sebelah pohon senduduk.









Kalau dari dekat boleh dilihat dengan jelas kedudukan jebak dan juga sigiak yang sesuai bagi burung hutan terjun...




Kesannya memang jelas... burung hutan terjun dengan tepat atas pelantar jebak....













Inilah hasilnya.... Alhamdulillah.















Sekian...