Friday, March 18, 2011

siti setuju mandi pagi


Hari ni off day... we are off on friday and saturday. ambil kesempatan ziarah siti.

Keadaan siti tengok kcian... tak selesa. Badan comot kena getah. sungguh pun minyak disapukan seluruh badan, nampak macam keras saje bulu dia. so ambil keputusan mandi dan syampoo siti... isteri kata guna shampoo nuskin..its a bit mild, sesuai dengan siti.

so masukkan air dalam basin dan campurkan sedikit shampoo. saya cuci seluruh badan dan ekornya sekali...nampak ok dan berkesan. minyak yang kat badan segera keluar...siti diam semasa mandi..nampak kerelaannya . may be it feel much better with warm water. selepas dibersihkan, segera gunakan hair dryer untuk keringkan siti...



tengok keadaan siti selepas mandi dan syampoo















Mengikut Otai Mohamad, its take a week before siti is well groom again. so kena bersabarlah. sebelum hantar siti kerumah, isteri bantu sapu ubat dibahagian peha dan dada siti cos a bit scratch. hope siti wll be well again soon.

Thursday, March 17, 2011

SITI PULANG : DENGAN PAKSA



Hari ini 17hb March, 2010 merupakan hari yang cukup gembira, cukup best... siti pulang kepangkuan keluarga, setelah menghilangkan diri genap 2 minggu. Its all happen in a very spotaneous way...








1. Alkisah....

Petang keluar kejap jalan2 ke bandar SP, balik sampai umah dah dekat 7.15pm. Sementara menunggu maghrib, pegang penyapu dan cuba buat clearance daun-daun kering yang ada kat pokok bunga dan juga gate depan. Tak semena2 dengar siti menyanyi kuat. Nyanyian menunjukkan ia akan tidur. Segera menapak hala kepokok hiasan yang ditanam oleh majlis bandaran selari dengan jalan depan rumah. Pokok rendang setinggi 10 kaki dengan ranting paling rendah setinggi 8 kaki. Jarak cuma selang 5 pintu dari umah. Setelah pasti siti tidur di situ, segera buat persiapan...

2. Huk Hak Huk Hak.

Pertama yang dicari ialah lampu suluh...khabarkan isteri yang siti tidur sebelah rumah jiran.
" ru sure siti is there"
" of couse very sure, i heard her song".
"Lampu suluh ade'"
ada tapi xde battery".

Sepantas kilat naik motor ke mini market... beli 4 battery lampu suluh, dan tak lupa plasticine ( trade mark for modelling clay). Getah pelekat sudah disediakan sejak balik dari langkawi tempohari ( guna getah untuk melekatkan tikus..hehe). On the way back capai 5 helai daun kelapa muda yang ditanam hiasan tepi jalan.

Cepat siapkan lidi kelapa sebanyak 5 batang sepanjang 1 kaki dan disalut dengan gam getah tikus. Lekatkan segumpal plasticine dihujung galah kecil. 5 bilah getah pemikat siap sedia dihujung galah.

3. First Attempt.

Bergegas ke bawah pokok dan menyuluh mencari siti. Puas mencari tak juga jumpa. Semasa mencari bapa Raven sampai dengan crv singgah bertanya..." abang buat ape?"... "aah.. i lost my bird. Its seem she's sleeping here". "ooh try ur best to get back" "Gd luck" " ya thank you "... and drove away.

Kejap isteri datang menemani... saya terus menyuluh semua bahagian hingga ke pucuk pokok. iih mana siti, tak nampak lah... kemudian sya menyuluh ranting yang rendah sekali. tak semena2 tersuluh bahagian hujung julai ditengah jalan... dan itu dia..siti tidur rendah hanya 8 kaki dari tanah. nampak cantik dengan sinaran lampu suluh.

Memandangkan siti tidur rendah, saya padamkan lampu, cuba melekatkan getah kebadan siti dengan galah tadi...nasib entah camana, seumur hidup tak pernah menyuluh dan menangkap burung dengan cara ni... siti terbang naik keatas kearah sebaris pokok sound barrier yang ada diseberang jalan setelah terasa gegaran tangan saya menyentuh daun di sebelahnya. ooh ya Allah, tak semena2 siti terbang masuk semula di pokok yang sama dengan berpandukan cahaya lampu jalan tiang letrik . Alhamdullillah...

4. Second Attempt.

Isteri menyahut.. "tu dia masuk semula"
"aha"
Saya menyuluh dan nampak siti tinggi sikit dari tadi. Saya tak mahu terlepas lagi... amat terseksa bila siti tak ada bersama.

" please hold the light and shoot straight to siti"
"mana tak nampak pun"
"aah.. sini sikit"
" aaah tu dia"

Dengan pertolongan isteri, saya mengangkat galah dengan getah pelekat dihujung. saya tidak teragak2 lagi melekatkan lidi bergetah kebadan siti. siti terlekat pada getah dihujung galah dan saya turunkan perlahan2. Lebih kurang dua kaki dari tanah, siti jatuh dan tak mampu nak terbang. Saya tangkap dan segera bersyukur kepada ALLah .. " Alhamdulillah".

5. Siti IS Back.

Sah siti dah dapat kembali. Saya minta isteri dapatkan minyak masak dan kami berdua cuba meleraikan getah yang ada di badan siti dengan minyak. Hampir setengah jam proses dan dapat merasakan badan siti taklah begitu strong... maklumlah, mungkin payah nak dapat makanan. Shukur siti tidak cedera dalam proses menggenakan getah tadi... dan siti dimasukkan semula ke rumah asalnya.

6. Meraikan kepulangan Siti.

First call is to Awiesuk, then to Otai Mohamad and then to Otai Awang. Otai Mohamad menasihatkan agar siti disapu dengan tepung... so dapatkan tepung dan sekali lagi sapu tepung di sekeliling badan siti.

Selesai semua kerja, cepat menunaikan perintahNya... tergendala kerana urusan mustahak nak dapatkan siti....

7. Im really happy with the outcome... siti is back.

saya sayang isteri... saya juga sayang siti.

8. MOral of the tragedy... hendaklah menghargai apa yang ada bersama kita, kerana itulah pemberianNya. Rasailah betapa perit jika yang kita sayangi tidak lagi bersama kita.

Saya akan menjaga segala yang ada bersama saya seadanya.. sebaik2nya... sesayangnya...Shukur Alhamdulillah, Allah memakbulkan permintaan saya supaya siti dapat bersama kami sekeluarga...

Jodoh dan pertemuan adalah kehendakNya...kita insan yang kerdil hanya mampu berdoa ... memohon pertolonganNya.

Amin.... YA hooooo.

p/s... tiada gambar semasa proses membersihkan siti cos battery camera is zero...

Wednesday, March 16, 2011

TEKUKUR GARANG BARU BELAJAR

Sessi penggambaran bersama Otai Awang, ada juga saya ambil video burung baru beraksi.. Ia juga milik Otai Awang... tapi Otai ni masih junior. So we call it Awang Junior.

Minta otai otai yang lain komen, camana burung ni. Penggambaran dibuat dalam studio sawit tua...


RACIK OH RACIK - PART 4







1. Pendahuluan.

Sekian lama tajuk racik diketepikan... kini kembali dengan info yang boleh membantu anda yang berminat...

dah 2 hari kerja kerja penyambungan tali nylon dengan benang dilakukan. bukannya ape,.. ramai kenkawan nak dapatkan set, so sengaja tolong kekawan sediakan racik agar mereka happy g memikat... sekali kita berbaik dengan orang, 10 kali menjadi ingatan dier orang... petua mat jenin...

2. Tujuan

Dalam menyediakan racik, salah satu proses yang rumit ialah kerja kerja penyambungan tali nylon dengan benang. penyambungan dibuat dengan benang bagi maksud bila racik terjerat kekaki burung, ianya lebih mudah terlekat berbanding lingkaran yang dibuat selain dari benang.
Panjng tali ini dipintal halus sepanjang hampir seinci atau diameternya lebih kurang sama saiz dengan kaki burung yang hendak dijerat. Jika burung itu jenis berkaki besar seperti merpati, lebih besar lingkaran benang diperlukan.

Penyambungan dibuat melalui kaedah sama dengan kita mengikat tali pancing dengan mata kail. kerja penyambungan ini memerlukan latihan amali yang intensif...kehalusan seni penyambungan ini akan lebih mencantikkan lagi seni pembuatan racik

3. Sejarah

Zaman dahulu kala, memandangkan tiada benang pada ketika itu, orang dahulu kala menggunakan benang dari daun nenas... teknik menyediakan benang dari daun nenas lebih rumit... paksu pun tak tau..heheh

4. Teknik.

Tali nylon di potong sepanjang antara 11 dan 12 inci. manakala benang sepanjang 10 inci. Tali nylon di lipat di bahagian hujung dan benang di ikat kemas supaya rentapan burung yang terjerat di pastikan tidak terkeluar. Benang yang telah diikat tadi di pintal dan kemudian di sambungkan dengan cincin... Racik yang baik akan memastikan jeratan pada kaki burung terikat kemas, tidak putus dan lebih malang bila sambungan terputus akibat rentapan burung bila cuba melepaskan diri...

5. Dalam operation management, jika pembuatan racik hendak di komersialkan, line proses yang patut ujud seperti berikut:

Job Shop 1.... penyediaan tiang racik
Job Shop 2....pemotongan tali nylon 11 inci
Job Shop 3....pemotongan tali benang 8 inci
Job Shop 4....penyediaan cincin
Job Shop 6....Kerja penyambungan tali nylon dan benang
Job Shop 7....Kerja memintal benang
Job Shop 8....Kerja memasukkan benang dengan cincin
Job Shop 9....Kerja melekatkan tali nylon dengan tiang racik
Job Shop 10....Kerja merangkaikan set racik
Job Shop 11....Kerja menyediakan alas sarang racik
Job Shop 10....Kerja menyediakan rotan frame sarang racik
Job Shop 11....Kerja melekatkan alas sarang racik dengan frame racik
Job Shop 12....Memasukkan racik dalam sarang racik supaya menjadi satu set...


hmmm banyak juga kerja.. dibawah segumpal tali ikatan nylon dan benang yang dalam proses pembikinan.







Allah lebih mengetahui segalanya.. patik yang hina hanya mencoretkan sedikit dari selautan ilmu milikNya.

Tuesday, March 15, 2011

merbuk & orkid - part 1



Merbuk kesukaan saya... satu hobby yang unik yang hanya diikuti oleh segelintir masayarakat zaman ini. ia meruakan satu warisan yang telah dilalui oleh zaman moyang kita lama lama lama dahulu. mungkin sebelum Parameswara lagi kut....

Dalam proses membuat keputusan, manusia akan dipengarhi oleh 2 unsur, pertama is fikiran dan keduanya ialah hati. Jelas sekali jika some1 with gd education will help in making a good decision, tapi jika fikiran some1 terganggu ( eg: depression, anxiety, stress) dan macam2 lagi yang berjaya mempengaruhi keputusan secara jelas, its good for u to have a hobby which after a long week of hardwork, u will get a good and healthy refreshment. Those who are workin with head are prone to this type of diseases such as stress and worse still depression. pilih lah hobby yang kita gd with not just follow others with the same. So thts is y, certain decision are so rude and unacceptable were passsed to the subordinates... hahaha so baik ada sikit hobby yang bleh jadikan kita fresh dan tidak membuat keputusan dengan hati. Ikut hati mati, ikut rasa binasa...saya cari merbuk...tak le gila sangat sampai x balik rumah. saya pun ada 1 ekor saje...ella.

Isteri saya suka orkid... tapi hanya bunganye.. so the rest i have to take care of it. didik orkid lebih dahsyat dari segala bentuk didikan. bayangkanlah boleh ke kita bersabar jika orkid kita selepas 1 tahun masih tak nak kasi bunga. ada orkid kat umah yang telah 3 dan 4 tahun masih dengan stail dia... tak nak bunga.. so kesabaran penting dalam menjaga orkid. tapi yang lepas lepas kalau dah3 tahun baru bunga, bunganya mesti alamak susah nak cakap,, cantik yang amat teramat.

both are potential to business. orkid lovers are the same as bird lovers. no matter what, when in touch wth orkid, kalau tak beli pun mesti berhenti dan tengok... hahaha satu kegilaan yang hanya hati yang tahu. Begitu juga dengan burung, dapat dengar sekali siulan burng, hati jd fresh.. hahaha.

below are some orkid which are home grown... not much here i'll upload later. All the pics are with the 2nd pc which are sick now...

few of it are awesome...






Anak Pesom Beraksi 3

Dua hari lepas bersama Otai Mohamad dan Otai Awang ke Ladang Kuala Muda. Saya hanya jalan jalan untuk mendapatkan bahan.. Mohamad dengan merbok dan tekukur, manakala Otai Awang dengan anak pesom. Dibawah sessi rakaman anak pesom BB dalam studio kebun getah...nikmati lah kemerduan anak pesom Otai Awang...


Monday, March 14, 2011

Tekukur Garang Depan Rumah

Tekukur ni ada sepasang depan rumah... dah sebulan burung ni berkampung depan umah. sya minat dengan suara dia... tinggi dan lancar. Guk 1 dan paling best selalu melepak ke udara macam kapal terbang... gambar saya rakam pada jam 1.00 tengahri... dengarlah sedapnya alunan suara burung ni..kemerduannya membuat saya begitu asyik. kemerduan pemberian Tuhan. kita insan yang kerdil diberi kelebihan menikmati kemerduan ini. Alhamdulilah.