Dua hari lepas bersama Otai Mohamad dan Otai Awang ke Ladang Kuala Muda. Saya hanya jalan jalan untuk mendapatkan bahan.. Mohamad dengan merbok dan tekukur, manakala Otai Awang dengan anak pesom. Dibawah sessi rakaman anak pesom BB dalam studio kebun getah...nikmati lah kemerduan anak pesom Otai Awang...
Tuesday, March 15, 2011
Monday, March 14, 2011
Tekukur Garang Depan Rumah
Tekukur ni ada sepasang depan rumah... dah sebulan burung ni berkampung depan umah. sya minat dengan suara dia... tinggi dan lancar. Guk 1 dan paling best selalu melepak ke udara macam kapal terbang... gambar saya rakam pada jam 1.00 tengahri... dengarlah sedapnya alunan suara burung ni..kemerduannya membuat saya begitu asyik. kemerduan pemberian Tuhan. kita insan yang kerdil diberi kelebihan menikmati kemerduan ini. Alhamdulilah.
Saturday, March 12, 2011
ella SETUJU TINGGAL SERUMAH
1. Mulanya.
Orang pertama yang mendapat berita kehilangan siti minggu lepas ialah 'Awiesuk' ( Ah Wee ialah nama Pak Cik saya.. Adik kepada Bapa Mertua saya or lebih tepat lagi Adik lelaki kepada Bapa Isteri saya, manakala suk ialah pangkat dalam keluarga cina). Jawapan yang diterima ialah " Aiya, macamana boleh lali, sudah lama luluk ".."oh mungkin dia tak mau luluk sama lu "... "lak apa, nasib la". Itu saja jawapan pendek dari Awiesuk. 5 hari kemudian Awiesuk call again... "lu mai lumah angkat ini Awiesuk punya.Awiesuk boleh cali len". "Tak per le Awiesuk, biarkan saja. dah nasib...rasa macam tak mau lagi". Begitulah ceritanya bila Awiesuk membenarkan ella untuk tinggal bersama saya... heh hehhhhh.
Hari ini de appoinment kat Baling, so pukul 1 masa break tengahari, ambil masa kerumah awiesuk dan fetch ella balik.
2. Sejarah.
Sebenarnya siti dan ella adalah rakan yang dibawa balik oleh tyson. Dulu tyson tinggal bersama saya, tapi pada 1993 bila mendapat cuti belajar saya serah tyson kepada Awiesuk kerana ...tau ler belajar kat kl, dan tu lagi hilang minat. tyson berbadan tegap, selalu ke gim, suara lantang dan bila digelanggang selalu mengasak tak habis2. tak ramai yang berani berdepan dengan tyson...so tak ramai le tyson bawa balik member... tapi member yang balik bersama tyson memang kaw punya...
Awal 2010, tyson memang dah nak balik rumah kerana dah ramai penghuni baru kat rumah Awiesuk. Persiapan dah buat nak bawa balik tyson... tapi apa kan daya, tunda seminggu lepas seminggu kerana sebok. Akhirnya Awiesuk kasi tau yang tyson diserang tikus montok dan mati dalam rumah...
Dari mulanya tyson ajak balik rumah mulanya ialah ella,, kemudian siti dan kemudian da beberapa lagi. tapi Awiesuk kata suara manis dan sedap ialah siti dan ella. siti belajar dulu ke gelanggang, kemudian pada 2010 siti pindah kerumah saya. masa tu siti baru rakam 1 lagu,, tapi sejak setahun ni dah rakam 6 lagu, best lak tu...so kira siti memang dah leh confirm sebagai penyanyi dan dah boleh g gelanggang besar... tapi sayang dah lari tinggal rumah.
Kini ella dah datang, ella saya kasi tinggal rumah siti.. lagi pun rumah tu kosong...tak baik takut diserang anai anai. Awiesuk kata ella dah boleh menyanyi... dah rakam satu lagu.. lagu kampung jer.
3. ella.
ella nampaknya badan leh tahan, gempal. tengok pada pakaian style jer.. banyak manik kat leher. mulut kecik dan leher jinjang. Awiesuk kata suara ella lantang.. sesuai lagu yang heavy dan nada panjang. Tak tau camana lagi .. mesti kena train lagi... sekurang2nya kena ler kenal mengenal santara satu sama len.
4. Harapan
Harapan jelas iaitu amat berharap agar bila ella keluar jumpa dengan siti dan sekali gus pujuk siti balik rumah... Itu tugas utama ella. tugas len ialah bawa balik rakan sebaya yang lain.
5. Hati ella mesti bersih seputih bersih bunga orkid ni...

dan semestinya ella mesti suka orkid dark red ni yang baru berkembang.. mungkin tunggu ella cos dah setahun lebih tak pernah nampak bunga...

6. Penutup.
harapan kami ialah ella akan bahagia disini. ella akan selesa dirumah baru ni... semuga ella selamat bersama saya.... ya beda beduuuuuu
Semua yang indah adalah dari Allah, hamba yang kerdil hanya mencoretkan keinginan... Wallahualam.
Wednesday, March 9, 2011
SITI MASIH HILANG
Hingga hari ni dah genap seminggu siti menghilangkan diri. Tanpa berita, tanpa khabar. Cal pun tidak, kirim salam pun tidak... itu lah perangai siti. Bayangkanlah bila bangun pagi lepas subuh siti terus menyanyi lagu kegemarannya... dengar dengan terang hingga ke bilik atas. Dan kini, waktu yang sama, apa suara pun tak kedengaran. Lagu siti yang merdu dan menyayat hati hilang sama sekali. yang tinggal diri ini dan juga kesejukan angin pagi.
Frust betul.
Nak buat laporan segan pulak. Yang salah kita, tak pandai jaga siti. Kat semua otai pasal kehilangan ni dah pun bagi tau. Otai Mohamad di taman keladi, Otai Awang di sebelah Kg Raja, Otai Od di pejabat.. Otai hairil orang muda Pahang pun dah tau. Sampai engineer mohamad pun dah tau. Semua cakap sabar, sabar... siti akan balik. sabarlah..
Hingga kini hanya nampak kelibat siti depan rumah dua kali. Itu pun bila peah (kawan punya) di bawa datang dan bermain atas pokok depan rumah. Garang sekali bila peah menyanyi dan siti terus menyahut tanpa buang masa. Siti datang dekat, bertengkar dengan peah garang . Semua kata nista yang selama ini jarang didengar keluar dari mulut siti. peah pun apa kurang, mengancam sampai nak bergaduh... tapi siti lagi cerdik. dia tahu yang peah mempunyai niat jahat. siti nampak depan peah ada jala...langsung siti tidak menghampiri peah. siti dah faham apa yang peah akan buat kalau dia dekat. siti tetap dengan keputusan berdiri tuguh lebih kurang satu depa dengan siti. siti tak dapat berbuat apa-apa. peah tak dapat nak tampar atau tarik rambut siti. lama siti berdiri disitu. hampir dua jam. akhirnya siti bosan dengan gelagat peah yang mengancamnya. siti ambil keputusan panjat pokok lebih tinggi dan lepas tu terus pergi main kat padang sebelah...
Yang jelas siti suka bunga.. mungkin dia pergi rumah yang ada bunga orkid ni...
atau pun dia singgah hingga lupa nak balik bila tengok halaman rumah ada okid ni
atau tengok bunga ni..
Semasa seminggini saya bersihkan rumah siti. Tempayan air dan tabung beras dicuci bersih. harapan masih ada agar siti balik dengan rela. balik dengan sendiri. muga siti akan bertukar fikiran setelah lama diluar. Banyak kemungkinan berada dalam fikiran..mungkin siti bergaduh dengan kekawan sebaya. mungkin siti terjebak dengan gejala sosial yang lain. lebih menakutkan terjerat dengan geng rempit... merayau sampai pagi tanpa tujuan... lagi takut jika siti kemalangan dan cedera parah...banyak ancaman diluar sana...

salah satunya macam buncit ni... nampak saja tidur , tapi dalam hati..Tuhan saja yang tahu.
tapi siti tak macam buncit... buncit suka baca buku, kekadang tertidur ... sampai susah nak bangun pagi.....

Hingga tika ini masih terngiang-ngiang di kepala akan siulan suara siti. Pada waktu sebeginilah
( 7.15pm) siti ambil keputusan lari dari rumah...setiap hari balik dari kerja, diri ini akan menempuhi waktu ini..waktu siti keluar dari rumah.
siti baliklah, ampunilah kesalahan saya yang dengkel ini. selama ni pun kita tidak pernah ada sengketa. tidak pernah ada benci membenci... yang ada cuma kasih dan sayang...
siti baliklah...sayang siti..
Monday, March 7, 2011
RACHIK OH RACHIK - PART 3
Sesudah racik siap dirangkaikan menjadi satu set, kita memerlukan satu tempat khas untuk menyimpan. Ini kerana:
1.1. Racik hendaklah mempunyai lingkaran bulat. Memandangkan rachik dibuat dari tali nylon lembut, jika salah simpan rachik akan menjadi bujur telur dan sebagainya, bila dipasangkan menjadi sukar kepada objektif utama iaitu mengikat kaki burung. Dengan itu satu alat khas di cipta bagi menyimpan rachik agar kekal bulat lingkarannya.
1.2. Racik juga merupakan jalinan tali benang dan nylon yang agak banyak dan panjang hampir kepada meter. Memandangkan ianya meupakan satu rangkaian, ia perlu dalam keadaan kemas dan tidak kusut. Amat malang bagi pemikat jika racik kusut semasa aktiviti memikat sedang on. sedemikian ia memerlukan sarang racik bagi tujuan ini.
2. Rupanya Parasnya.
Ia merupakan satu anyaman halus alas sarang yang diikat kepada kepada satu urat rotan yang diraut halus dan bulat. contoh yang jelas seperti gambar dibawah.


3. alas Sarang.
Alas sarang dibuat dari tali nylon bersaiz agar kasar. Ianya dianyam mengikut susunan bulatan kecil. Ayaman ini memerlukan tali nylon yang kepanjangannya mengikut kehendak pemikat.Jika berlaku kekurangan tali dan anyaman masih pendek, cubaan untuk menyambung dengan tali nylon tambahanadalah satu perkara mustahi. Sedemikian, panjang tali nylon bagi membentuk alas sarang mestilah tepat. Tidak upaya selain membuag saje jika tali anyaman adalah pendek. pembikin racik yang mahir dan berpengalaman akan melakukan lingkaran ayaman dengan cantik, kemas dan sama bulatan.
Ini adalah contoh alas sarang racik.


Selepas alas sarang disiapkan, dapatkan rotan halus dan alas sarang diikat bersama dengan rotan bagi membentuk lingkaran dengan tali plastik. Bentuk sarang racik yang siap seperti dibawah.
a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg2ZPlj-b6T4P-yv_5dn3Qw30g_WzCAuCasVuMrI_Vr2kMcHZGoli5pc_Rb_a2BDUrUhJuEyGkJxlIisWNaTDHFskToO4jwPCdq-0GPNmLwsYkvryUPjVrWVY7lckDfycVR0OPVtZKgEMGh/s1600/DSCN2146.jpg">

Sarang racik yang baik akan menjadikan racik kita dalam keadaan bulat dan tidak kusut dan akan memudahkan operasi memasang racik semasa memikat.

Demikian adenya.
hanya Allah yang mengetahui akan ilmu dialam ini. Kita
dianugerahkan hanya segelintir dari selautan ilmu yang ada. sama sama kita berusaha menambah ilmu dan memperbaiki pe yang telah ada. Wassalam.
Saturday, March 5, 2011
BIBIR MESRA JIWA PARAH
Jadual minggu ini agak ketat... banyak yang penting kena buat. Bermula dengan plan tindakan, pengarah kata pembentangan pertengahan Feb.. banyak unit belum siap, drag to awal March, tapi minggu ini pengarah masih lagi outstation.. minggu kedua baru ada. So tentatif weeks should be in the 3rd.
Kebiasaannya sebelum 10hb tiada jadual untuk out station... tapi ada satu hal yang terpaksa pergi jengok kat langkawi. Last year projek . KL asyik tanya progress... so contact sana, contact sini.. akhirnya 4hb moh Langkawi.
Terbayang difikiran, ooh makanan dan minuman siti .... Nanti air minuman di tempayan kering kesian, ni musim kemarau. Lepas ambik anak kat sekolah, jam dah pun 7.10pm. cepat-cepat urus pasal siti dan 2 kawannya kat belakang. Urus yang kekawannya dulu cos dia orang ni orang baru, macam nak pecah gelanggang kalau dekat. maklum baru 1 bulan join our family. tak berapa kenal lagi.
sampai giliran siti, rasa macam hilang tumpuan. sepatutnya tak perlu cuci cawan, just masukkan air. tapi tangan ni gatal buka pintu rumah siti, dan ambil cawan. yang tangan kanan pegang handle rumah, biar tangan kiri jenguk dalam rumah. tak semena2 siti nampak ruang kosong antara pintu dengan tangan. ape lagi, terus cabut dikala hampir senja.
Aduh... siti. kenapa macam ni, kan hari dah nak gelap. nape nak tinggalkan rumah. siti memang tak mau dengar cakap. melakukan sesuatu yang tak pernah dilakukan...keluar juga.
Selepas siti keluar rumah, rasa macam ooh hilang segalanya.... lama kelamaan, perasaan tadi hilang beransur2. Ajal maut dan segalanya ditentukan Illahi... Dah ditentukan. Siti tak mau lagi tinggal bersama. Kalau rasa tak senang diluar , balik lah. pintu rumah sentiasa terbuka untuk siti...
Moral Of The Tragedy... jangan ambil mudah...jangan buat sesuatu yang perlukan tumpuan tinggi dalam waktu tergesa-gesa...
Semuga siti bahagia diluar sana... sayang juga dah 3 tahun bersama.
Begitulah adenya... Wassalam.
Subscribe to:
Comments (Atom)