Wilkipedia :
"Licuala is a genus of palms commonly found in tropical rainforests of southern Asia, New Guinea and the western Pacific Ocean islands".
"Licuala spinosa, the Mangrove Fan Palm, is a species of palm in the genus Licuala".
Kamus Dewan ; " Sejenis palma...daunnya dibuat atap dan pembalut ketupat "
Kingdom: Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Monocots
(unranked): Commelinids
Order: Arecales
Family: Arecaceae
Genus: Licuala
Species: L. spinosa
Palas di Malaysia tumbuh sebagai tumbuhan liar dalam kebun atau estet sawit dan getah. Ia boleh menyesuaikan diri dalam situasi kekurangan matahari sehingga 30%. Dengan imunasi ini, palas dapat bertahan dalam belukar tebal dan juga estet sawit dimana cahaya matahari diperingkat lantai bumi adalah minimal.
Kebanyakan palas tumbuh secara semula jadi. Percubaan untuk menanam pokok ini selalunya akan menemui kegagalan. Kemungkinan kerana ia merupakan jenis palma yang tidak dibekalkan dengan akar tunjang. Anak palas hidup meliar dalam kebun getah dan sawit seperti gambar sebelah.
daun palas bersifat payung dengan jejari melebihi 10 unit. Bilangan jejari daun bergantung kepada tahap kesuburan pokok palas berkenaan.
Kebanyakan daun palas yang ditemui mempunyai warna daun dengan hijau gelap.... Ini menunjukkan yang pokok ini hidup dibawah naungan.
Sebelum daun palas mengembang seperti kipas, ianya terbentuk melalui salur pucuk yang keluar melalui umbut palas. Ianya berbentuk panjang lurus sepertia pembaris. Gambar sebelah menunjukkan pucuk palas yang baru keluar dari sepohon palas matang.
Jejari daun palas akan mengembang mengikut kematangan daun. Pengembangan ketahap 100% mengambil masa antara 7 hingga 10 hari. Pada peringkat iniwana pucuk palas masih lagi hijau muda.
Seperdu ( serumpun) pokok palas mengandungi beberapa pohon pokok palas yang tumbuh bersampingan antara satu sama lain. Keunikan nya dapat membantu menjadikan rumpun palas sebagai salah satu rumpun yang kuat berbanding jenis palma yang lain.
Rumpun palas akan membesar mengikut tempoh masa pokok ini hidup. Semakin lama ia akan menggandakan bilangan pokok dan akan menjadikan rumpun yang besar....
Rumpun yang besar ini seterusnya akan bercantum dengan rumpun berdekatan melalui kaedah pertumbuhan semulajadi.
kelihatan anak-anak palas tumbuh merata-rata dalam kawasan kebun dan anak-anak palas ini akan bertukar menajdi rumpun dewasa dalam tempoh terdekat.
Kegunaan.
Bagi orang Melayu, daun palas digunakan bagi membalut ketupat pada musim perayaan. Selain dari itu, kegunaan sebagai atap adalah diperingkat minimal. Ini berikutan teknik anyaman memerlukan kamahiran dan kebanyakan rumah yang ada sekarang telah dibekalkan dengan atap gantian.
Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya.Di kelantan ketupat palas lebih meluas dihidangkan pada hari raya berbanding ketupat nasi. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.
Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa.
Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment