Monday, May 23, 2011

merbuk : Buncit oh buncit - part 2.

hei hei buncit is back.... just for a week break.

buncit pandai bermain.... lihat le bagaimana terror buncit menepis serangan... huhuhu

just for fun.

Sunday, May 15, 2011

merbuk : Buncit Oh Buncit - part 1.



"Buncittttt, buncitttt, .....
buncittt..., buncit"...

"tak de le ma"...

buncitttt.... buncitttt....
"cuba panggil lagi.... tak kan masih tidur"..

"BUNCITTT"...

" eowww "

"Hmmm baru nak jawab, puas panggil".

ni kat bawah meja... tidur lagi.

Begitu lah ceritanya si Buncit...

















'Buncit' sebenarnya asal dari KL, anak kepada taukey restoran.. ntah camna taukey suk bermurah hati kasik kepada pelanggan setianya. masa tu umur lebih kurang 4 bulan.. tapi dah well-trained. berak kencingnya kat toilet, tak sentuh makanan kita, dan yang bestnya sikap manja dan comel air mukanya...

sekarang buncit dah pun setahun lebih... berat dah pun hampir 20kg... berat mcam baby.

sejak buncit jadi ahli keluarga, macam ada satu perasaan sayang kepada buncit ni...

kenape yer...

pandai bermain... main sembunyi katakan.
manjanye macam leh brfikir yang manusia sayangkannya...
bila dukung tak pernah meronta..bahkan terus lembutkan badan...
tak pernah menyentuh makanan manusia.
tidur bersama tuannye dalam bilik.
Bila tuannye mengadap laptop dalm bilik, buncit setia tidur di sebelah... tak kira waktu.
... dan macam2 lagi.

sekarang buncit masih kat UTP... study bersama tuannye.























There is a break for buncit ... back on 20th..

Tuesday, May 3, 2011

merbuk : a travel to golden triangle - part2.

Perjalanan kami seterusnya ke sempadan pergunungan Burma dan Thailand... jauh di pergunungan. Di sini ujud satu masyarakat asli keturunan Kayan or kadaung.. Perjalanan menggunakan pick up dan van kerana kesukaran jalan masuk yang berlubang, terrain yang tinggi dan macam2 lagi.



Dari jalan utama ( jalan tanah merah daa )ke perkampongan ini.... jalan kaki menuruni bukit hampir 3 kilometer... Jalan merupakan track macam org kat tempat kita masuk kedusun di atas bukit. Jalan celah2 batu...

Sebenarnya tempat yang kami lawati ni merupakan satu perkampongan bagi tujuan pelancongan. Bayangkanlah jika kita nak kekampong sebenar dia orang ni kerana nak sampai ke sini pun dah hampir petang... lebih kurang 8 jam perjalanan. dah letih dan dahaga dibuatnya...

dibawah de beberapa keping gambar yang saya snap dalam perkampongan ini...









Saturday, April 30, 2011

merbuk & orkid - part 4



Lama tak sembang sal orkid... kesabaran menanam orkid ada balasannya... biasanya pe yang kita buat akan tetap da pulangannya... mungkin cepat atau lambat, mungkin sedikit atau banyak, mungkin cantik atau tidak.... orkid kat rumah ni... nilah hasilnya.















...wallualam.

Thursday, April 28, 2011

Tekukur : Sepagi Bersama Otai Ayub


Pagi ni lepas sarapan rasa xde benda nak buat...so saje jalan-jalan bawa ella sama. Ambil lencongan timur, singgah kat taman Batik, belakang petronas pump. Sebelah jalan nampak sebuah kereta berhenti tepi jalan, nampak sangkar ( cetok) burung atas bumbung kereta. Sah ni ada pemikat di sini.

Memang betul ade otai yang sedang menunggu pikat yang siap dipasang sebelah jalan. Ambil keputusan behenti kat situ dan mula sembang2. Banyak yang kami bualkan... memang otai Ayub ni handal, dah lama berkecimpung dalam sukan ni... banyak yang saya belajar.. memang best sembang dengan dia. Banyak benda yang saya tak tahu di khabarkannya. Tak lokek ilmu katakan...Memandangkan tak de burung hutan yang berbunyi waktu tu, otai ni pun pack dan mula sambung sembang.

Saya ambil kesempatan tu gantung ella kat pokok. sembang pasal burung kegemaran masing2. Lepas tu ade ler 2 ekor burung tekukur berbunyi dari seberang jalan... otai ni pun terus cari laman dan pasang racik. Saya pohon untuk rakamkan scene ni untuk internet.. dan katanya tak de masalah. Saya ambil kesempatan temubual dengan Otai ni kaedah memasang racik. Ikuti lah temubual saya dengan Otai Ayub ;








sekian, terima kasih banyak2 Otai Ayub...Wallahualam....

Sunday, April 24, 2011

Burung Baru Cabar Tekukur Garang Depan Rumah


Semalam lepas asar ke rumah Otai Mohamad.... Pe lagi, ambil burung baru yang sedia di ikat kaki kat sangkar layang. Katanya ok ler untuk buat bising kat umah.

Balik siapkan tempat gantung burung ni... sebelah porch, tepi cucur atap dan dapat cahaya matahari pagi... rsanya tempat ni best cos burung yang selalu tenggek pokok depan rumah tu memang nampak kalau dia datang. mungkin cepat galak kut...

Rupanya bukan main lagi dia... baru dua bulan ikat kaki dah bunyi macam dah confirm... 1 jam lepas balik umah terus bunyi sampai magrib... tambahan pula member yang tenggek depan rumah tu balik untuk tidur... pe lagi... bertengkar sampai malam.

Pagi ni awal dah mula berguk.. sebelum keluar sarapan pagi dengan famili sempat rakam BB ni sedang berguk... tengok lah otai2 semua, ok ker...kalau ok rasanya bulan 6 ni, musim selatan nak turun padang agaknya...





InsyaAllah.

Saturday, April 16, 2011

BACK TO LANGKAWI - Ketupat Palas


Wilkipedia :

"Licuala is a genus of palms commonly found in tropical rainforests of southern Asia, New Guinea and the western Pacific Ocean islands".
"Licuala spinosa, the Mangrove Fan Palm, is a species of palm in the genus Licuala".

Kamus Dewan ; " Sejenis palma...daunnya dibuat atap dan pembalut ketupat "



Kingdom: Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Monocots
(unranked): Commelinids
Order: Arecales
Family: Arecaceae
Genus: Licuala
Species: L. spinosa




Palas di Malaysia tumbuh sebagai tumbuhan liar dalam kebun atau estet sawit dan getah. Ia boleh menyesuaikan diri dalam situasi kekurangan matahari sehingga 30%. Dengan imunasi ini, palas dapat bertahan dalam belukar tebal dan juga estet sawit dimana cahaya matahari diperingkat lantai bumi adalah minimal.


Kebanyakan palas tumbuh secara semula jadi. Percubaan untuk menanam pokok ini selalunya akan menemui kegagalan. Kemungkinan kerana ia merupakan jenis palma yang tidak dibekalkan dengan akar tunjang. Anak palas hidup meliar dalam kebun getah dan sawit seperti gambar sebelah.








daun palas bersifat payung dengan jejari melebihi 10 unit. Bilangan jejari daun bergantung kepada tahap kesuburan pokok palas berkenaan.


Kebanyakan daun palas yang ditemui mempunyai warna daun dengan hijau gelap.... Ini menunjukkan yang pokok ini hidup dibawah naungan.

Sebelum daun palas mengembang seperti kipas, ianya terbentuk melalui salur pucuk yang keluar melalui umbut palas. Ianya berbentuk panjang lurus sepertia pembaris. Gambar sebelah menunjukkan pucuk palas yang baru keluar dari sepohon palas matang.





Jejari daun palas akan mengembang mengikut kematangan daun. Pengembangan ketahap 100% mengambil masa antara 7 hingga 10 hari. Pada peringkat iniwana pucuk palas masih lagi hijau muda.



















Seperdu ( serumpun) pokok palas mengandungi beberapa pohon pokok palas yang tumbuh bersampingan antara satu sama lain. Keunikan nya dapat membantu menjadikan rumpun palas sebagai salah satu rumpun yang kuat berbanding jenis palma yang lain.















Rumpun palas akan membesar mengikut tempoh masa pokok ini hidup. Semakin lama ia akan menggandakan bilangan pokok dan akan menjadikan rumpun yang besar....


Rumpun yang besar ini seterusnya akan bercantum dengan rumpun berdekatan melalui kaedah pertumbuhan semulajadi.




kelihatan anak-anak palas tumbuh merata-rata dalam kawasan kebun dan anak-anak palas ini akan bertukar menajdi rumpun dewasa dalam tempoh terdekat.



















Kegunaan.

Bagi orang Melayu, daun palas digunakan bagi membalut ketupat pada musim perayaan. Selain dari itu, kegunaan sebagai atap adalah diperingkat minimal. Ini berikutan teknik anyaman memerlukan kamahiran dan kebanyakan rumah yang ada sekarang telah dibekalkan dengan atap gantian.




Ketupat palas atau ketupat pulut ialah ketupat yang menggunakan daun pokok palas sebagai pembungkusnya.Di kelantan ketupat palas lebih meluas dihidangkan pada hari raya berbanding ketupat nasi. Berbeza dengan ketupat daun atau ketupat nasi ialah dari segi bentuk, saiz, penggunaan daun untuk membalut dan beras.













Ketupat daun atau ketupat nasi, dianyam berbentuk empat segi ataupun berbentuk bawang yang menggunakan daun kelapa.

Bentuk ketupat palas pula berbentuk tiga segi. Penggunaan beras sebagai isi atau inti ketupat juga berbeza. Beras yang digunakan untuk ketupat palas ini ialah beras pulut, manakala isi ketupat daun menggunakan beras nasi, iaitu beras yang digunakan sebagai makanan harian.


Wallahualam.