Tuesday, April 5, 2011

INDAHNYA MAYA - part 2

Hari ni kesempatan tinjau album gambar lama... sungguh pun few years back, tapi menyentuh nostalgia... betapa indahnya alam ini pemberian Ilahi kepada hamba2 Nya. Semua scenery ni hanya beberapa kilometer dari umah... lihatlah keindahanya....

Semua datang darinya... hamba hanya alat mengenengahkan ianya untuk kita bersama... keindahanya ini milik kita bersama.










Sunday, April 3, 2011

Racik Oh Racik - part 6




Minggu lepas bila bersama Otai Awang sempat rakam aksi Otai ni memasang racik. Lihat ler bagaimana pemasangan racik dilakukan sebelum denak mengambil tempat dan memainkan peranan... heheh







Beberapa persiapan perlu dibuat sebelum racik di pacak:

1. Pastikan tempat racik ( laman ) hendaklah bersih, seboleh2nya tiada gangguan rumput dsbnya.
2. Forcasting kena buat... dimana agaknya burung hutan akan turun, supaya bila dah turun tak de banyak hal, terus masuk laman.
3. Forcasting juga dimana agaknya burung hutan akan hinggap (Angar burung hutan ) supaya bila dah sampai senang berdepan dengan denak...hehee.




Lain lain tu pengalaman akan mengajar kita. Paksu pun tak ler pandai, saja kongsi dengan kawan2 yang nak belajar.

Selamat belajar...Waluha'lam

Friday, April 1, 2011

merbuk : panggilan PD





sejak 5 hari yang lalu... away to pd. , attend assignment di sana... laptop x bawa so balik baru dapat buat posting.. sampai umah dah jam 8.00pm... letih.

tak de yang indah hanya tugasan kerja yang perlu dibuat.... quite tiring cos got class till 11 pm.
lepas lunch, dengan staff car balik to sp.

pemandangan di PD baik kerana tiada hujan sepanjang 5 hari...


beberapa view dari staff hostel...


senja

















view frm my balcony

























otai rehat









sekian...

Monday, March 28, 2011

ella belajar tepi kolam - senduduk mekar.


Hari ni cuti rehat.. jut take a rest, cos org umah juga cuti. Juast to be together for another day. Jam 9.30 lepas sarapan bawa ella keluar... sengaja nak mengajar turun laman. ella belum begitu panas dan masih takut2. lebih banyak kali ke laman akan memberi confident dan juga semangat melawan akan timbul. Kali ni kali kedua ella turun ke laman.






Tempat pilihan pagi ini ialah perumahan Aman Jaya, sebelah lencongan timur. Biasanya tempat ni banyak burung hutan. tapi yang ada hanya sesuai untuk mengajar burung baru. Kalau nak simpan tu jawabnya kenalah merantau pergi lebih jauh.

Pemandangan disini memang indah... tengoklah...



















Laman pertama atas segerombolan pokok mati yang tingginya cuma 7 kaki. tempat macam ni baik bagi sessi mengajar.. cerah, nampak jauh dan juga senang mendapat burung hutan yang datang untuk ziarah ella nanti.



Suasana sepi, mungkin hujan lebat selama dua hari berturut2. Tapi pagi ni agak baik, matahari mula menyinar.. tapi kedengan burung merbah dengan mulut murainya mula bising... menandakan terdapat sang sewah ( predator) yang ada berhampiran. Ella diam sejenak bila merbah buat bising. Lepas beberapa minit ella melarau... kebiasan bagi burung baru... lepas tu melarau lagi beberapa kali. Nampaknya ok cos tak banyak hal .. dalam keadaan tenang dan tiada merbuk hutan, ella buka mulut...




Lepas 45 minit, pindah laman ella tepi jalan besar. dalam pokok rimbun, gantung ella. tempat ni lebih selesa dan ella segera gesel bula tanda hati tenang. Tak lama ella melarau, lagi berturutan kerana dengar ada satu burung hutan melarau seberang jalan.

















akhirnya jam 10.45 angkat ella dan pack balik. tak sesuai tunggu lama kerana keadaan masa ni burung hutan masih dalam keadaan berhati 2 kerana sang sewah masih bermaharaja lela. Mungkin seminggu lagi kalau hujan tak repeat, boleh rasa sessi mengajar diteruskan.

Sekian adanya, walahualam.

Sunday, March 27, 2011

RACIK OH RACIK - PART 5





Back to racik... Cincin Emas

Hari ini agak free. So tengok balik stok racik baru... tali dah disambung dengan benang dah 100 unit. tapi yang membuat projek tergendala tak boleh nak proceed cos tak de cincin ( no 8 ) dan juga tiang racik.




So ptg ni mula buat cincin untuk racik. Kerja ni yang paling malas nak buat. Bukannya ape, susah, lambat, kecik dan tah apa apa lagi. Semua alatan tukang emas kena keluar. Cutter, 'long nose plier' pisau kecil dan juga wire tembaga.


Di bawah alatan yang diperlukan.















Dalam sejam boleh buat hampir 50 tapi belum masuk quality control lagi. Lepas keluar dari tapisan mungkin boleh pakai 50% kut. selalunya macam tu. Sakit tangan nak buat benda ni... sudahlah kecil, halus lagi pun dawai keras, kalau tanpa plier hidung panjang, tak buat jawabnya. Cincin dibuat menggunakan paku kecil untuk buat bulatan kecil dan besar.



ni yang kira dah siap tapi lum ditapis.
















Selepas cincin dah ready.. kerja memasukkan pintalan benang dalam lubang cincin pun bermula. Ini pun suatu kerja rumit dek kerana semua memerlukan ketelitian dan lubang yang dimaksudkan hanya selebar jarun peniti. so kena bersabar dan tenang... selalunya bila dah mula buat ni, duk terperap atas meja kat luar berseorangan....

Bila dah dimasukkan cincin, dan dalam keadaan lingkaran, satu ujian terus dijalankan, jika melepasi ujian ini, ia akan disimpan, jika tidak terus dalam dustbin...

tali racik yang siap disambung dengan cincin dah ready untuk dipasangkan ke tiang racik...
















Selalunya lepas buat benda ni semua jari jadi kejang... masa bangun pagi, jari telunjuk dan ibu jari sakit yang amat. Tugas ni terletak pada jari2 berkenaan, so dia pun amat stress jawabnya. mungkin petang ini dapat 100 kut selepas QC.

Beginilah kerja kerja meyediakan racik yang digunakan khas untuk menjerat burung tekukur. Bagi yang alim memang dah familiar, tapi yang beginners tu, beginilah sebahagian kerja kerja yang perlu dijalankan.

So selamat belajar, semuga membawa manafaat.

yang baik darinya, hamba hanya melihatkan segelintir dari apa yang saya tahu.

sekian

Waluhalam.

Friday, March 25, 2011

Merbuk & Earth Hour






Earth Hour... Jgn lupa semua pemikat burung. Thts a job for u. Swith off ur light at 8.30pm tomorrow march 26th for an hour. Just to make our world cooler. hahaha

Just imagine how much energy we can save for the whole world just for 1 hour of electricity supply cuttin off.... tanya org EE ( electrical energineering).

Lawak pun lawak... tapi semua ni baik untuk kita... tiada yang lawak sebenarnya.

So jangan lupa semua, pemikat burung, pengail ikan, penulis blog cinta, penulis blog kreatif, penulis blog politik dan macam2 lagi... Jgn lupa Tokan, BR, Cik Gu Zul, Tan Sri Mudzaffar, Long Kedah, Zulkifli Ramli, Cynthia, Nurfaha, Ninashafinaz, Lepak boy, Mas, Dark chocolate, Pemburu Haruan, Myra, arie,Mr esokgurl,Mia liana, Kent 'the King', Keong Rambo, Che Jan, Mr Mudzaffar, Adib JB, R Rizal dan banyak lagi yang nama x tersebut... hehehe..switch off ur light for 1 hour ... 26/3..8.30pm.

Pemikat berintegriti, Pikat dihormati...

Dunia Sihat, Burung Sihat....

Thursday, March 24, 2011

Merbuk & Jebak - Part 1.

Pendahuluan.

Hari ni balik awal sikit kerana ada mesyuarat peringkat negeri di home town. Abis mesyuarat jam 4.30 so not worth goin back to office yang jaraknya 60 km. Sampai umah awal sikit dari kebiasaan. Ade le untung 1 jam rehat. hahha. Dah tiada benda nak buat, cuba tengok posting, stok rencana dah abis, fikir punya fikir buat keputusan cerita sikit untuk kongsi bersama hal jebak ni...

Definisi

Jebak dalam kamus dewan kata ," perangkap binatang". BI kata " a trap". sama saje. Boleh disimpulkan sebagai satu "alat untuk memerangkap binatang pilihan". Ini kerana da beribu jenis binatang yang boleh ditangkap menggunakan perangkap. So lain jenis haiwan ditangkap menggunakan perangkap yang berbeda. Kekadang jenis jebak yang fungsi dan bentuk yang sama digunakan untuk memerangkap beberapa jenis burung eg; merbuk, merbah jambul , tekukur dan seumpamanya. Contoh ketiga2 burung ini menggunakan perangkap yang mempunyai bentuk dan dengan konsep yang sama.

Konsep.

secara mudahnya jebak ialah alat memerangkap burung yang mengandungi 1 bahagian yang di isi dengan pikat (denak) dan satu bahagian lagi dikhaskan untuk memerangkap burung yang dipilih. Biasanya burung yang terperangkap adalah dari jenis yang sama dengan denak yang ada kerana ia menggunakan kaedah panggilan untuk melawan. Biasanya burung jantan v/s jantan. Ada juga kekadang burung betina ( mungkin janda) yang masuk perangkap . mungkin tergilakan denak yang ensem dan berhias cantik.

Jebak Itself




Jebak untuk burung merbuk menggandungi dua bahagian. Bahagian 1 ialah dipanggil rumah denak dan 1 bahagian lagi dipanggil perangkap.






Rumah denak.



Rumah denak berbentuk spara bulat bujur dengan diameter anggaran 8". Bentuk ini disesuaikan dengan kriteria burung merbuk yang suka berjalan, penjagaan ekor dan yang pentingnya ia selesa untuk satu trip yang panjang misalnya 6 hingga 8 jam. Dinding rumah denak menggunakan dawai halus yang disusun rapi agar denak tidak terlepas keluar. Terdapat fungsi tertentu susunan dawai dinding terutama bagi tujuan keselamatan serangan pemangsa lain seperti burung gud-gud yang gemar menangkap burung merbuk sebagai makanan. Fungsi kedua ialah membenarkan denak berperanan ketika berhadapan dengan burung hutan. Ada aksi tertentu denak bila berdepan dengan burung hutan yang boleh mempercepatkan burung hutan melompat marah ke perangkap yang disediakan....

Pelantar dan Perangkap

Bahagian ini menyediakan mekanisama mudah bagi memerangkap burung hutan. Lantai perangkap kebiasaannya sepanjang 18 inci dan lebar sama dengan kelebaran jebak... Lantai perangkap menggnakan dawai lebih kasar, disusun jarak 1.5" antara satu dengan lain sebagai alas supaya burung hutan tidak terkeluar bila terkena perangkap.

Satu lagi mekanisama mudah yang ada bersama lantai perangkap ialah buluh penutup yang disaring dengan rapun ( jala halus ). Buluh penutup ini dilengkapi dengan dawai spring yang lembut bagi memberi tindak balas menutup lantai dengan jaringan rapun ke lantai dan sekali gus menutup semua bahagian lantai perangkap. Penutup lantai perangkap ini berfungsi memerangkap burung hutan yang hinggap dilantai jebak.

Fungsi rapun bila memerangkap burung hutan dapat dilihat dengan jelas dalam post 'baby on board' dan "2nd catch of the season"..


Rapun ialah satu sirat ( anyaman ) seumpama jala yang dibuat khusus mengikut bentuk buluh penutup lantai jebak. Ianya di sirat dalam bentuk 4 segi bujur menggunakan benang halus. Ketahanan rapun penting kerana ia merupakan benteng terakhir memerangkap burung hutan yang diminati.

Dalam bahagian berikutnya InsyaAllah akan ditunjukkan bagaimana menyirat rapun untuk kegunaan sendiri...

Selain boleh menyirat rapun, saya juga biasa buat trap ni... gambar di atas tu buatan sendiri...

Sekian, selamat belajar . Walluhualam.