Saturday, March 16, 2013

MERBUK : A VISIT TO SENTRO

Hari ni Sabtu, Weekend Holidays, bersama Otai Mohamad ke ladang getah tua,,, Sentro panggilan kebiasaan. Apakah nama tu benar,, Wallahualam.

Jam 9.20 pagi baru sampai. banyak hal hari ni kena selesai. Cuaca hari ni panas terik,,, pukul 9 pagi dah terasa. Sampai di port Otai Mohamad sudah siap pasang jebak ke dahan getah. Ada juga beberapa ekor burung merbuk dan tekukur sedang beradu,,, Kawasan merupakan getah tua tinggi yang mungkin dah sesuai untuk replanting, dan nampak macam banyak aktiviti membersih kawasan sedang giat dijalankan.

Selintas pandang memang kebun yang sebegini akan di duduki oleh banyak burung2.tapi banyak pula sang sewah menyelinap dari pulau ke pulau. Merbah bising bila muncul sewah menyelinap ke kawasan kediamannya.








Dalam suasana berwaspada, denak masing2 terus berperanan. Tak lama kemudian kami masing2 dapat juga merasa kehebatan burung dari Sentro...




Posisi denak di dahan besar pokok getah.



























Cantik burung ni, suara sedang, keruak besar dan memang sesuai sebagai pelapis,,,









Misi hari ni dua tangkapan berjaya. Keduanya memang best. Wallahualam.

Sunday, March 3, 2013

Merbuk : Today's Reward.

Ari ni Sabtu, Awal lagi dah bangun. Anak ada sekolah tambahan. 7.00pg dah sampai sekolah. Dalam perjalanan balik beli sarapan,,, pulut kukus dengan ikan masin dan kelapa parut. Bukan main best sarapan ni, lama tak makan.

Jam 8.00 dah siap sarapan. Cuaca masih mendung, hujan selang sehari. Kalau hujan lebat bukan main, dan panas pula memang terik. Itulah kehendakNya. Kita sebagai hambaNya, terima seadanya. Jam 9.00 dah terang dan bercahaya. Tak ada apa yang urgent perlu diselesaikan pagi ni,,, Masalah dengan JPJ selesai pada jumaat petang. Ziarah kawan kat hospital Pantai pun dah buat, cuma doa agar cepat sembuh selepas major operation.

Teringin juga nak bawa merbuk tu jalan2. Siapkan denak dalam jebak dan berdesup dengan kereta ke JKR Workshop jalan Lencongan.  Sampai kat port, de juga beberapa ekor mengalun suara,,, tapi yang best ada 1 BH suara agak kasar dan mengancam.




Siapkan jebak dan terus ke pokok cantik tepi jalan... teruskan naikkan ke ranting yang tengah.











Posisi jebak mengadap ke pokok..









Tak berapa lama , terus otai tadi berentap dengan denak. Burung ni memang garang. Dari atas padang melayang hinggap di dahan paling bawah, dan melompat terus ke ranting denak. Seronok gelagat BH melompat dari ranting ke ranting dalam usaha mencari denak. Dari jauh boleh nampak dengan jelas daun dan ranting bergoyang akibat rakusnya BH dalam usaha menentang denak. Derak dan keruak denak mematikan langkah BH dan trus melompat ke anggar jebak. Kedengan 'tap' tanda jaring telah menutup bila anggar jebak dihingap BH. Ianya di ikuti oleh 'kua' denak keran BH telah mengena.





Inilah hasilnya...




cantik BH ni, memang burung reward.












dan garang.












9.30pagi dah selesai satu misi. nikmat hari ini membawa ingatan ke bulan berikutnya... Wallahualam.

Friday, February 15, 2013

TODAY'S THRILL : Taiko Puteri Jaya.

Its Friday, 15 th Feb... Week end for Kedah. Almost free except for Jumaat Prayers in the afternoon... Masa free ni ambil kesempatan ke Taman Puteri jaya... ada taiko best kat situ.

8pg dah sampai port... ari ni bawa dua, 1 tekukur dan 1 lagi merbuk. So pack dalam kereta. Suasana pagi ni nyaman, cooling with morning breeze. Tapi sunyi pulak. Tak mau tunggu lama, mungkin beburung sedang relaks kerana semalam hujan selepas beberapa hari panas terik.

Mula letakkan merbuk dipokok tunggal tepi kolam, pastu cari laman untuk tekukur. Akhir sekali pilih laman hujung sekali selepas deretan pokok sawit sebelah dengan jogging track.

Tak lama lat beberapa saat denak dah mula main peranan. Denak 100% sekarang kerana dah 3 hari teradap dengan BH tapi liat nak terjah laman. Mungkin ari ni ada rezeki mudah2an. Akhirnya taiko taman mula memantau... suara besar kendur. banyak pula perkakas dia.





Sekali lepas denak angkat gud, dah melayang ke pokok sigiak. Pekena kuku sigiak dua round... mungkin geram betul denak. terus terjun,,, adegan menguku tak lama, BH memang garang. Masuk laman dan terus terikat. Racik baru siap semalam dah pun menjerat dengan baik. tanpa sedikit pun memberi peluang untuk melepas. Satu kaki penuh dan satu lagi terkena jari. Memang ikatan kemas...











canti burung ni... memang reward.







Lepas siap lepaskan racik dari kaki BH, ooh tak bawa pula uncang untuk isi BH. Akhirnya stokin dikaki dikeluarkan dan jadikan uncang..


Sorry, gambar gambar lain semasa tangkapan dan sedikit video tak dapat pula nak tunjuk. masalah teknikal masa shooting. tahle , phone baru gagal mengawal fungsi dengan baik. ini saja yang ada.  Jam 9.30pagi dah selesai. Pack dan balik rehat. Cukup untuk hari ini.
Sekian, Wallahualam. 

Sunday, January 20, 2013

MERBUK : TAIKO SEBERANG JALAN 'ATTACK' BB

Hari ni off day, Birthday Sultan Kedah. Lepak kat rumah, rasa malas nak keluar memikat. Cuaca terlalu panas, dah tu berangin dan banyak sewah. Laporan dari kenkawan baru update semalam,, BH tak mau bunyi, semua duduk diam2,,, rugi le cuti2 ni. Apa kan daya kehendak Illahi, panas dan hujan adalah kehendakNya.

Ari ni isteri sedia sarapan, ada scrambles eggs, kentang, ayam goreng dan ada beberapa lagi, sedikit western. Makan dan makan, bila cuti camni.


Jam 10 pagi keluar rumah dan dengar bukan main kencang lagi dua ekor BH kat pokok teduhan sebaris depan rumah. Keduanya memang boleh masuk buku. Satu tu suara kasar, dan satu lagi sedang tinggi. Bukan main lagi mengancam dengan denak kat depan rumah. Masing2 conquer satu pokok. Yang kasar kat sebelah kanan, dan yang sedang kat sebelah kiri. Mungkin BH dari seberang jalan, meneroka kawasan baru untuk mencari kawasan. Dalam hati rasa tak berapa teringin untuk menaikkan denak atas pokok. Lebih kepada membiarkan agar boleh selalu berkunjung mengadu suara dengan denak kat rumah.

Jam 11.30 pagi tengok ragam BH bukan main lagi gaya yang suara sedang ni. Mengepak kekiri dan kanan, mencari lawan. Akhirnya keinginan memuncak bila lihat akan garangnya BH ni. Terus masukkan denak suara sedang yang masih dalam latihan. Maklumlah baru 1 BH berjaya di tangkapnya.







Naikkan denak pokok depan rumah ke ranting paling rendah anggaran 20 kaki. Lepas tu ambil kerusi dan tengok reaksi denak BB. Tiba2 ada permintaan, " Jom, gi mall jap, adik nak beli buku kat MPH". "Emm ada burung letak kat pokok depan tu". 'Tak pa aih, kita pi sat saja". "wokey, wokey".





Tau saje bila oang perempuan kat mall,, ade 2 saje. 1.30 baru balik sampai rumah. Masih dalam kereta terus intai kat jebak atas pokok. " aik, de burung le,,, dah dapat". Terus parking dan dapatkan kamera, terus rakam pa yang patut... isteri pun datang bantu,,, iih best kalau selalu camni, tak payah g jauh2.





















cantik burung ni,,,










Sekian, Wallahu'alam.




Saturday, January 12, 2013

SUMMER SEASON BEGIN : A GOOD WARM UP SESSION



Pendahuluan

Di sebelah utara ni bermula musim panas setelah berminggu mendong dan hujan. Beburung khasnya merbuk dan tekukur mula mengalun lagu, diselang seli dengan teguran sang 'merbah kapor' menandakan masih berkeliaran musuh utama beburung ini iaitu 'sang sewah'. Kekerapan teguran sang merbah ini menyebabkan semua burung berhenti menyanyi dan mengintai dengan leher panjang,,, dimana musuh ni bersembunyi.
Pagi ni Saturday, cuti hujung minggu. 8.30pg panaskan engine kereta dan terus ambil kesempatan buat warm up merbok. Sessi pertama dalam kawasan kilang. Banyak BH kat sini, Ada 1 kedengaran yang boleh masuk buku. Tak ade pokok berdekatan, yang ade tumbuh sebelah jalan dan didalam parit. Tak kuasa nak masuk ketempat yang macam tu,,, so atas pagar je lah.





Hampir 1 jam kat port ni, satu pun tak berani hampiri denak... mungkin belum lagi panas BH kawasan sini. Maklumlah, baru bermula panas selama 2 hari.

2nd sessi di sebelah Pejabat Kastam... hehehe.







Dah tak de pokok nak letak denak. Pokok yang dalam tu jauh kedalam pejabat so memadai atas tiang banner.

Kedua2 test ok... denak warm up dengan baik, 85% kepanasan. Mungkin sekali lagi turun dah boleh masuk laman.


Pada keseluruhannya happy dengan performance. Kedua dua port BH tak mau hampiri denak,,, cuma menyanyi diseberang jalan. Satu pun tak berani hampir. Its over for today. Apa nak buat, kalau dah kerja tu terpaksa tinggalkan dulu. Minggu depan cuba lagi.



Friday, August 24, 2012

KEMARAU SELATAN SEASON'S END : TAIKO PADANG PERMAINAN TUMPAS




Hari ini Friday, 24hb Ogos, 2012 raya ke enam. Sesudah membeli sarapan untuk keluarga, jam menunjukkan pukul 9.00pg. Awal pagi tekukur kat rumah bising mengalun suara. Mungkin musim mengawan akan bermula di penghujung Kemarau Selatan ini, selalunya semua burung akan mula mendapatkan pasangan masing-masing.

Dah sebulan lebih denak tekukur ni tak menjejakkan kaki ketanah...maklumlah bulan puasa. Pagi ni cuaca baik sekali setelah dua hari hujan sepanjang hari. Kemeriahan dipagi hari membuat hati kecil memujuk agar kelaman bagi menghiburkan hati. Hanya satu niat dihati untuk memanaskan denak dengan panas matahari pagi dan pasir halus dilaman yang menjadi idaman setiap burung yang memakan bijirin.

Secepat kilat masukkan denak dalam cetok dan terus ke dalam motokar. Sambil memandu terfikir hendak kemana pagi ni... Tentu best kat Taman Hill Park di Lencongan Timur.

Sampai di port, tiada langsung suara merdu burung tekukur, yang bising hanyalah burung merbuk mengadu suara masing-masing. Sesuci niat dihati untuk memanaskan badan, terus cari laman bersebelahan dengan Taman Kanak-Kanak. Mungkin musim raya ni, kanak-kanak tak akan berada di taman di awal pagi.
Dari tempat parkinn kereta nampak jelas laman disebelah taman kanak- kanak. Ini best... ada tanah dan juga bersih dari musuh. Jarak dengan kereta lebih kurang 50 kaki.

Sampai dilaman, teringat pula, perlukah pacak racik?.. Hati kecil kata, perlu mungkin ada rezeki kerana lama tak turun padang.





Denak di pagi ini mula mengemas diri sebaik saja dilepaskan... pertama mendepakan sayap kemudian melunjurkan kaki dan lepas tu mematuk tanah sambil mengintai kwasan sekeliling. Lwp tu terus memerap beberapa patah dan lantas mengangkat guk.. oooh best macam ni, sungkin tiada seekor pun kawan berada dipokok berdekatan. % minit berlalu tanpa sahutan dari mana-mana arah.






Dalam keseronokan mendengar denak mengangkat guk, tiba2 landing seekor tekukur di atas jalan besar. Keadaan menjadi tegang ekoran tindakan denak memerap dan menguku memanggil BH. Tapi apakan daya, mungkin yang sampai ialah BH betina. Lama juga BH betina kat tanah dan akhirnya terbang meninggalkan denak menuju hutan sawit. Sudah tersurat yang pagi yang mulia ini akan menjerut seekor BH. Kemeriahan tadi sampai kepada Otai Taman Permainan. secepat kilat melayang masuk pokok sigiak. Denak menumpaskan dengan 2 pusingan kuku sigiak. BH panas dan melayang ke sigiak rendah sebelah denak. BH juga mengeluarkan kuku sigiak melawan denak.






Adegan melawan suara berlarutan hampir sepuluh minit. Pukulan sigiak kali ketiga membuatkan BH lebih panas dan terus menjunam lebih kurang 1 meter dari denak. Kegarangan BH menyebabkan ia lupa yang barisan depan dipenuhi dengan pagar berbisa. adegan menguku berjalan rancak dan secepat kilat racik versi baru memainkan peranan dengan baik. Satu mata racik halus sebesar benang jahitan memukau BH kerana warna racik seiras dengan rumut kering dan sedikit kehijauan dek rumput kecil yang tumbuh. Racik mengunci dengan baik dikaki kiri, dan BH seceat kilat melompat terbang keluar menarik uraian racik sebaik sahaja terasa kaki diikat. Beginilah lazimnya BH kawasan ini yang 'cega' racik. Alhamdullilah, setelah bertungkus lumus menjalankan R&D keatas racik versi baru ni, terus membuahkan hasil dengan baik.

Tangkapan ini merupakan tangkapan penghujung musim 'Kemarau Selatan'.

Terima kasih dan Wallahualam.


Friday, August 17, 2012

SELAMAT HARI RAYA EUDIL FITRI

Ramadhan Almubarak akan pergi meninggalkan kita..Syawal pasti menjelma.. Mendatangnya Syawal, Paksu memohon ampun dan maaf sekiranya terkasar bahasa dan terlanjur budi bicara selama kita berinteraksi dalam alam maya ini. Buat semua pengunjung setia blog ini diucapkan Selamat Menyambut Eudil Fitri, Maaf Zahir Batin.